Episod 1

Romance Series 1710

"Papa,Ain pergi dulu"

"Hati-hati naik bas tu nanti Ain.Sebelum melintas jalan mesti tengok kiri kanan dulu" pesan Encik Ikram. Risau dia dengan keselamatan anak daranya itu.

Sejak kematian isterinya, Puan Rohaya dia berhasrat akan menjaga puteri mereka sebaik yang mungkin.

"Ala papa ni. Ain tahu lah. Tiap hari tau papa pesan benda yang sama" rungut Ain. Bukan dia tak suka cuma bosanlah. Lagipun dia bukan budak kecik, dia sudah remaja kot.

"Saja papa nak ingatkan Ain. Lagi satu, jangan pula Ain tergolek macam hari tu" pesan Encik Ikram lagi lalu tertawa kecil.

"Ish papa ni. Malu lah nak ingat benda hari tu. Dah macam nangka busuk dah Ain jatuh masa tu" rungut Ain lagi.Encik Ikram tersenyum memandang puterinya.

Ain Ayana, nama pilihan isterinya.Ain memang berbeza dengan rakannya yang lain. Dia satu-satunya gadis gemuk di SMK Olla Hills.

"Yalah, papa tak sebut lagi tentang tu. Ain pergi lah cepat" arah Encik Ikram.

"Okey papa. Bye papa. I love you so much" ucap Ain lembut.

"Love you too puteri papa" balas Encik Ikram.

"Eh, budak gemuk dah sampai lah" kata Sophie lantang. Ain di hadapanya dipandang tajam. Benci betul dia dengan budak gemuk tu. Ain pula? Dia lebih suka menikus.Kalau dia melawan pun bukannya boleh menang. Nanti tak pasal-pasal si Sophie gedik tu panggil boyfriend nya.

"Kalau aku lah kan, aku tak berani pergi sekolah dengan tubuh gempal macam ni" kata Syakira pula. Terus dia, Sophie,Bella dan Nora ketawa besar sehingga orang sekeliling memandang ke arah mereka.

Ain? Tak usah dikata. Memang malu besar lah nampaknya.

"Hoi! Korang buat apa ni? Tak habis-habis nak buli Ain!"jerkah Aina.

Ain tersenyum memandang Aina. Hanya Aina yang sudi membantunya ketika dia menjadi mangsa buli dari dulu sehingga sekarang.

Sejak dari form 1 dia dan Aina menjadi rakan karib.

Kalau diikutkan memang Aina tidak sepadan berkawan dengannya sebab Aina gadis yang cantik dan bertubuh langsing manakala dia pula gadis gemuk yang menyusahkan orang.

"Wow! Si penyelamat Ain gemuk dah sampai" ejek Sophie.Aina memandang Sophie lama. Kalau diikutkan hati, ingin sekali dia menampar mulut gadis lahanat itu. Perasaan diri tu cantik tapi takda lah cantik banyak.

"Kau sibuk apahal?!Kalau aku tampar muka kau tu, memang kami semua dekat sini terbatuk-batuk. Bedak kat muka tu tebal sangat" perli Aina.

Sophie menghentakkan kakinya kuat.Terasa terhina dia mendengar kata-kata Aina itu.

"Jom Aina" ajak Aina. Ain merangkul lengan Aina dan terus mengikut langkah kaki gadis berani itu.

"Itu lah kau, aku ajak kau pergi sama-sama dengan aku kau degil.Sophie tu asyik buli kau tiap hari. Esok kau pergi sekolah dengan aku eh?" Pujuk Aina.Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Bukan dia tak mahu cuma takut menyusahkan Aina dan keluarga.

"Aku taknak lah menyusahkan kau Aina" jawab Ain.

"Aku tak nak dengar alasan tu. Mama aku pun suruh kau pergi dan balik sekolah sama-sama.Kau berani ke tolak bila aunty kesayangan kau tu suruh?" Ugut Aina. Dia tahi Ain memang takkan berani tolak arahan mamanya. Mamanya begitu sayang dengan Ain seperti anak sendiri tetapi Aina tidak cemburu sebab dia tahu mamanya juga sayangkan dia.

"Erk, kalau macam tu. Aku ikut kau je lah" kata Ain.

"Kan bagus macam tu" kata Aina gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience