Episod 8

Romance Series 1710

"Aina, malam ni macam biasa" pesan Ain.Aina yang sudah terbiasa dengan pesanan itu hanya menganggukkan kepalanya.

Malam minggu adalah malam di mana Ain dan Aina menjadi syaitan. Sesyaitan mereka takda lah sampai minum minuman keras, merokok, berjudi dan melakukan hubungan bebas. Kalau sentuh sikit-sikit tu adalah. Bukan ada apa pun kan.

"Aku dengar malam ni ada orang celebrate birthday. Betul ke?" Soal Aina kepada Ain.

"Betul lah tu. Siapa lagi kalau bukan buaya darat tu"

"Biarlah dia asal tak ganggu urusan kita nanti" kata Aina pula.

Sejak kematian papanya, Ain hilang arah. Akibat terlampau stress, dia mula mendekatkan diri dengan perkara tak senonoh itu. Tapi jangan lah salah faham, kelab yang dia maksudkan itu kelab VVIP, bukan macam kelab yang berlambak di sebelah lorong .Kelab VVIP ni lain, tidak ada yang menari terkinja-kinja, tidak ada yang menyusahkan diri kau untuk aku okey" pesan Ain kepada Aina.

"Yelah cik adik oi. Hamba menurut perintah"

"Mengada lah kau ni" kata Ain.

"Bro, aku dengar bulan depan kita ada reunion di SMKOH.Betul ke?" Soal Ammar.

"Betullah tu. Siapa suruh left dari group?Kan tak tahu apa-apa" perli Harraz. Ammar menggaru kepala yang tidak gatal. Giginya ditayang.

"Malas nak tengok minah gedik dalam tu. Saban hari post gambar sendiri dalam group buat apa?" kata Ammar jujur.

"Korang bertiga memang sepakat ke nak left?" Soal Harraz pula.

"Bertiga apanya?" Tanya Ammar pelik.

"Lepas kau left dari group Ain dan Aina pun terus left" terang Harraz.

"Laa yeke, mana lah aku tahu diorang left. Takda nya kami bertiga sepakat" sahut Ammar.

"Aku ada juga call Ain tapi orang lain yang jawab. Aina pun sama.Nampaknya mereka tukar nombor lah"cerita Harraz.

"Kau tak pernah cari Ain ke Raz?"

"Cari tu pernah lah cuma takda lah sampai nak upah penyiasat peribadi"

"Takpa lah bro. Kau doa-doa je lah si Ain tu datang masa reunion bulan depan" nasihat Ammar. Harraz menganggukkan kepalanya.

Bagi Harraz, hatinya tetap mencintai perempuan bernama Ain Ayana. Tak kisah kalau perempuan itu masih gemuk ataupun sebaliknya, hatinya tetap untuk perempuan itu.

"Nampaknya tempat kita dah diambil orang. Ni sebab kau lah ni, lambat sangat bersiap" rungut Ain.

"Ala Ain. Jangan lah merajuk. Aku mesti lah kelihatan cantik dan berseri-seri, mana tahu jumpa jodoh kat sini" kata Aina sambil tersengih.

"Ni kalau jantan tengok kau menyengih macam tu, mesti diorang riject kau terus" usik Ain.

"Kau jangan lah cakap macam tu. Kata-kata tu suatu doa tahu tak" rajuk Aina.

"Sorry lah. Aku saja nak usik kau" pujuk Ain.

"Aku tahu. Saja nak acah-acah merajuk. Maybe nanti kau sponser aku cendol" gurau Aina.Aku dan dia sama-sama tertawa kecil. Mana boleh ketawa terbahak-bahak kat public, nanti jatuh saham.

"Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Aqasha...Happy birthday to you... " Aqasha terus meniup lilin sebaik sahaja orang ramai habis menyanyikan lagu hari jadi untuknya.

Meliar-liar matanya melihat sekeliling dan secara tak langsung matanya tertumpu pada seseorang yang sedang berbual rancak dengan temannya. Tak pernah pula dia nampak perempuan itu sebelum ni.

"Potong lah kek tu sayang. Tak sabar nak rasa kek mahal you tu" rengek Natalia, kekasih Aqasha tetapi lebih kepada kekasih sementara.

"Lepas i potong korang makan lah puas-puas okey.Minum pun boleh. Semua i belanja" kata Aqasha. Apalagi, bersorak sakan lah semua perempuan mata duitan dalam kelab tu.

"Hye"sapa Aqasha.Saat perempuan itu menoleh, tergaman dia melihat kecantikkan yang dimiliki perempuan itu. Begitu ralit dia memerhati wajah perempuan berdahi licin itu.

"Yes?"

"Can i sit here?" Pintanya. Perempuan itu dan temannya hanya menganggukkan kepala.

"Kau nak apa?" Soal Aina.Dipandangnya lama wajah lelaki hidung belang itu.

"Aku nak tahu nama kawan kau ni" jelas Aqasha tanpa berselindung.

"Aku Ayin." Sahut Ain selamba.

"Nice name. By the way, aku Aqasha" balasnya juga. Nak tak hendak terpaksa juga Ain beramah mesra dengan kasanova itu.

"I know." Sahut Ain dingin.

"Can i have your phone number Ayin?"pinta Aqasha. Dia berharap benar Ayin memberinya nombor telefon agar bisa dia berbual dengan perempuan itu.

Boleh buat stok terbaik abad ini!

"I can't give your phone number. Memang aku single tapi not available" jelas Ain jujur. Termanggu si kasanova itu mendengar kata-kata Ain.

"Tak nak sudah. Bukan aku nak sangat dengan kau" kata Aqasha geram. Tak pernah dia ditolak perempuan mentah-mentah dan Ain adalah orang pertama yang menolaknya.

Tercabar betul dia kala itu tetapi memandangkan malam ni hari jadinya, dia kena mengawal ni dan akan 'makan' selagi berdaya. Stok geli-gelinya pun dah banyak menunggu.

"Baguslah kalau macam tu" balas Ain lagi. Tanpa rasa bersalah dia mengungkapkan kata-kata itu. Bukan disebabkan dia sudah kurus ataupun sudah cantik, cuma dia tak suka lelaki lain mendekati dirinya. Dalam hatinya masih terpahat nama Harraz Affan. Sampai bila-bila pun nama Harraz Affan.

Bukan takda lelaki yang cuba meraih perhatiannya cuma dia sahaja yang malas melayan.Kalau Harraz yang meraih perhatiannya, baru lah dia akan pertimbangkan. Biarlah lelaki itu mencintai dia yang sudah kurus asalkan lelaki itu Harraz Affan.

"Belagak!" Kata Aqasha kasar dan dia terus berlalu dari situ. Ain dan Aina hanya menggeleng memandang Aqasha yang sedang diulit tangan-tangan nakal para perempuan.

"Aku rasa nak balik lah Aina. Takda mood pula malam ni" kata Ain.

"Aku pun sama. Menyampah nak tengok kasanova sial tu" sambung Aina pula.

Tanpa pamit, mereka berdua terus keluar dari kelab itu dan balik ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience