Episod 9

Romance Series 1710

Ain melangkah masuk ke dalam dewan itu dengan penuh yakin.

Dewan di mana tempat mereka orientasi, dimana tempat mereka mengadakan jamuan suatu ketika dahulu.

Ain mengukir senyuman.

Dipandang tubuhnya sekilas.Tidak sia-sia dia berhabis duit RM5000 hanya untuk memiliki gaun merah itu. Memang terletak elok mengikut potongan badannya.

Ain yang gemuk? Sudah lama dia tinggalkan.

Sebaik sahaja Ain masuk ke dalam dewan, keadaan menjadi sunyi sepi. Dia melihat semua mata memandang ke arahnya. Inilah yang Ain nanti-nantikan. Sudah tiba masanya dia membalas kembali apa yang mereka lakukan kepadanya.

"So pretty" puji Aina. Ain tersenyum malu.

"Thank u Aina. Kau pun apa kurang nya. Still gorgeous" puji Ain juga.

Aina menarik tangan Ain agar duduk bersebelahan dengannya.

"Hye girl? You siapa?Kita satu kelas ke dulu?" Soal Ammar. Dari perempuan itu masuk, dia memang sudah tertanya-tanya tentang perempuan dahi licin itu.

"Eh Ammar. Kau tak kenal aku ke?"soal Ain sambil tersenyum.

Ammar tergaman. Suara itu dia kenal sangat!

Ammar menoleh ke arah Harraz. Mungkin Harraz lebih tahu perempuan itu siapa.

Tak mungkin!

"Ammar ? Betul kau tak kenal aku?"soal Ain lagi.

"Aku lah. Ain Ayana"kata Ain tenang walaupun dia tahu dia bakal mengejutkan semua orang di sekelilingnya.

Dan Harraz terus tergaman. Rasa tak percaya Ain gemuk yang dipujanya dahulu berubah menjadi perempuan yang cantik.

"What...........?" Ain dah agak memang itu reaksi orang di sekelilingnya.

"Kau ke ni Ain?"tanya Ammar lagi.

Harraz terpaku. Pengakuan itu tadi benar-benar mendebarkan dadanya.

Perempuan yang dia tunggu-tunggu selama ini sudah ada depan mata. Dia tidak menyangka perempuan secantik bidadari itu ialah Ain Ayana dia yang gemuk dulu.

Mana perginya Ain dia yang gemuk?

"Berapa budak gemuk tu upah kau hah? Mesti dia malukan nak datang reunion kita. Jangan-jangan bertambah gemuk budak tu kan girls" ejek Sophie.

Ain pandang lama wajah Sophie. Terasa ingin diterajangnya tubuh kurus perempuan perasan itu.

"Cik Sophie, kau nak aku keluarkan ic aku ke baru kau nak percaya?" Perli Ain. Sophie tergaman.Jelas kegugupan di wajahnya.

"Kau gugup?Kenapa? Sebab aku lebih cantik dari kau? Ke kau gugup aku akan rampas Harraz dari kau?" Soal Ain sambil tersenyum sinis.

Dipandangnya Harraz yang berdiri di belakang Ammar. Wajah itu semakin tampan.Matanya dan mata Harraz bertembung.Seketika mereka menjejak kasih hanya melalui satu tatapan.

Tatapan melepas rindu mungkin?

"Oh, aku lupa sesuatu. Rasanya Harraz bukan milik kau kan, so boleh lah aku ambil apa yang aku suka" kata Ain penuh makna. Dipandangnya Harraz seketika. Terselit satu senyuman di bibir Harraz ketika itu. Berdebar-debar hati Ain melihat senyuman itu.

Oh Lord! Why Harraz hensem sangat!?

"Dah lah Sophie. Jangan layan orang tu. Mentang-mentang dah cantik terus berlagak" perli Bella.

"Girls, what you give you get back" tutur Ain selamba tapi penuh dengan maksud tersirat.

Supergirl yang kononnya super itu terus duduk di tempat masing-masing.

Ain dan yang lain juga turut mengambil tempat masing-masing.

Ketibaan bekas pengetua mereka dulu iaitu Mr Ong disambut dengan meriah oleh batch mereka. Kadang kala Ain sengaja menoleh ke belakang untuk melihat orang lain bersorak namun bukan itu niatnya yang sebenar. Dia cuma ingin mencuri tengok wajah lelaki yang dicintai dari dulu sampai sekarang.

Harraz yang perasan dirinya diperhati terus menoleh ke arah seseorang itu.

Ain Ayana........

Sekali lagi mata mereka berdua bertembung dan dilihatnya Ain segera menoleh ke hadapan semula.

Terukir senyuman di bibir Harraz. Kalau dulu Ain comel tapi sekarang Ain cantik dan erk,menggoda imannya.

Terasa bahunya dicuit, dia terus berhenti mengelamun.

"Happy ke bro tengok benda sedap di depan mata?" Usik Ammar.Harraz menumbuk bahu Ammar perlahan.

"Sibuklah lah kau. Suka hati aku lah" sahut Harraz sambil berlagak biasa. Ego katakan.

Dan masing-masing antara mereka mengimbau tentang kenangan mereka sewaktu remaja dulu.

Kenangan yang tidak akan pernah dilupakan oleh semua mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience