Episod 10

Romance Series 1710

"Eh Ain, kau nak pergi mana?"soal Aina pelik. Majlis belum habis dan Ain sudah ingin pulang.

"Aku tak pergi mana-mana lah.Aku nak ladies kejap" sahut Ain.

"Nak aku temankan ke? Mana tahu empat betina tu serang kau dalam tandas" kata Aina.

"Aku tahu lah jaga diri. Kau jangan lah risau. Aku bukan lama pun" tutur Ain.

"Okey lah kalau macam tu"Aina akur dengan keputusan Ain.

Ain terus bangun dari kerusi. Sempat matanya berbalas pandangan dengan Harraz. Seperti menghantar sesuatu mesej kepada jejaka tampan itu.

Tanpa berlengah, dia terus keluar dari dewan dan berjalan menuju ke tandas.

"Bro, aku keluar dulu lah. Nampaknya cinta hati aku dah panggil" bisik Harraz sambil tersenyum penuh makna.

"Kuat juga Harraz ni perasan rupanya. Bila masa pula Ain panggil kau?"bisik Ammar pula di telinga Harraz.

"Dia tak cakap, dia pakai ni" jelas Harraz sambil menunjukkan organ matanya.

"Suka hati kau lah bro" kata Ammar mengalah.

Dengan langkah bergaya Harraz keluar dari dewan itu.

Dia tidak mengikut jalan Ain tadi takut orang di dewan perasan dia mengikuti Ain. Dia hanya mengambil jalan sebelah kiri.

Ain menatap pantulan dirinya di cermin itu. Setelah berpuas hati, dia terus keluar dari tandas perempuan itu.

Sedang elok kaki dia melangkah terus tangannya ditarik ke kawasan yang agak gelap bersebelahan dengan tandas.

Huh! Nasib baik tandas dekat ditu bersih dan tidak berbau.

"Apa ni?!"tanya Ain kasar. Dia berusaha merentap tangannya dari seseorang itu.

"Ain Ayana" bisik Harraz di telinga Ain.

Aik terkesima. Lantas dia mendongak. Walaupum dalam keadaas samar-samar tetapi dia masih boleh nampak dengan jelas figura tersebut.

"Harraz" ucap Ain lembut dan menggoda.

"Mana Ain aku yang comel dulu?" Soal Harraz lembut.

Ain tergelak kecil.

"Ain tu dah hilang. Yang tinggal hanya Ain yang sekarang" balas Ain. Dia masih menatap lembut wajah lelaki idamannya itu. Manakala Harraz pula semakin berani. Dipeluknya pinggang milik Ain. Debaran di dada Ain semakin kuat begitu juga dengan Harraz. Masing-masing menahan perasaan.

"Kalau aku tak boleh miliki Ain yang dulu,boleh tak aku miliki Ain yang sekarang?"soal Harraz lembut. Tautan di pinggang Ain dieratkan.

Ain pula rasa selesa diperlakukan oleh Harraz sebegitu.

"As you wish handsome. But no need to rush Harraz" bisik Ain di telinga Harraz.

Meremang bulu roma Harraz disebabkan oleh Ain. Suara lunak itu begitu memikat hati Harraz.

"Eh, aku pergi dulu eh. Nanti risau pula Aina" pinta Ain. Terus dia merungkai pelukan Harraz. Harraz hanya membiarkan sahaja.

"Kau tak masuk dewan balik ke?" Soal Ain.

"Aku nak masuk kejap. Kau pergi dululah" arah Harraz lembut.

Ain hanya menganggukan kepalanya.

Eh? Ain rasa dia lupa sesuatu kot.

"Harraz?" Panggi Ain lembut.

"Yes?"

Ain melangkah mendekati Harraz.

Dipeluknya leher lelaki itu dan berbisik.

"I love you"

Lalu bibirnya terus dilekapkan di bibir milik Harraz. Tergaman Harraz diperlakukan Ain sebegitu.

Kalau rezeki dah depan mata, apa lagi balas je lah.

Syaiton kau Harraz!

Ciuman Ain dibalas oleh Harraz dengan lembut. Dua-dua saling mencintai cuma masa sahaja yang belum sesuai.

"You look so sexy"bisik Harraz di telinga Ain. Ain tersenyum manis.

"You too handsome" sahut Ain.

Sebelum Aina mencari dia di tandas lebih baik di balik ke dewan sekarang.

"Erk, i need to go" pinta Ain. Harraz mengangguk sambil tersenyum.

Ain yang berlari-lari anak menuju ke dewan itu dipandang penuh cinta.

Dia terus masuk ke tandas lelaki lalu memandang ke bawah.

"Hurm. Your fault Ain" kata Harraz sambil tersenyum penuh makna. Bau tubuh Ain masih segar di hidungnya.

"Lama betul kau ladies? Risau aku tahu tak"rungut Aina.

"Aku ada hal tadi" bohong Ain.

"Eh jap? Kau bau apa ni? Minyak wangi siapa yang kau rembat ni Ain?" Bisik Aina di telinga Ain.Ain tersenyum lalu memandang ke luar dewan.

Aina yang pelik dengan kelakuan Ain turur sama menoleh ke luar.

Muncul seorang jejaka kacak yang sebentar tadi sedang berasmara dana dengan Ain.

"Ain, kau jangan cakap kau jumpa Harraz?"soal Aina.

"Kau rasa?" Sengaja Ain berteka-teki dengan Aina. Sah rakannya itu tertanya-tanya.

"Kau jangan main-main Ain. Aku cubit kang"ugut Aina geram.

"Ada nampak Ain kisah?" Ejek Ain. Geram pula Aina dengan sikap sahabatnya itu.

Ain dan Aina mengambil tempat duduk di sudut tepi. Meja bulat itu dipandang penuh nafsu. Mana tak nya, semua makanan yang dihidangkan begitu menyelerakan.

"Banyak Aina oi"

"Kau memang macam tu, kalau nampak makanan laju je kau kan"perli Aina.

"Kau tak takut jadi gemuk ke?" Tanya Aina.

"Aku kan kerap pergi gym so kau tak payah risau lah" jelas Ain.

"Boleh kami duduk sini?" Soal seseorang. Ain dan Aina serentak menoleh.

Ammar dan Harraz. Ain pula terasa malu ingin menatap wajah Harraz. Tadi tak pula kau malu bila menggatal tepi tandas. Dasar Ain!

"Erk, boleh ke?Ain?" Kenapa pula Aina minta pendapat aku? Memang yes lah jawapannya.

"Duduk je lah tak payah minta izin" pelawa Ain. Tidak dipandangnya wajah Harraz dan Ammar. Kenapa? Malu lah!

"Thank" ucap Ammar. Mereka berdua terus mengambil tempat duduk di hadapan Ain dan Aina.

"Benci betul aku dengan Harraz tu. Masa budak tu gemuk tak pula dia terhegeh-hegeh nak dekat dengan budak tu. Sekarang bila dah kurus dan seksi, mula lah naik daun" kata Syakira geram.

Sophie diam tak terkutik.

"Kau tak jeles ke Sophie?" Tanya Bella.

"Nak jeles buat apa? Aqasha lagi hebat dari Harraz tu." Sahut Sophie ego. Tipulah kalau dia tidak merasa cemburu namun apakan daya, Harraz bukan miliknya lagi.

"Kau lupa ke kau tu kekasih sementara Aqasha?" Perli Bella.

"Mulut tu baik sikit okey . Baju kau tu pun aku yang beli. Tak payah nak pijak kepala aku sangat!"bentak Sophie geram. Terdiam Bella dibuatnya.

Kalau bukan disebabkan Sophie, dia takkan mampu pakai benda mahal, dia takkan jadi secantik ini.

"So, how's life?"soal Ammar.Matanya silih berganti memandang dua figura di depannya itu.

Dua-dua menggetarkan iman. Ehem!

"So far so good kan Ain. Aku buka butik sendiri and Ain pula ada kedai buku sendiri" cerita Aina.

"Bussiness women lah ni?" Soal Harraz pula.

"Lebih kurang macam tu lah" sahut Aina. Ain? Hanya mampu mematung. Disebabkan kerakusan diri sendiri dia terpaksa menanggung malu.

"Diam je Ain? Tak selesa ke duduk depan aku dan Harraz?" Tanya Ammar pelik. Tadi buka main dia melawan Sophie and the geng tapi sekarang menikus pula.

"Eh takda lah. Aku saja nak fokus makan"jawab Ain selamba. Dipandangnya seketika wajah Ammar dan Harraz dan lalu meneruskan aktivitinya yang tergendala tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience