Episod 7

Romance Series 1710

LAPAN TAHUN KEMUDIAN........

"Aina, kau tak rasa ke begitu cepat masa berlalu?" Soal Ain kepada Aina.

Aina termenung seketika. Memikirkan apa yang mereka terpaksa tempuhi dari dulu hinggalah mereka berjaya seperti sekarang.

Dia yang tetap cantik dari sekolah, Ain yang sudah menjadi perempuan idaman lelaki di luar sana, Aina yang mempunyai butik sendiri dan Ain yang memiliki kedai bukunya sendiri.

Begitu cepat masa berlalu.Sudah lapan tahun mereka meninggalkan zaman persekolahan yang begitu banyak menyimpan kenangan zaman remaja.

"Tak terasa kan Ain. Kau yang gemuk dulu sudah berubah menjadi perempuan paling cantik abad ini. Apakah rahsianya?"usik Aina. Eleh, macam lah dia tak tahu.Saban hari kot dia menyaksikan Ain berjoging tanpa mengira peluh dan letih.

"Kau tak payah nak mengungkit lah Aina. Aku tumbuk kang baru kau tahu" ugut Ain. Aina hanya tertawa kecil.

"Aku pun rasa tak percaya bila tengok diri sendiri di depan cermin. Jauh beza dengan aku yang dulu. Tapi kau tahu kan sebab apa aku nekad nak kurus?"Aina mengangguk kepalanya. Sedih wajahnya kala itu.

"Kalau aku tak gemuk, aku pasti boleh selamatkan papa aku. Kalau aku boleh lari cepat, aku pasti dapat selamatkan papa aku. Semuanya disebabkan aku gemuk Aina. Aku tak dapat selamatkan papa aku dari kebakaran tu" luah Ain. Gugur air matanya apabila terkenang kembali memori pahit itu.

Aina memeluk erat sahabatnya itu. Saban hari dia mendengar luahan yang sama daripada Ain dan ia tetap tidak membosankan Aina. Apa yang penting sahabatnya itu merasa dihargai dan disayangai. Ain cuma ada dia dan mama sahaja.

Sejak kematian papa Ain, Ain tinggal dengan Aina dan mamanya.Kejayaan Ain sekarang semuanya berkat dari mama Aina.

"Tak payah lah sedih lagi Ain. Bukan salah kau pun. Papa kau pun tahu kau tak salah dalam hal ni. Jangan terbawa-bawa dengan perkara tersebut. Okey?"

"Thank Aina sebab selalu bersama aku selama ini. Aku minta maaf sebab menyusahkan kau dan mama Nadia."

"Ish. Kau tak payah berterima kasih sangat Ain sebab aku nampak ada orang masuk nak beli buku kau" perli Aina.Ain terus memukul bahu sahabatnya lembut.

"Tak guna kau Ain. Aku nak emo pun tak boleh." Kata Ain.

"Macam mana kerja? Takda masalah ke Raz?" Soal Encik Harraz.Harraz menggelengkan kepalanya.

"Baguslah tu. Tak sia-sia papa percayakan kau" kata Encik Aiman lagi.

"Terima kasih papa sebab percayakan Harraz. Harraz yakin Harraz mampu menguruskan Mega Holding dengan baik." Kata Harraz penuh yakin.

"Yakin tu boleh lah tapi jangan lupa nak bawa bakal menantu papa sekali." Usik Encik Aiman.

Tersedak air liur Harraz dibuatnya.

"Apa papa ni kesitu pula. Harraz masih muda la pa. Masih banyak yang Harraz perlu belajar"terang Harraz.

"Papa dulu pun kawin muda. Elok je sampai sekarang dengan mama kamu." Kata Encik Aiman lagi.

"Papa dan mama lain. Harraz lain. Harraz masih mencari yang sesuai" jelas Harraz.

"Kalau begitulah jawabnya, suka hati kamu lah Harraz" terpaksa mengalah Encik Aiman dengan anak bujangnya itu.

Sebut sahaja pasal kahwin, mula lah anaknya itu memberi alasan. Adakala nya kukuh, adakala tak boleh pakai dan ada juga yang tak masuk akal.

"Harraz gerak dulu lah papa" pinta Harraz.

"Hurm. Pergilah. Jangan lupa bagitahu mama kamu dulu. Nanti risau pula orang tua tu"arah Encik Aiman.

"Amboi bang, mentang-mentanglah Rose dah tua. " perli Puan Rose. Entah bila dia muncul kat ruang tamu pun Harraz dan Encik Aiman tak tahu.

"Bukan Rose memang tua ke?" Usik Encik Aiman. Puan Rose sudah menayang muka Hulk nya.

Sebelum peperangan dunia ke-3 berlaku, lebih baik Harraz pergi dari situ.

"Mama, Harraz gerak dulu" pinta Harraz. Puan Rose hanya menganggukkan kepalanya. Dia masih tak puas hati dengan kata-kata suaminya tadi.

"Dari zaman bercinta lagi abang suka buli Rose. Rose tak suka tahu tak" rungutnya. Wajah suaminya dipandang geram.

"Tapi abang suka buli Rose. Rose cantil bila marah"puji Encik Aiman. Puan Rose pula yang termalu sendiri.

"Tak payah nak memuji sangat bang oi. Rasa macam orang muda je"perli Puan Rose kepada suaminya. Encik Aiman tertawa kecil.

"Apa-apa lah Rose. Abang dah nak gerak ni. Apa-apa jadi Rose call abang terus" pesan Encik Aiman. Puan Rose menganggukkan kepalanya.

Diperhatikan sahaja figura tua itu masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja kereta itu keluar dari kawasan perumahan, Puan Rose terus masuk ke dalam rumah.

Bila diimbau kembali,Puan Rose bersyukur mendapat suami sebaik Encik Aiman. Tidak pernah menduakannya dari dulu sampai sekarang. Kalau begaduh tu memang adat dalam perkahwinan. Rumah tangga mana yang tak pernah ditimpa masalah.

"Mak Jah, malam nanti biar saya sendiri yang masak. Mak Jah boleh lah berehat awal nanti" arah Puan Rose kepada Mak Jah.

Mak Jah yang sedang sibuk mengemas di dapur terus menoleh ke arah majikannya.

"Tak menyusahkan kamu ke Rose?" Tanya Mak Jah.

"Mana ada menyusahkan. Rose saja nak masak malam ni untuk suami dan anak." Jelas Puan Rose.

"Yalah Rose" kata Mak Jah akur.Majikannya itu memang baik. Tak pernah Rose marah dia bila dia secara tak sengaja memecahkan pinggan dan gelas mahal dalam rumah itu. Murni sungguh hati keluarga ini. Bijak Encik Aiman menguruskan isteri dan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience