Episod 3

Romance Series 1710

"Kenapa Harraz dan Ammar pandang kat kita eh?" Soal Aina kepada Ain.

"Kempunan sebab tak buli aku la tu" kata Ain menyampah.

"Mana kau tahu? Kau boleh baca hati orang lain ke?" Soal Aina.

"Ish, kau tak payah nak loyar buruk lah Ain. Kau tahu kan mereka tu suka buli aku" kata Ain.

"Aku saja nak hiburkan kau Ain. Kau tak payah lah sedih bagai. Aku kan ada. Aku akan jadi wonder women untuk kau seorang" usik Aina.

"Cis. Tak guna punya Aina" kata Ain lalu mereka berdua ketawa bersama-sama.

Aina yang kaya Ain yang sederhana. Aina yang cantik Ain yang hodoh.Tapi itu bukan penghalang untuk mereka menjadi sahabat baik.

Ain membuka diarinya. Dia seraya tersenyum.

"Semuanya tentang dia" kata Ain lembut dan perlahan.

"Rasa tak best bila tak kena buli dengan dia" kata Ain lagi.

Ish, apa lah kau ni Ain? Bukannya seronok kena buli!

HARI NI AKU TAK DAPAT TENGOK WAJAH DIA DEKAT TAPI AKU BOLEH NAMPAK DIA DARI JAUH. RASA RINDU PULA NAK DEKAT DENGAN DIA.HARRAZ KACAK HARI NI. SAYANG KAU HARRAZ.


AIN AYANA,

Terus diari itu Ain tutup dan disimpan semula dalam beg sekolahnya.

Dibukanya lampu malam dan diselimut terus tubuh gempalnya itu.

"Selamat malam papa, mama. Selamat malam Harraz" tuturnya lembut sambil menutup mata.

Berharap hari esok akan berlakunya keajaiban bagi gadis bernama Ain Ayana.

"Kau perasan tak budak gemuk tu selalu bawa buku kulit kuning kemana-mana?"soal Nora kepada Sophie.

"Tak. Kenapa?”soal Sohie tanpa menduga apa-apa.

"Diari dia kot. Kita mana lah tahu. Selalunya budak nerd memang begitu, suka meluah dekat diari"ejek Bella pula.

Sophie diam sejenak. Diari? Kalau tu diari mestilah ianya hal peribadi dalam tu kan.

Ting!

"Kita rampas buku tu dari budak gemuk tu then kita baca isinya di depan kelas. Setuju tak girls?"

"Setuju!" Jerit Nora, Syakira dan Bella serentak.

Tanpa membuang masa, mereka berempat terus berjalan menuju ke arah Ain yang sedang leka menulis sesuatu di dalam diarinya.

Mungkin hari ini hari yang malang bagi Ain?

"Oi gemuk! Bagi aku buku tu!" Jerkah Sophie. Ain yang leka menulis terkejut mendengar jerkahan Sophie. Terus diarinya ditutup. Belum sempat dia menyimpan diari itu,Bella terlebih dahulu merampas diari itu daripada Ain. Ain gelisah.

Habislah dia kalau geng Supergirl itu membocorkan rahsianya.

"Bagi balik lah diari aku!"teriak Ain geram. Dipandangnya muka betina empat orang itu satu persatu-satu.

"Wow! Budak gemuk marah lah. Mesti ada benda penting dalam ni. Jom kita bawa dan baca dalam kelas" kata Sophie kepada gengnya.

Dalam kelas? Ain sudah menggelengkan kepala. Apa dia kena buat? Dah lah isi dalam diari itu mengenaie Harraz.

Ain sedaya upaya mengejar Sophie and the geng tetapi disebabkan berat badannya yang mencecah 71kg, dia tak mampu mengejar mereka berempat.

Pasrah sahajalah kau Ain. Padan muka kau sebab gatal sangat nak menulis diari di sekolah. Kau bukan tak tahu Supergirl tu memang sentiasa cari pasal dengan kau.

Padan muka kau Ain!

"You alls, i ada benda nak share ni" kata Sophie gedik. Dia mengambil tempat duduk di kerusi guru dan terus membuka diari itu.

"Hari ini Harraz buli aku lagi. Memang lah sakit hati tapi ini sahaja cara agar aku bisa melihat wajah Harraz tia Hari. Ain Ayana"

"What! Budak gemuk tu suka kau lah baby. I tak suka!" Rengek Sophie.

Harraz pula hanya tergaman. Betulkan apa yang dia dengar tadi? Betulkah diari itu milik Ain? Dan betulkah Ain menulis namanya dalam diari itu.

"Give me that book. Now" arah Harraz tegas. Sophie teragak-agak ingin memberikan diari Ain itu kepada. Harraz.

"Give me that book now Sophie!" Jerkah Harraz.

Tergaman semua orang disebabkan Harraz. Sophie terus memberikan diari Ain kepada Harraz.

Harraz pula terus menyelak diari itu da membacanya dari muka depan.

Ain yang sudah lama berada di luar kelas terasa kecut.

Marahkan Harraz dengannya? Benci kah Harraz?

"Eh budak gemuk. Sini kau!" Panggil Sophie.

Terasa berat langkah kaki Ain kala itu. Kepalanya ditunduk kebawah. Terasa merah mukanya saat dia melihat Harraz sedang membaca diarinya.

"Kau tu gemuk!Mana padan dengan Harraz. Jatuh nama dia nanti!" Jerkah Sophie. Ain terasa ingin menangis.

"Hanya aku yang layak untuk Harraz seorang!" Sambung Sophie lagi. Marah betul dia bila dapat tahu ada orang lain menyukai kekasih hatinya.

"Sophie! Behave!" Kata Harraz tiba-tiba. Semua mata memandang ke arah Harraz termasuk Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience