Episod 12

Romance Series 1710

"Ain,aku dah lama simpan soalan ni dan sekarang aku nak kau jawab dengan jujur" kata Harraz. Serius wajahnya kala itu.

"Soalan apa yang kau nak tanya sangat tu?"

"Kenapa kau tukar nombor telefon dulu? Aku call kau tapi orang lain yang jawab. Then kau left group. Kenapa?Kau tak ingin dijejaki ke?"

"La tu je ke? Okey aku bagitahu kau semua benda. Masa aku left group tu arwah papa aku baru tiga hari dah meninggal. Meninggal dalam kebakaran. Disebabkan aku gemuk aku tak boleh lari laju dan tak sempat nak tarik tangan arwah papa. Disebabkan hal itu aku mula mengasingkan diri dari dunia luar. Aku joging tiap hari, pergi gym tiap minggu sebab aku nak kurus. Andai suatu hari nanti orang yang aku sayang berada dalam kesusahan, aku boleh tolong mereka dengan pantas."cerita Ain panjang lebar.

Terkesima Harraz seketika. Dia ingatkan Ain kurus sebab ingin cantik dan berupa namun ada cerita disebalik kecantikkan perempuan itu.Harraz kagum dengan semangat kental milik Ain.

"Aku tak pernah dengar pun tentang arwah papa kau tu. Kalau aku tahu aku pasti akan lawat kau." Kata Harraz perlahan.

"Arwah papa aku bukan orang berada Harraz sebab tu ramai rakan sekolah tak tahu tentang dia." Jelas Ain lagi.

"Takpa lah Harraz. Dan lagi satu aku nak bagitahu kau. Mungkin hal ini membuatkan kau kecewa" tutur Ain. Nak berahsia pun tak guna,lama-lama pun terbongkar juga.

"What's that?"

"Sejak kematian arwah papa, aku mula menjinakkan diri pergi ke kelab. Tapi bukanlah kelab di lorong-lorong gelap tu. Kau pernah dengan kelab VVIP NARZ? Tempat tu lah selalu aku dan Aina jejak. Aku tak boleh terima pemergiaan papa aku waktu tu. Dan sekarang aku dah terbiasa pergi kat situ" cerita Ain lagi. Dipandangnya wajah Harraz. Lelaki itu hanya bersikap selamba. Nak dikata marah tiada pula tanda kemarahan. Nak dikata sedih tiada pula tanda kesedihan.

"Kau pernah dengar kelab yang lebih baik dari NARZ?" Soal Harraz tiba-tiba. Ain menggelengkan kepala.

"Kelab tu aku punya. Hujung minggu ni aku ajak kau pergi sana okey. Kau tak payah lagi melepak dekat NARZ tu. Bahaya sebab pemilik kelab tu tak betul. Kaki perempuan" terang Harraz.

"Kau maksudkan Aqasha ke?"

"Mana kau tahu Ain? Dia ada buat apa-apa dekat kau ke? Kau bagitahu aku sekarang" kata Harraz resah.

"Haha. Kau ni lawak lah Harraz.Dia tak pernah sentuh aku. Adalah sekali tu dia minta no phone aku tapi aku malas nak layan. Punya lah dia marah aku. Ada aku kisah?Hanya orang limited edition je boleh bertapak dalam hati aku" kata Ain penuh makna.Harraz sudah tersenyum malu. Tahulah dia orang tu siapa.

Of course lah Harraz Affan!

"Siapalah lelaki bertuah tu"sengaja Harraz buat tak tahu.

"Dah tahu masih nak bertanya pula."perli Ain dan mereka berdua terus tersenyum. Hanya mereka berdua sahaja tahu apa yang mereka rasakan.

Tangan Ain secara tak sengaja tertepis buku yang berada di hujung meja sehingga buku itu jatuh menyembah bumi.

Tanpa berbasa basi, terus digapainya buku itu.

Harraz tergaman.

Permandangan di depan matanya itu benar-benar menguatkan lagi detak jantungnya.

Rantai itu!

Ain masih simpan lagi rantai tu. Lebih mengejutkan lagi masih tergantung indah di leher jinjang nya.

Adalah benda yang menarik di depannya itu tetapi matanya lebih tertarik dengan rantai di leher perempuan itu.

"Kau pandang apa tu?" Tanya Ain.

"Nothing cuma siapa bagi kau rantai tu?" Harraz menanti jawapan Ain dengan penuh minat.

"Oh. Rantai ni orang bagi masa aku form 5 dulu. Entah siapa yang bagi. Aku cuma tahu HA je.Aina kata hanya dua org nama HA dalam sekolah tu dulu. Bila Aina tanya Hamirul Ayden, dia kata dia tak pernah beli rantai. So, HA yang satu lagi lah nampaknya" jelas Ain.

"Kenapa tak tanya HA yang satu lagi?" Soal Harraz lagi.

"Takkan nak tanya kot. HA yang satu lagi tu pembuli tegar aku kot. Kalau salah mana nak letak muka" sahut Aina. Wajah Harraz terus ditatapnya.

"Tapi pembuli tegar kau tu juga cintakan kau kan. Mesti kau seronok masa tu kan"usik Harraz.Melopong mulut Ain kala itu.

Adakah Harraz mengungkapkan kata cinta kepadanya secara live?

Rasa macam dapat durian runtuh!

"Ulang sekali lagi boleh? Aku nak rakam."arah Ain. Harraz mengerutkan dahinya.

"Dah kenapa nak rakam pula?" Soal Harraz pelik.

"Eh mestilah. Sebelum tidur aku boleh dengar suara kau tu"

"Ain, tak payah susah-susah nak rakam. Aku sendiri yang akan cakap dekat kau setiap malam sebelum tidur" kata Harraz lembut. Digapainya tangan runcing milik Ain dan dikucupnya lembut belakang tangan perempuan kesayangannya itu.

"Malu lah aku macam ni" kata Ain. Kepalanya ditunduk menghadap lantai.Tak mampu membalas panahan mata Harraz yang sarat dengan cinta.

"Jadi kekasih aku nak tak? Aku dah lama tunggu saat dimana kau jadi milik aku" bisik Harraz.

Ain mengetap bibir. Dia mendongak ingin melihat wajah lelaki itu. Mana lah tahu lelaki itu hanya bergurau dengannya.

"Betul ke ni? Kau tak tipu?" Tanya Ain bersungguh-sungguh. Ditayangnya muka simpati agar lelaki itu tidak menghancurkan harapannya yang hampir tercapai.

Harapan untuk memiliki lelaki itu.

"Aku serius Ain. Aku tak main-main dengan kau." Jelas Harraz. Sekali lagi belakang tangan Ain dikucup tetapi lebih lama tadi tadi.

Ain tersenyum kelegaan. Oh Lord! Nampaknya kau dengar doa aku selama ni. Eleh! Mengada kau kan Ain.

"Kira kita dah declare lah ni?" Ain cuba mendapatkan kepastian.

"Lebih kurang macam tu lah" sahut Harraz tanpa riak.

"Ish kau ni. Tak romantik langsung" rajuk Ain.

"Lepas kahwin baru aku romantik dengan kau. Sekarang tak boleh, tak pasal-pasal kau kenyang sembilan bulan. Mampus aku kena bunuh dengan Aina" gurau Harraz.

"Nakal kau kan tapi...... "

"Tapi apa sayang?" Tanya Harraz.

"Tapi aku suka"jawab Ain lalu tersengih-sengih.

Harraz menggelengkan kepala. Nasib baik tetap comel bila sengih macam tu.

"Kamu pergi mana tadi Harraz? Pagi keluar petang baru balik" rungut Puan Rose.

"Mama jangan lah marah. Harraz jumpa bakal menantu mak lah tadi. Mak tak suka ke?" Tanya Harraz.

"Memang mama tak suka!" Jerit Puan Rose tanpa berfikir panjang.

Harraz menggaru kepala.

"Eh kejap? Bakal menantu mama?Kamu biar betul Harraz!"

"Betul lah mama. Mama juga yang suruh Harraz carikan mama calon menantu. Bila dah jumpa mama pula tak suka. Nak merajuk lah macam ni"kata Harraz.

"Eh mama suka lah. Ada masa nanti Harraz bawa lah balik sini. Mama nak juga kenal-kenal dengan calon menantu mama" kata Puan Rose teruja.

"Harraz ada gambar dia tak?" Soal Puan Rose.

Harraz menganggukkan kepalanya lalu dikeluarkan gambar kecil dari dalam dompetnya dan terus diberikan kepada Puan Rose.

"Tengok je mama tapi jangan bantah" pesan Harraz.

"Yelah" sahut Puan Rose. Terus gambar calon menantunya itu ditatap lama.

Melopong mulutnya melihat.

"Betul ke ni Harraz?Jangan main-main dengan mama"

"Betul lah mama. Tu gambar dia masa sekolah menengah dulu. Sekarang dah cun dah mama. Dah tak gemuk. Tapi Harraz rindu pula dia yang gemuk dulu"

"Bagus anak mama ni. Tidak memilih.Kalau Harraz nak tahu, mama pernah sekali terserempak dengan dia dulu. Seingat mama sopan budaknya." Komen Puan Rose. Dia tak kisah pilihan anaknya asalkan anaknya bahagia. Itu yang penting.

"Ada masa kamu bawa lah dia jumpa mama dan papa. Nak juga mama berjejak kasih dengan calon menantu mama tu" arah Puan Rose.

"Nanti lah Harraz bawa dia balik sini" balas Harraz akur dengan permintaan Puan Rose.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience