Bab 6 - Gila Kaya

Romance Completed 14012

Bab 6 - Gila Kaya

-Weird is just a side effect of being awesome-

"Saya nak berjumpa dengan Nur Liyana selepas kelas"

"Wey Yana pensyarah nak jumpa hang lah lepas kelas"

"Huh! Kenapa pulak Ani?" Tanya liyana kepada classmate barunya itu.

"Mana lah cek tau, ke hang ada buat apa apa salah ni yana. Cuba hang bagi tahu cek"

"Hm, aku mana ada buat apa apa. Aku tak hantar assigment lagi tu je. Lagi pun due date lagi seminggu."

"Tah la wei, hang pi je la jumpa dekan tu. Kang tak pasai pasai hang kena ulang sem. Haaa cek tak tanggung na kalau tu terjadi." Balas Ani dengan muka serius

Liyana hanya dia tak membalas apa apa. 'Hm takkan la Rossai tarik diri kot dah taknak satu group dengan aku. Tapi takkan la...' yana berkata dalam hati.

*lepas kelas*

"Prof nak jumpa saya ke?" Liyana tanya

"Hah, iya saya nak jumpa awak. Saya dah semak assigment awak dan saya kagum dengan hasilnya. Saya tak sangka awak boleh buat Aiman bekerjasama dalam assigment ni." Ucap prof tu panjang lebar

" huh? Maksud prof saya dah hantar assigment tu?" Tanya liyana dengan muka pelik

"Iya saya dah dapat assigment awak atas desk saya semalam. Awak kumpulan pertama yang siap dulu. Okay saya pergi dulu. Lain kali buat dengan baik lagi macam ni." Dan prof tu pun berlalu pergi.

'Macam mana dia boleh dapat assigment tu? Ke student lain salah tulis nama. Hm. Aku tak hantar pun, siap jauh sekali. Tah tah Rossai yang hantar! Tapi dah dua minggu dah aku tak nampak dia sejak aku jatuh tu. Hm' yana membuat andaian sendiri.

*asrama*

"Kau kenapa yana?" Nani tanya

"Aku pelik ah,asal tetiba prof cakap ada assignment nama aku atas meja dia dan aku dah tak nampak rossai dua minggu kot. Takkan dia yang hantar" liyana bebel

"Apa susah call je la dia"

"Tak susah kalau aku ada nombor dia. Tapi aku tak ada."

"Pergi lah rumah dia. Jap aku mintak classmate aku alamat Aiman tu."

"Eh asal alamat bukan nombor?"

"Sebab Rossai tak suka bagi nombor dia kat orang. Aku dah hantar alamat tu dekat ws kau."

"Oh. Weirdo...... anyway thanks nani. Sayang kau."

*rumah rossai*

'Wow ni rumah ke istana. Gila kaya nya. Ish yana ingat kau nak tanya dia ke yang hantar tu je.' Ujar hati yana

Ting tong*yana tekan loceng*

Ada makcik yang bukak pintu dan datang ke arah yana.

'Pembantu rumah ke? cantik gila. Diva la pembantu rumah sekarang. kalah aku. hahahaha' gurau yana dalam hati

"Assalamualaikum acik tumpang tanya ini rumah Rossai ke?" Tanya yana dengan sopan.

"Waalaikumussalam. Ye ni rumah Rossai. Nak jumpa dia ke? Dia ada dekat dalam"makcik tu jawab dengan mesra

"Haah, saya nak jumpa kejap nak tanya sesuatu"

"Jemput lah masuk dik" tawar makcik itu

"Terima kasih acik"

Yana pun melangkah masuk kedalam rumah. Guess what rumah tu kalau luar macam istana dalam ni tak tahu lah nak kata apa. Cantik gila, besar gila! Yana kagum

"Yam, tolong panggilkan Rossai dekat bilik dia" cakap acik tu dekat makcik yang kelihatan agak muda.

"Baik puan" Yam tu pun berlalu pergi

"Jemput duduk dik. Acik ni mama Rossai."

"Ma...mama? Saya mintak maaf Puan saya tak tahu Puan ni mak kepada Rossai." Ucap yana gelisah. Adu macam mana pulak la boleh panggil acik tadi.

"Eh tak apa la. Panggil mama pun boleh. Rossai tak cakap pun girlfriend dia nak datang. Hm jangan kata girlfriend kawan dia pun tak pernah datang sini. Kalau tahu mama masak awal hari ni." Ujar mama Rossai mesra

"Eh! Saya ni bukan-" kata kata yana di potong oleh seseorang

"Dia kawan sai je la mama"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience