Episod 11

Romance Series 1710

Harraz ke hulur ke hilir berjalan di depan pintu. Mana tak nya, dia berbelah bagi ingin pergi ke rumah Ain ataupun tidak.

Rumah Ain kot. Takut nanti syaiton pula yang masuk ke dalam tubuh Harraz.

"Yang kamu tu bagai cacing kepanasan dah kenapa?" Soal Puan Rose. Pelik dia melihat anak terunanya yang dari tadi berjalan ke hulu ke hilir tak tentu arah.

"Takda apa lah mak. Saja nak senaman kaki" tipu Harraz. Kalau dia cakap jujur memang dari pagi sampai ke malam Puan Rose menyoalnya.

"Banyaklah kamu punya senaman" perli Puan Rose. Harraz hanya mampu tersengih sahaja.

Puan Rose terus berlalu dari situ meninggalkan anak terunanya yang masih dalam dilema.

"Ah. Aku pergi je lah" kata Harraz akhirnya.

Lantas dia menggapai kunci kereta dan bergegas menuju ke kereta.

"Tak sabar nak jumpa buah hati aku" tutur Harraz gembira.

Deringan dari telefon Ain mengejutkanny dari lamunan yang panjang. Dilihat nya nama pemanggil itu sambil tersenyum.

"Kenapa kau kol aku Aina?" Tanya Ain.

"Takda lah. Aku tengok kedai kau tutup. Mana tahu kalau kau tak sihat, aku nak pastikan je" balas Aina dari hujung talian.

"Kau jangan lah risau. Aku terlebih sihat dah ni. Kejap lagi nak pergi dating dah" cerita Ain.

Melopong mulut Aina mendengar kata-kata Ain.

Ain dating?!

"Wei! Kau biar betul? Kau dating dengan siapa?" Tanya Aina. Ain hanya tersenyum. Macam lah si sahabatnya itu boleh tengok senyuman minta kakiknya itu.

"Ain Ayana! Kau dating dengan siapa?Kau mesti bagitahu aku kalau tak aku report kat mama. Kau nak?" Ugut Aina.Geram Ain dibuatnya. Dari zaman remaja lagi asyik nak ugut aku guna mama. Nasib baiklah sahabat.

"Aku nak dating dengan Harraz nanti. Kau tak payah cemburu eh" jelas Ain. Dan sekali lagi mulut Aina melopong.

Kejutan apakah ini? Sejak bila diorang declare?

"Kau memang banyak hutang dengan aku Ain" kata Aina serius.

"Hutang apanya?Sejak bila aku hutang dengan kau?" Soal Ain pelik.Berusaha dia mengingat mana tahu dia memang ada hutang dengan minah tu.Rasanya tak ada kot.

"Kau banyak hutang penjelasan dengan aku" kata Aina lagi.

"Oh itu. Ada masa free kau mai lah rumah aku. Nanti aku citer lah dekat kau. Kami belum declare lagi tau so jangan nak memandai crita kat mama. Faham?"

"Faham boss" sahut Aina. Tergelak kecil Ain dibuatnya.

PIN.. PIN.. PIN..

"Aku cau dulu lah Aina. Nampaknya cinta hati aku dah sampai" kata Ain gembira.

"Eleh, kau pergilah sana!" Sahut Aina. Geram Aina dengar suara gedik Ain.

"Bye sayangku Aina intan payung" usik Ain dan dibalas juga oleh Aina dengan ayat yang sama seraya ditutupnya talian itu.

"Erk, kau sihat?" Soal Harraz janggal. Hampir lima minit mereka berdua berdiam diri dan hanya melayan perasaan sendiri.

"Seperti yang kau nampak. Aku terlebih sihat" jawab Ain lembut dan ramah. Biarlah dia yang mulakan dulu asalkan tiada kejanggalan antara mereka.

"Baguslah tu" balas Harraz sambil tersenyum. Diamatinya wajah cantik perempuan itu.Kalau jadi bini memang dia tatang bagai minyak yang penuh.

"Kau tak tanya aku sihat ke Ain? Kau tak tanya aku dah berpunya ke belum?" Usik Harraz. Ain pula dah blushing.

"Tak payah tanya lah sebab dah boleh nampak dari sinar wajah yang kau tu sihat belaka. Single? Tak kot. Kalau dah berpunya takda nya dia usik kita malam tu"kata Ain sambil matanya menjeling-jeling Harraz.

Tergelak Harraz mendengar balasan kata Ain tadi. Nampaknya Ain di depannya sekarang ni lebih open-minded dan lebih berani atau lebih tepat lagi lebih nakal.

"Nampaknya Ain aku dah berubah" tutur Harraz lembut sambil matanya tak lekang memerhati wajah Ain yang memerah. Malu tapi mahu. Comel!

"Harraz, kita keluar nak?Makin lama makin lain rasanya bila duduk berdua macam ni. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Sejak dah besar otak bukan kemain tak betul" cerita Ain jujur. Tak kisah lah Harraz geli dengan dia yang penting dia bersikap jujur.

"Ada-ada je lah kau ni Ain.So, kita nak pergi mana ni?" Tanya Harraz. Dilayankan sahaja permintaan buah hati tak rasminya itu. Kalau diikutkan dia memang suka berduaan macam sekarang ni.

Amboi kau Harraz! Ulat bulu dah naik daun!

"Pergi kedai buku aku lah. Lepak kat sana. Nanti boleh lah kau tengok-tengok buku aku. Kalau murah hati beli lah terus" usik Ain.Ditamparnya lembut paha lelaki itu.

Harraz yang sememangnya gatal menjadi bertambah gatal pula diperlakukan Ain sebegitu.

"Ain, don't do that. Don't turn me on" bisik Harraz perlahan di telinga Ain. Bergetar tubuh Ain menerima bisikan itu. Menggoda woi!

"Aku tak janji.Kau keluar lah dulu. Aku nak tukar baju kejap" arah Ain. Harraz hanya menganggukkan kepala dan lebih kepada menahan rasa.Dia terus keluar dari rumah itu dan menunggu di dalam kereta.

"Ain. Sejak bila kau nakal sangat?" Tanya Harraz pelik. Kalau dulu Ain tu tak pernah melawan, jarang nak melenting tapi sekarang dah lain.

Ain yang sekarang ni versi nakal plus seksi.

"Haih.Tak sabar nya nak beristeri" kata Harraz. Terukir senyuman manis di bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience