Bab 24 - Please, Jangan Tinggalkan Aku!

Romance Completed 14012

Bab 24 - Please, jangan tinggalkan aku!

"It's okay to fall apart sometimes"

bipp...bipp...bipp...bipp

Rossai memandang tubuh Yana yang kaku tidak bergerak di atas katil sejak 3 hari lepas. Yana dipindahkan ke hospital di Selangor dimana atas permintaan kelarganya. Rossai membuat permohonan kepada pihak atasan untuk menjadi doktor peribadi Yana untuk memerhatikan keadaan Yana sepanjang berada di hospital di Selangor.

Kesan kesan lebam dan tulang yang patah telah kembali pulih cuma tidak sepenuhnya. kemungkinan besar apabila yana bangun, sebahagian besar badannya tidak dapat digunakan disebabkan retakkan tulang dalam badannya. Tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh Rossai dan keluarga yana kecuali berdoa agar yana kembali sembuh seperti dahulu.

Hari ini hari ke empat Yana terbaring kaku di atas katil. Rossai masih setia menunggu Yana untuk bangun daripada tidur sementaranya itu.

"Rossai, balik la rumah tidur. Biar ibu jaga Yana pulak" ujar Puan Siti Hamidah yang baru pulang daripada makan tengahari. Haish, dah 4 hari dia tunggu Yana. macam Rossai pulak yang sakit. Padahal anak perempuan aku yang sakit. Yana bangun la nak, semua rindu yana.

"Tak apa la ibu. Rossai takut jadi apa apa nanti bila rossai balik." iya, rossai mula memanggil Puan Siti Hamidah 'ibu' setelah di paksa oleh Puan Siti Hamidah sendiri. Apa salahnya, bakal menantu kan.

Belum sempat Puan Siti Hamidah membalas kata kata Rossai, tiba-tiba patient monitor Yana berbunyi kerana mendapat tindak balas secara tiba-tiba daripada badan yana.

Segera rossai bergerak kearah patient monitor dan menekan suis kecemasan yang berdekatan dengan patient monitor.

"Nurse!!!! Ibu, Panggil Nurse!" jerit rossai

Puan Siti Hamidah berlari keluar untuk mendapatkan nurse.

'please yan please, jangan tinggalkan aku.'

***cut***

"Sudah la awak, jangan menangis."

"Kau senang la cakap, tadi jantung kau terberhenti kau tahu tak!" rossai memarahi pemilik suara itu. Oh, sayang rupanya.

"Mana la saya tahu, mungkin masa tu ajal saya dah dekat." si dia berkata dengan tenang

"Kau jangan la cakap macam tu Yana. Habis tu aku nak kahwin dengan siapa. aku sayang kau je." semakin banyak pulak air mata Rossai menitis. Kalau tadah mahu dapat satu baldi.

"But im here right now, with you. Right?"

"Just please, next time dengar cakap aku. Aku tak sanggup pisang berbuah dua kali."ujar rossai bersahaja tetapi bernada tegas. Yana hanya tersenyum. Alhamdulillah, umurku panjang lagi.

"Dah jangan menangis. Over la awak ni. Mama, ibu, ayah, abang, dengan adik-adik saya yang melawat tadi pun tak menangis macam awak." Yana menipu. Gila tak menangis?! Habis satu family dia menangis lepas kejadian kecemasan tadi. Semua mahu tinggal untuk menjaga yana, namun masa melawat telah tamat. Lagi pun Rossai boleh menjaga yana.

"Jangan nak menipu ya."Ah menipu sangat Yana ni. Daripada luar dengar suara Idlan menangis. Lagi teruk daripada aku kot!

"Hehe...awak..."

"Hm"

"Nak kf-"

"NO!" Terus Rossai membantah. Gila ke? Baru sedar 3 jam lepas sekarang nak makan fast food. Memang tak lah.

"Alaaa saya tak habis cakap lagi!" Yana cuba memujuk

"No means no Cik Liyana. Awak baru je sedar. Awak kena makan makanan yang dapat menyihatkan badan, pulihkan segala luka luka awak." Rossai berkata dalam nada seorang doktor. Yana hanya terdiam. Merajuk lah tu. Hm...nasib sayang.

"OKay macam ni, lepas je awak sihat saya belanja awak kfc ke apa ke, apa apa je. okay? Deal?" Rossai mula memancing yana dengan menjanjikan makanan. Apa saja!? wuish siapa tak nak. boleh mintak Pizza, kfc, mc'd, nasi ayam.....

Yana diam memikirkan makanan makanan yang bakal dia dapat jika sembuh.

"Ok! Deal! kalau awak tipu siap awak."

"Iya saya tak tipu, yang penting awak sembuh dulu. Dah tidur la, pukul 10 malam dah ni. Esok awak ada latihan berjalan. Saya nak tengok awak punya kecederaan dah pulih ke belum"

"Saya teruk ke? Ada harapan untuk sembuh?" Yana bertanya dengan nada yang sayu. Siapa saja yang tidak sedih bila sedar terus dikhabarkan dengan keadaannya yang teruk apabila bangun.

"Insyaallah, sayang akan sembuh. Now tidur."

"Hm, Okay. Goodnight."

"Goodnight sayang." rossai berlalu keluar dari bilik yana.

***cut***

Yana yang sedang khusyuk bermain telefonnya, tiba tiba ada ketukan di pintu biliknya.

"Assalamualaikum..." kelihatan Nani dan Wawa apabila pintu bilik di buka.

"Waalaikumussalam. Eh korang! Masuk laa." Yana menjemput. Rindunya!

"Ah kalau kau tak jemput masuk pun, aku masuk juga." Nani bergurau. pertama kali nani bergurau sejak pemergian arwah Daniel. Kuat kan hati kau nani. Semua yang berlaku ada hikmahnya.

"Hahaha betul tu betul." Wawa berkata menyokong kata kata sahabatnya itu. Rindu wawa kepada yana. Bila saja dapat tahu tentang yana dan nani, wawa terus menghubungi keluarga sahabatnya itu.

"hahaha, berdua je? Balqish mana?" Yana bertanya apabila tidak melihat balqish. Sedih apabila seorang lagi sahabatnya tiada ketika itu.

"Ball ada kerja hari ni, dia tak dapat datang dengan kitaorang. Kalau datang pun maybe petang sikit." Ujar wawa yang sudah mengambil tempat di sebelah kiri katil yana.

"oh...." terkilan sedikit apabila sahabatnya itu tiada disisinya. Ada kerja penting mungkin. Yana cuba memahami situasi balqish

"Lek la, time kau koma dia selalu datang dengan kitaorang. Ni first time dia tak datang sekali. Petang nanti dia datang la tu. Chill okay?" Nani berkata untuk mengelakkan yana daripada fikir bukan bukan sebelum mendengar penjelasan daripada balqish.

Biasalah perempuan...

"Terima kasih tau, time aku sakit korang ada untuk aku. Terima kasih sebab datang melawat aku dekat hospital." Yana tersenyum. Rasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang mengambil berat tentang dirinya.

"Apa guna sahabat kalau tak ada untuk satu sama lain saat susah atau senang.." wawa berkata

"Kan, kalau macam tu baik tak payah kawan. baik jadi musuh je." Sambung nani

"Kalau ball ada ni, ball will be like 'susah senang sama sama' " mereka tergelak. Iya balqish selalu cakap macam tu,'susah senang, sama sama.' segala cabaran perlu ditempuhi bersama. sebagai sahabat, we complete each other.

Hampir dua jam mereka berborak, tiba tiba yana menanyakan satu soalan yang membuatkan suasana sunyi sepi.

"Weh lupa nak tanya nani. Asal kau dengan Daniel?"

Suasana ketika itu terasa tegang.

"a..aku pergi toilet kejap." Wawa meminta diri kerana tidak sanggup mendengar nama arwah daniel. Wawa dan daniel ialah kawan sejak sekolah menengah. Arwah Daniel lah kawan, sahabat, keluarga, dan abang kepada wawa. Tidak sangka wanita yang di ceritakanoleh Arwah Daniel itu shabatnya juga iaitu Nani. Ketika dikhabarkan dengan berita tentang arwah Daniel, Wawa turut merasa kehilangan Daniel seperti Nani.

"Wehh, asal wawa? Ada apa apa jadi dekat daniel ke?" yana bertanya. Serius, yana clueless. Aku ada salah cakap ke?

"Weh yana" nani memanggil yana dengan suara yang sayu.

"Apa? Weh! Asal kau macam nak nangis ni? Asal wawa pun sama? Apa jadi? Mana daniel?" Soal yana tanpa henti

"Da..daniel dah meninggal." saat itu setitik air mata Nani.

"A..apa? Macam ma-" belum habis yana bertanya, nani terus menjawab "Raimi. Raimi tembak. Raimi nak tembak aku. Tapi.. daniel halang." Air mata yang di tahan akhirnya mengalir seperti air terjun. Yana diam terkedu.

"Semua yang terjadi ada hikmahnya nani." Yana memeluk nani. Maaf kan aku sebab tak ada di samping kau dan wawa di saat saat begini. Maaf ka aku. Ya Allah, jika ini yang terbaik, engkau kuatkan lah sahabat ku untuk menghadapi ujian ini Ya Allah.

"Menangis lah nani. Lepaskan semuanya. Mungkin wawa perlukan masa untuk bersendiri buat masa ni" yana masih cuba memujuk nani yang menangis.

***cut***

"How was your day?" Rossai bertanya setelah berada di tepi katil yana.

"You didn't tell me that Daniel had passed away" Yana berkata dalam nada sayu.

"I'm sorry. I just don't want you to stress. I'm sorry okay?" Rossai meminta maaf

"Hm, it's okay. Just terkejut bila nani cakap yang arwah dah tak ada. How was your day?"

"stress, tired, sleepy." Serius penat. Ke sana sini berjumpa dengan pesakit.

"Balik lah tidur."

"Kejap lagi, nak tengok medical check up sayang dulu."

"Balik la, tengok esok. Kesian awak penat."

"aduh malu la, dia sayang rupanya." Rossai bergurau

"Mesti la sayang, husband to be la kata kann. Dah pergi balik. Tidur."

"Hahaha belum jadi wife dah suka mengarah. Tak boleh jadi ni. Kahwin nanti saya guna kuasa veto saya."

"Hahahaha we'll see. Dah go go, saya nak tidur. Goodnight."

"Goodnight sayang."

"Bye"

"Bye"

Lalu rossai melangkah keluar daripada bilik yana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience