Episod 2

Romance Series 1710

"Eh? Mana budak gemuk tu bro?" Soal Harraz. Ammar hanya menggelengkan kepala.

"Kau cari dia apahal?" Soal Ammar pula.

"Aku rindu lah bro" jawab Harraz tanpa sedar.Tergaman Ammar mendengar jawapan Harraz.

"Kau rindu dia apahal?"soal Ammar ingin tahu.

Harraz gelisah. Kenapalah dia boleh tersasul pula.Memalukan betul.

"Kau jangan salah faham pula. Aku rindu nak buli budak gemuk tu je. Bukan rindu seperti yang kau sangkakan" kata Harraz berhati-hati. Takut tersasul pula. Naya dia kena bahan dengan member.

Malu woi!

"Oh, ingatkan rindu yang lain" usik Ammar.Harraz menjeling Ammar sekilas. Malas dia nak layan budak terencat tu.

"Baby! Kenapa tak tunggu i tadi? Penat i cari you tau" rengek Sophie. Terus lengan Harraz dipeluknya erat. Ada dia kisah dengan mata cikgu yang memerhati?Sekolah ni papa dia punya.

"I ada hal tadi. Kan Ammar?" Tanya Harraz kepada Ammar. Dia menganggukkan kepalanya dalam diam agar Ammar membantunya. Kalau tak, penat dia melayan gedik si Sophie tu.

"Betul lah tu. Kami ada hal tadi sebab tu nak cepat" sokong Ammar. Brother hood katakan mestilah saling membantu.

"Hurm okey. So, kenapa tercegat dekat sini? You tunggu i ke baby? Auw! So sweet!"

Harraz dan Ammar hanya menggelengkan kepala melihat sikap Sophie. Kalau dulu memang lah sikap tu membuatkan dia jatuh cinta dekat Sophie tetapi lama kelamaan Harraz menyampah dengan sikap mengada gadis itu. Memeningkan kepala yang sememangnya sudah pening.

"Baby, i balik dulu okey.Pak Ali dah sampai tu. Bye baby" kata Sophie manja lalu berjalan menuju ke kereta.

"Bye baby" katanya sekali. Terus diberinya flying kiss kepada Harraz, kekasih hati intan payungnya.

Harraz? Hanya mampu tersenyum paksa.

Sesudah kelibat BMW itu hilang, Ammar terus menepuk bahu rakannya.

"Kau tabah je lah bro" kata Ammar penuh makna. Muka Harraz dipandang.

Kesian.

"Pening aku dengan Sophie tu. Gedik nak mampus. Tapi apa boleh buat,nasi sudah menjadi bubur. Nak tak nak aku kena hadap bro" kata Harraz perlahan. Bukan dia tak pernah minta putus dengan Sophie cuma gadis itu selalu mengugutnya. Katanya sekolah ni papa dia punya, ugut nak buang dia daripada sekolah. Harraz bukannya tak mampu nak bersekolah tempat lain cuma setengah hatinya masih tinggal dekat SMKOH.

"Nak komen lebih pun aku tak berani bro cuma sebagai sahabat, aku nasihatkan kau berpisah sahajalah dengan Sophie tu. Kesian aku dengan kau tahu tak. Dah macam hamba kepada di Sophie tu. Kita pun tahu papa dia yang berkuasa dekat sekolah ni tapi sampai bila bro? Kau tu lelaki bro. Kau kena kuat" nasihat Ammar panjang lebar.

"Kau pun tahu apa akan jadi kalau aku putus dengan Sophie tu tapi bro setengah hati aku masih dekat sekolah ni. Aku tak nak pindah. Aku nak dekat dengan dia" jelas Harraz jujur. Biarlah Ammar tahu. Lagipun Ammar sahabatnya juga.

"Maksud kau bro? Kau suka orang lain ke?" Soal Ammar. Sememangnya itu suatu kejutan baginya. Siapalah gadis bertuah itu?

"Kau tak payah tahu lah bro. Malu aku" kata Harraz. Menyesal pula dia bersikap jujur. Nanti tak habis-habis Ammar membahannya. Tak ke naya?

"Eh, budak gemuk lah" kata Ammar tiba-tiba. Terus Harraz mendongak.

"Mana?" Soalnya. Sedaya upaya dia mengawal intonasinya ketika itu. Takut juga terlebih teruja.

"Tu. Masuk ke dalam kereta Aina"jelas Ammar.

Harraz memerhati figura itu penuh minat. Figura yang bertubuh gempal tetapi berkulit gebu dan putih melepak.

Tanpa sedar dia mengukir senyum.Ammar di sebelah sudah merasa pelik. Tadi bukan kemain Harraz bad mood dan sekarang boleh tersenyum bagai. Apahal ni? Adakah gadis itu si Ain gemuk? Biar betul kau Harraz?!

"Ehem. Dah-dah lah senyum tu. Kalau suka pergilah jumpa si tuan badan" perli Ammar.

"Ish, kau merepek apa ni?" Soal Harraz buat-buat tak tahu.

"Orang yang kau suka tu Ain kan? Kau jujur dengan aku sekarang juga." Kata Ammar tegas. Harraz menelan liur. Tidak ketawakah sahabatnya itu?

"Kalau betul kenapa? Kau nak ketawakan aku? Kau nak bagitahu member kita?" Soal Harraz. Serius sahaja mukanya.

"Kalau betul aku tumpang gembira. Aku pun suka juga dengan Ain tu. Walaupun gemuk tapi dia tak gedik, tak macam orang tu" kata Ammar.

"Nak puji biarlah berpada-pada. Ain tu aku punya" kata Harraz. Ammar tertawa kecil.

"Habis tu Sophie kau nak letak mana? Tong sampah?"

"Pandai lah aku handle si gedik itu. Masa sekolah ni aku bertahan dulu dengan Sophie. Habis sekolah nanti aku carilah Ain" jelas Harraz bersungguh-sungguh.

"Suka hati kau lah bro"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience