Episod 4

Romance Series 1710

"Ain,memang semua ni kau yang tulis?" Soal Harraz kepada Ain. Ain tergaman. Nak jujur ke tak nak? Jujur je lah. Tak baik menipu.

"Memang aku yang tulis" sahut Ain. Amboi kau Ain, beraku pula dengan si Harraz.Kau tak takut?

"Eee budak gemuk ni! Aku tampar baru kau tahu!" Jerit Sophie geram.

"Sophie! Kau nak marah Ain dah kenapa?"soalan Harraz membuatkan semua orang termanggu.

Harraz tak marah Ain ke? Harraz tak ejek Ain ke? Harraz tak hina Ain ke?

Bermacam-macam anggapan dalam minda mereka.

"I tak suka dia baby. Dia tulis nama you kat diari dia! Dia suka you! I tak suka! You milik i!" Jelas Sophie.

"Sejak bila pula aku halang orang lain tulis nama aku? And sejak bila pula aku milik kau?" Soal Harraz tanpa basa basi. Dah lama dia sabar dengan perangai Sophie selama ini.Apa nak jadi biarlah jadi yang penting gadis kesayangannya tidak dihina.

"What?! Harraz! You're my boyfriend that mean you're mine!" Jerit Sophie. Marah betul dia dengan Harraz ketika itu. Jatuh air mukanya apabila mendengar kata-kata Harraz sebentar tadi.

"Memang aku boyfriend kau tapi aku bukan milik kau. Aku bukannya suami kau pun. So, biarlah Ain nak tulis nama aku dalam diari dia, biarlah Ain nak sukakan aku. Kau bukannya ada hak ke atas aku" kata Harraz dingin.

Sophie terkesima. Ain pula jangan cakap. Rasa nak melompat bintang kala itu. Terasa bahagia dalam hati bila Harraz tidak menghina sebaliknya menyokong dia.

"Harraz! You dah melampau! I akan suruh papa i buang you dari sekolah ni!" Ugut Sophie.

Harraz membuat muka menyampah. Tak habis-habis ugut nak buang sekolah. Ingat mama papa dia tak ada duit ke?

"Kau bagitau lah papa kau tu suruh buang aku sekarang tapi kau lupa satu benda. Mana pernah papa kau bersikap tidak adil? Papa kau bukan macam kau pun. Dia takkan buang aku sebab aku tak salah" kata Harraz lalu tersenyum sinis.

Sophie hilang kata-kata. Apa yang dikatakan oleh Harraz betul belaka. Tiada cara lagi untuk dia membidas kata-kata Harraz.

"Sophie, kita putus dan lepas ni aku tak nak tengok kau dan kawan-kawan kau buli Ain. Aku sahaja yang boleh buli dia. Faham?!" Jerkah Harraz.

"Tapi i sayang you. I tak nak kita break" rayu Sophie.

"Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan?Dah orang tak nak, kau berambus je lah" perli Aina tiba-tiba. Bila Harraz menyokong Ain, terasa dia dibenarkan untuk membantu Harraz dan Ain ketika itu.

Yalah, Aina kan kawan Ain. So, Aina berhak lah nak marah si sotong gedik Sophie tu.

"Kau diam!" Jerkah Sophie kepada Sophie.

"Kau yang patut diam!" Jerkah Ain pula. Terkejut semua orang dekat situ termasuk Harraz. Dipandangnya wajah Ain. Penuh dengan amarah dan dendam.

"Eh kau gemuk! Mentang-mentang Harraz sokong kau and kau dah pandai nak melawan" kata Bella.

"Harraz tak sokong aku pun aku tak kisah. Kalau Harraz hina aku pun aku tak kisah. Aku cuma kisah bila korang berempat ambil diari aku. Diari tu penting untuk aku.Aku simpan kemas diari tu dari dulu dan korang senang-senang bocorkan semua. Korang ingat aku binatang?!Aku ni sama je dengan korang!"

"Tapi orang gemuk macam kau mana layak dengan Harraz" perli Syakira pula. Tak serik-serik lagi ke Supergirl ni?

"Oh, kau nak cakap yang orang gemuk tak layak untuk Harraz?Kalau mak bapak dia gemuk mereka tak layak lah untuk Harraz sedangkan Harraz anak mereka? Kalau kau kahwin dengan Harraz pun nanti, tetap juga kau gemuk. Kau gemuk bila mengandung. Selepas mengandung kemungkinan kau pun gemuk.Tetap juga kau tak layak? Salahkah aku gemuk? Salahkah orang gemuk suka dekat Harraz? Aku tak pernah dengar Harraz halang orang gemuk suka dia? Kau pernah dengar ke betina?!" Jerkah Ain. Marah betul dia kala itu. Rasa bukan Ain Ayana yang sering mematung bila dibuli.

"Aku malas nak layan korang semua!Hidup terlalu penuh dengan drama" Kata Ain lalu tersenyum sinis.

Dia merampas diarinya dari tangan Harraz dan terus berlalu dari situ. Dia perlu tenangkan diri sekarang ni.

"Ain. Tunggu lah aku" rengek Aina lalu terus berlari mengejar si Ain yang comel.

"Tahniah bro!" Ucap Ammar tiba-tiba. Harraz memandang Ammar pelik.

Apa pula yang dia tahniahkan?

"Kenapa?"

"Satu kau dah berjaya lepas dari Sophie dan kedua cinta kau sudah berbalas" usik Ammar.

"Ish kau ni. Merepek" balas Harraz. Memang lah dia gembira cintanya terbalas tanpa dipaksa tapi takkan dia nak melompat bagai kera dapat bunga? Jatuh lah maruah dia sebagai lelaki terkacak di SMKOH ni.

"Kau teruja kan? Eleh, kau mengaku je bro. Bukan orang lain tahu pun" kata Ammar.

"Lagipun,aku sokong kau dengan Ain. Memang Ain tu gemuk tapi comel ape?Lagi satu dia bukannya gedik macam Sophie" kata Ammar lagi.

Harraz menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Ammar.

"Kalau macam tu aku nak jumpa Ain lah"

"Kenapa nak jumpa dia?" Soal Ammar pelik.

"Nak bagitahu yang aku pun cintakan dia juga" kata Harraz tanpa segan silu.

"Bro, Ain tu bukan macam Sophie yang kau bagi ayat sikit terus percaya.Kau rasa sekarang ni Ain percaya ke kau cintakan dia? Mesti tak punya. Mesti dia fikir yang kau cuma simpati kepada dia dan bukannya cinta. Kau slow-slow dah lah bro. Tak lari lah Ain kau tu" jelas Ammar panjang lebar.

"Betul juga apa yang kau cakapkan tu"

"Habis tu aku nak buat apa?" Mata Harraz melilau-lilau mencari kelibat Ain tapi tak ada.

"Kau buli lah dia macam biasa. Kau kan dah cakap tadi hanya kau yang boleh buli Ain. Kau lupa?"

"Ha a lah.Thank you bro. Kau lah sahabat ku dunia akhirat" kata Harraz lalu tersengih-sengih.

"Sorry bro, tapi benda mana yang free sekarang ni?” perli Ammar. Mencerlung mata Harraz ketika itu.

Sial punya kawan!

"Yelah. Nanti aku belanja kau bucket kfc. Nak?"

"Macam tu lah bro. Kau lah sahabat dunia akhirat ku" balas Ammar.

Sahabat dunia akhirat lah sangat!

"Aku tak tahu kenapa lah kau suka sangat dengan kfc? Kau tak bosan ke?" Tanya Harraz.

"Bro, kau tahu kan aku datang dari keluarga susah. Kfc tu mahal bagi aku. Aku tak nak susahkan ayah dan ibu aku. Kesian mereka" jelas Ammar.

Harraz menganggukkan kepalanya. Disebabkan kedaifan hidup Ammar lah dia berkawan dengan Ammar. Simpatinya kepada Ammar dahulu menjadikan mereka sahabat yang karib. Lagipun papanya sudah menganggap Ammar sebagai anak sendiri. Papanya tak kisah berhabis duit untuk dia dan Ammar.Papa memang baik hati.

"Memandangkan aku dah tolong kau, kau kena lah belanja aku. Nanti aku report kat uncle baru kau tau" ugut Ammar. Harraz mencebik.

"Yelah-yelah. Aku pun rasa nak makan kfc juga. Petang ni kita pergi boleh?" Cadang Harraz.

"Aku on!" Sokong Ammar seratus peratus.

Dan kemudian mereka berdua pun ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience