Bab 5 - Jodoh Mungkin

Romance Completed 14012

Bab5 - Jodoh mungkin

-I would rather walk with a friend in the dark, than alone in the light-

"Ma...macam mana boleh sama tempat duduk ni? Bu..bukan awak tak naik lift ke tadi? Bukan saya dah tolak awak ke tadi? Macam mana boleh cepat sampai pulak ni?" Tanya liyana dengan muka berkerut

"Sama seat sebab jodoh mungkin." Ujar Aiman Rossaidi perlahan

"Hah apa dia? Tak dengar?" Berkata liyana dengan muka blur tapi serius tak dengar

"Tak ada apa-apa." Ringkas Aiman Rossaidi balas

"Tipu. Awak ada cakap sesuatu tadi. Cakap la apa dia." Paksa liyana

"Ish diam la. Aku tak take part dalam assigment tu karang. Kalau kau nak ulang sem cakap la lagi" balas Aiman Rossaidi sambil makan popcorn liyana.

'Selamba biawak dia je makan makanan aku!'

Liyana terus mendiamkan diri kerana memikirkan masa hadapannya yang terletak ditangan Aiman Rossaidi walaupun dalam hati rasa nak side kick je kepala dia tu biar patah terus leher tu.

*selepas tamat movie*

"Kau ikut aku pergi taman cari katak."

"Serius!!!!! Awak nak take part dalam assigment nii!?" Tanya liyana terkejut + teruja

"Jangan teruja sangat lah. Jumpa aku dekat sana." Berkata Aiman Rossaidi dan berlalu pergi.

*di taman*

"Katak! Oooo katak. Mana kau katak. Aku nak tangkap kau ni." Jerit liyana kononnya nak tarik perhatian katak tapi tertarik perhatian pelancong lain di taman itu.

"Haish kenapa la aku deal buat benda ni dengan kau" ujar Aiman Rossaidi perlahan

"Sebab awak pasangan saya la awak kena tolong sekali"jawab liyana selamba

Dalam mencari liyana nampak seekor katak sedang melompat lompat.

'Hah tu dia. Tunggu kau katak.' Berkata liyana dalam hati dan memulakan langkahnya ke arah katak.
Lama makin lama liyana lari ke arah katak dan tergelincir. Maklum la taman basah baru lepas hujan.
Liyana mengaduh kesakitan. Tanganya luka.

"Kau ni! Cuai betul la. Kau okay tak ni?" Berkata Aiman Rossaidi yang kini berada ditepi nya.

"Orang tengah sakit ni. Awak jangan la bising. Okay la. Luka sikit je." Tipu liyana tapi sebenarnya rasa sakit tu macam nak pergi kejar katak tu sampai dapat nak balas dendam.

"Hah elok la tu. Tipu lagi. Tangan dah masuk kaca kata tak sakit. Bagus lah tu. Nak tipu sangat kan. Orang nak tolong dia menipu kita pulak. Suka hati kau la." Marah Aiman Rossaidi dan berlalu pergi meninggalkan Liyana di taman itu sendirian, actually tak la sendirian cuma tak ada orang pun nak tolong dia.

'Hm dia tinggal kan aku ke? Mana la aku tahu tangan aku masuk kaca. Macam la aku nampak malam malam buta ni.' Kata liyana dalam hati dan bangun melangkah ke bangku yang dia letak beg tanganya tadi.

Baru je duduk liyana terdengar suara.

"Bak tangan tu."

Liyana pandang muka suara itu dan ternyata Aiman Rossaidi tidak meninggalkannya. Liyana hanya menghulurkan tangan tidak mahu bergaduh lagi.

Aiman Rossaidi memakai glove ala ala doktor tu dan mula membersihkan tangan liyana.
Selepas siap liyana berbicara

"Awak... terima kasih."

"Hm. Dah pergi balik. Dah malam dah ni. "

Liyana melihat jam tangannya. Rupanya sudah pukul 9.

"Tapi katak tuuu...."

"Tak apa biar aku yang cari kau pergi balik. Jangan bukak bandage tu. Nasib baik kaca tu tak masuk dalam sangat." Bebel Aiman Rossaidi.

"Hm. Terima kasih Rossai. Maaf buat awak risau"Balas liyana menundukkan kepalanya.

"Ye sama sama. Panggil aku Aiman. Aku tak suka orang panggil aku Rossai. Aku tak risau pasal kau okay. Jangan perasan." Balas Rossai yang mula mengemas first aid kit nya.

"Aduuu jangan la blushing Rossai. Ye ke tak risau? Tadi muka risau je saya tengok" kata liyana tahan ketawa

'Hm comelnya dia blushing' liyana kata dalam hati

"Aku tak blushing la! Aiman okay A.I.M.A.N bukan Rossai. Dah pergi lah balik" halau Rossai dengan suara yang agak tegas

"Yelah. Terima kasih sekali lagi. Bye Rossai!!!" Berkata liyana sambil berlari ke kereta nya. Mana tahu kalau si Rossai tu kejar dia ke macam cerita hindustand gitu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience