Episod 5

Romance Series 1710

"I think i need some explanation from you. Ain,apa jadi?" Tanya Aina.

"Kau pun tahu apa yang jadi tadi. Aku malas lah nak ulang Aina" balas Ain lalu menyandarkan belakangnya di kerusi.

"Hal tadi aku tahu lah. Aku cuma nak tahu sejak bila kau menaruh perasaan terhadap pembuli tegar kau tu? Cer citer sikit" pujuk Aina. Ain menghela nafas panjang.

"Kalau aku cerita kau jangan ketawa pula." Pesan Ain kepada Aina. Aina mengangguk laju lalu terus menongkat dagunya dengan tangan.

Dia ingat dia comel?

"Dari form 3 lagi aku suka Harraz. Kau pun tahu kan usia kita ni bukan usia untuk bercinta?Tapi kalau dah tersuka tanpa sengaja nak buat macam mana kan? Aku hadap je lah" jelas Ain.

Dia malu sebenarnya tapi Aina kan sahabat nya? Mestilah Aina kena tahu.

"Wah! Kira kau dah lama lah memendam perasaan ni?" Soal Aina tak puas hati.

Dah tahu masih nak bertanya pula.

"Nampaknya begitulah" sahut Ain malu-malu.

"Eleh malu-malu pula. Tapi kan aku sokong apa yang Harraz buat tadi.Awalnya aku ingatkan Harraz akan ejek kau, hina kau tapi sebaliknya tak. Dia berpihak kepada kau dan lebih syok lagi siap putus dengan sotong gedik tu"

"Aku pun fikir macam tu juga. Seronok tu adalah sekurang-kurangnya aku boleh kurangkan rasa malu aku" terang Ain sambil tersenyum.

"Betul. Aku setuju dengan kau"

"Dah lah. Kau tak nak balik ke? Ke nak berkemah dekat sini?" Soal Ain tetapi lebih kepada memerli Ain.

"Kurang asam kau Ain. Aku tibai sat baru kau tahu" ugut Aina.Ain sudah mengekeh-ngekeh ketawa.

Mereka berdua terus berjalan sambil berpimpinan tangan.

Harraz memerhati penuh minat figura yang terlebih besar itu sambil tersenyum lebar.

"Comel" puji Harraz tanpa sedar.

"Siapa yang comel? Aku ke?" Soal Ammar perasan.

"Eh takda makna nya kau tu comel. Muka dah macam berudu aku tengok. Berudu lagi elok kot" ejek Harraz.

"Kurang ajar kau!" Marah Ammar.

"Rilex bro. Aku gurau je kot"jelas Harraz.

"So, siapa yang comel tu?" Tanya Ammar serius. Bukunya yang dibaca dari tadi terus ditutup.

"Siapa lagi kalau bukan Ain" sahut Harraz jujur.

"Walaweh! Kau dah angau ni bro" usik Ammar.

Harraz hanya tersenyum. Malas mahu melayan usikkan Ammar.

"Eh Aina? Kau punya ke ni? Kenapa ada dalam beg aku?" Soal Ain pelik. Seutas rantai leher itu dibeleknya. Mesti kaya empunya pemilik rantai leher itu.

"Eh, bukan aku punya lah. Kau pun tahu aku tak suka pakai rantai leher. Gatal"

"Habis ni? Siapa punya?" Soal Ain lagi.

"Jap aku tengok" Aina terus menyelongkar beg Ain dan tada!Dia jumpa kad kecil berwarna merah.

"This is for you Ain Ayana. I love you .H.A"

"Untuk aku ke? Tapi siapa pula HA?Kau kenal orang nama HA ke Aina?"

"HA? Mungkin Hamirul Ayden kot" jawab Aina.

"Kau biar betul? Hamirul tu budak form 1 kot"

"Harraz Affan? Maybe" sahut Aina lagi.

"Harraz? Itu memang tak mungkin. Takda makna nya dia tu suka kat aku" kata Ain.

"Kita mana tahu"

"Anggap je lah orang tak dikenali itu tidak wujud" kata Ain lagi.

"Tapi rantai ni tetap aku punya" kata Ain sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Suka hati kau lah Ain" kata Aina mengalah. Dia bukan tak suka dengan pemberian orang tu cuma dia takut HA itu ada niat yang tak baik kepada Ain. Sebagai sahabat, dia wajar risau dengan keselamatan Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience