Bab 19 - Nak Apa?! Nak Kiss?

Romance Completed 14012

Bab 19 - Nak apa?! Nak kiss.

"Forgive... forgiveness takes time."

"Siapa dia tu?" Puan Siti Hamidah bertanya anak perempuannya

"Siapa dia, siapa?" soalan di balas soalan

"Haish budak ni. Yang hantar yana balik tu la. Takkan bangla yang datang jual karpet tadi tu pulak."Puan Siti Hamidah bergurau

"Oooo. Dia tu....dia.... haa dia rossai. Kawan dekat U. Tapi sekarang dah habis belajar." Balas yana berbasi basi

"Kawan je? " mak yana inginkan kepastian

"Iyup."

"Oh bagus lah macam tu."

"Eh? Kenapa bagus ibu? Tak paham." Yana pelik

"Ye lah. Sepupu kamu tu, aina dia putus tunang dua hari lepas. Tapi majlis kahwin lagi sebulan."terang mak yana

"Jadi??" Tanya yana lagi sebelum meneguk cawan yang berisi air fresh oren ditangan nya

"Jadi... mak boleh la kenalkan rossai tu dekat aina. Mana tahu berkenan, boleh teruskan je majlis perkahwinan tu." Kata mak yana

Yana yang sedang meneguk air tersedak sampai air keluar dari hidungnya.

"Ya Allah. Yanaaaa!!! Apa kamu nii tersedak sampai macam tu sekali." Jerit mak yana yang kini berada tepi yana dan mengusap badan yana

"Abang rossai tu pakwe kakak la ibu. Sebab tu kakak tersedak bila ibu kata nak jodoh kan aina dngn abang rossai." Adik kembar yana, batrisyia berkata

'Ish budak ni. Tah dari mana tiba tiba muncul.' Marah yana dalam hati. Hanya mampu marah dalam hati sahaja

"Tulaaaa ibu tanya tadi tak nak mengaku. Kan dah kena pancing dengan ibu. Sampai tersedak." Puan Siti Hamidah tergelak

'wuuuu ibu pun guna ayat 'pancing' dah sekarang'

*****cut*****

"Nama kamu ni siapa?" Kedengaran suara ayah yana dari atas

"Nama saya muhammad aiman rossaidi pak cik."

"Kerja apa?" Suara abang yana, faris pula bertanya

"Saya amik dua major dekat u, akauntan dan perubatan. Tapi sekarang saya bekerja sebagai seorang doktor di salah satu hospital di johor." Balas rossai

'Serius?!!! Aku tak tahu pun. Hm nampaknya banyak benda aku tak tahu pasal dia. Hm. Dia pun tak nak cakap dengan aku.'

'Dah kau pun tak nak tanya dia. Puih'

'Ish, diam la author ally. Aku nak dengar apa diorang borak ni.'

'Dia suruh aku diam gaisss. Rasa nak tampar yana. Nasib baik bukan real.'

'Shhhhh diam la author.'

Lalu Yana sambung dengar apa yang dibualkan oleh orang lelaki di bawah.
#authorbaiksebabbuatyanataktertangkapcuricuridengarperbualanorang

"Apa hubungan abang ni dengan kakak saya?" Tanya adik lelaki yana, idlan.

"Abang suka kakak adik. Abang nak kenal kakak adik dengan lebih lagi." Balas rossai yang masih lagi tenang

Tenang? Luaran je, dalaman macam nak lari balik johor mengadu dengan mama.

'Okay yana cukup la tu kau bagi dia kena tekanan dari family kau. Kesian pulak aku tengok ' Yana turun tangga menuju ke ruang tamu

"Dah siap jom." Yana berkata dan menyalam ahli keluarga nya.

**dalam kereta**

"Asal lambat tadi? Rasa macam nak terkencing dekat rumah kau tadi. Aku kena kecam doo." Rossai buat muka pasrah

"Hahahahaha"

"Gelak la weh gelak." Jeling rossai

"Sorry sorry. Alaa mana tahu awak takut. Sebab suara awak dari atas saya dengar macam confident je."

Rossai diam malas nak layan

"Marah ke wakk?"

Rossai diam

"Yelah an orang dah tak nak layan kita. Nak call fathi la. Dia tak cepat merajuk." Yana buka fonnya mencari nombor fathi. Ya, rossai bagi jugak nombor fathi setelah di ugut macam macam

"Apa dia!! Meh sini fon tu !" Rossai rampas fon yana dan letak dalam poket seluarnya

"Awakkk tengah drive laaa!! Bahaya tahu tak!!! Fon saya tuuu. Bagi la" Minta yana

"Tak boleh." Balas rossai pendek

"Alaaa saya bosan laaa." yana buat muka

Rossai hanya mendiamkan diri dan memberikan telefonnya kepada yana

"Fon awak nak buat apa? Saya nak fon saya."

"Main je lah game dalam fon aku tu."

Yana hanya akur dengan arahan rossai.

***cut***

"Kita nak buat apa kt sini?" Yana tanya setiba masuk ke dalam mall

"Dating la takkan nak cari awek untuk aku kot."

"haha funny. Gatal ha." Yana cubit lengan rossai

Rossai hanya tersengih dan tarik lengan yana pergi panggung wayang

****cut****

"Yana." Panggil rossai

Yana hanya jalan keluar panggung wayang tanpa menghiraukan rossai

"Yanaaaa." Panggil rossai lagi tapi kini dia halang yana jalan dengan berdiri depan yana

"Apa!" Jeling yana

Yana ke kiri rossai ke kiri, yana ke kanan rossai ke kanan.

"Ish!! Tepi la! Orang nak jalan tahu tak!" Marah yana

"Haa marah lagi marah. Aku lagi suka kau marah." Rossai smirk

"Arghhhh. Okay tak marah. Nak apa? Orang lapar tahu tak." Yana jeling lagi dengan suara agak marah tapi bersabar

"Nak kiss" rossai buat muka gatal.

Yana buat muka marah lepas tu tampar lengan rossai. Agak kuat la sebab yana dah geram dengan rossai.

'Dah la bawak tengok cerita hantu. Hantu tu tak pe tapi badut. Tahu tak aku takut badut!'

"Arghhh! Awak ni annoying tahu tak."

"Eh tak tahu pulak sebab..." rossai nak bergurau tapi tak jadi sebab nampak orang yang paling dia nak elak daripada jumpa

"Eh rossai" tegur suara dari belakang yana

Yana pun pusing lah belakang

"Eh, fathi." Yana senyum mesra

'Dengan fathi boleh senyum, dengan aku dia marah. Eeee. Tak faham la. Apa hebat sangat fathi tu' marah rossai dalam hati. Dalam hati je mampu marah sebab nak jaga hati kawan

"Yana pun ada. Korang buat apa kat sini?" Tanya fathi dengan muka teruja

Belum sempat yana jawab rossai dah balas

"Kita orang tengah dating. Kau buat apa kat sini? Sorang je?" rossai kata

"Aku jumpa client tadi. Ni nak balik tapi nak makan dulu."

"Kalau macam tu makan la dengan kitaorang. Kitaorang pun nak pergi makan ni. Kan awak kan?"-yana

"Hm" rossai balas pendek je

"Eh tak pe la tak nak kacau korang dating"fathi cuba menolak pelawaan yana

'Tahu pun' rossai kata dalam hati

"Tak laa. Jom je. Lama tak borak. Boleh catch up."

Lalu yana jalan dengan fathi meninggalkan rossai di belakang yang masih terpinga pinga.

'Aku ni boyfriend dia ke fathi tu boyfriend dia!' Kata rossai dan mula melangkah ke arah tempat makan

****cut****

"Okay la gais makan pun dah, borak pun dah. Gerak dulu la."-fathi

"Okay okay. Thanks tau belanja." Senyum yana

" untuk yana boleh je cakap je bila. Hahaha. okay lah bro gerak dulu. Assalamualaikum."-fathi

"Waalaikumussalam"-yana/rossai

"Kenapa ajak dia makan sekali tadi?" Rossai tanya

"Sebab saya marah dekat awak."yana sambung makan aiskrimnya

"Sebab?" Rossai buat muka pelik

"Awak tahu saya tak suka badut lepas tu awak ajak jugak saya tengok. Itu sabar lagi tau, masa beli tiket perempuan tu flirting dengan awak and awak macam layan je. Ish geram tahu tak!" Marah yana

"Hahahahaha. Saya nak tengok awak jeles ke tak. Tu je. Nampaknya awak jealous means awak falling hard for me." Rossai smirk

"Saya pun ajak fathi makan dengan kita sebab nak tengok awak jeles ke tak. Tu je. Nampaknya awak pun jealous means awak pun falling hard for me." Yana smirk

Muka rossai berubah bila yana sebut nama fathi

"Saya tak jealous okay." Rossai menegakkan benang yang telah basah

"Okay."

"Saya serius la."

"Saya tak cakap apa pun." Yana senyum.

Rossai hanya senyum kembali kepada yana sambil suap kek yang ada dalam pinggannya ke dalam mulut yana.
Mereka berdua tahu rossai menipu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience