Bab 9 - Aura Jahat Atau Aura Perampas

Romance Completed 14012

Bab 9 - Aura jahat atau aura perampas?

-You're beautiful inside out. I'm in love with you lover boy-

"Weh kau dah bayar ke belum?"-balqish

"Belum, nak tunggu yana dengan nani dulu. Diorang pergi kedai buku kejap. Katanya nak cari buku rujukan." -wawa

"Okay okay."balqish

Balqish dan Wawa pun berborak sementara menunggu Yana dan Nani.
Sementara itu, di kedai buku nani dan yana telah pun membuat pembayaran dan melangkah keluar menuju ke gelanggang ice skating.

"Weh yan aku nak pergi tandas la wehh!! Tak tahan niii."-nani

"Jap jap tingkat atas ni mana ada tandas. Kita turun dulu. dekat dengan ice skating ada tandas."-yana

"Alaa tak nak jauh la pulak. Tak kesah la asalkan kencing" -nani

Lepas nani pergi tandas mereka pun sampai dimana balqish dan wawa menunggu.

"Lama nya cari buku. Jumpa tak?" Tanya wawa

"Jumpa tapi tadi nak kencing sebab tu lambat."-yana

"Eee yana ni tak payah la cerita!" -nani

Mereka hanya menggelakkan sahaja jawapan nani.

Sedang mereka menuju ke gelanggang ice skating tiba tiba balqish ternampak seseorang yang memang dikenali. Tetapi peliknya dia bersama seorang perempuan.

"Weh gais, tu bukan ke...." -balqish

"Aidil?" Balas yana dengan suara yang terkejut.

"Weh tu dia ke? Asal dia jalan dengan perempuan? Siapa perempuan tu?" -wawa

"Tu bukan ke...." nani kata

"Iman munira." Balas liyana sambil menuju ke arah lelaki dan wanita itu yang kini berada di tempat waffle yang tidak jauh daripada liyana dan yang lain lain.

"Aidil right?" Berkata liyana memulakan perbualan.

Aidil kelihatan terkejut melihat liyana

"li...li....liyana. eh buat apa kat sini?" aidil gagap

"Iman munira kan? Hi kita dulu satu sekolah. Ingat lagi?" -liyana mengendahkan pertanyaan Aidil

"Hm saya tak berapa nak ingat lah. Kita sama sekolah ke dulu?" Kata iman berbasi basi

'kena tampar dulu baru dia ingat mungkin. Tak guna betul aura jahat ni' kata liyana didalam hati.

"Betul ke awak tak ingat? Dulu awak pernah suruh saya jaga aidil baik baik tapi sekarang? Hmm. No wonder dia kata ada kelas rupanya kelas dating dengan awak." Balas yana dengan muka yang tenang.

'Sabar yana jangan tunjukkan ego kau' kata yana dalam hati

"Eh awak ni kenapa haaa? Ada masalah apa dengan saya?"balas iman dengan nada yang agak tinggi

Belum sempat yana balas ada suara yang membantu liyana

"Tak sekarang ni kau keluar dengan boyfriend orang kau sedar tak? Lepastu kau kata apa masalah dia dengan kau? Kau mental ke apa do!" Balas nani kecam habis perempuan tu.

"Liyana dengar dulu apa yang saya nak terangkan."-aidil menyelit

"Saya tak rasa ada apa apa untuk diterangkan lagi. Nah amik jam ni. Bagi lah dekat girlfriend baru awak ni. Congrats, iman be happy."kata liyana sambil menanggalkan jam ditangannya dan letak di hadapan iman.

"Wow then thank you. Ill be happy to accept him...."

Belum sempat iman habiskan ayatnya, dia disimbah air fresh oren yang berada di meja itu oleh wawa.

Wawa nak buat lagi tetapi kali ni nak curah dekat aidil tapi tangannya digenggam oleh aidil yang telah berdiri dihapadannya.

Tidak semena-mena perbuatan aidil itu membawa padah kepada dirinya kerana dia jatuh mencium lantai.

"Jangan kau berani nak sentuh tunang aku!" Jerit Afiq yang entah darimana muncul.

Pergaduhan ini menarik segelintir perhatian.

"Awak dah la, sabar. Nanti orang rakam." Pujuk wawa sambil pegang lengan Afiq. Nasib baik baju lengan panjang.

"Dia dah melebih pegang tangan awak! Saya ni tunang awak pun tak boleh pegang tiba tiba dia pulak free free je nak pegang. Memang cium lantai lah jawabnya." Afiq buat muka gatal + tak puas hati + cemburu

"Ish dia ni! Orang serius lah!" Wawa cubit lengan Afiq dan afiq mengaduh kesakitan. Mereka seperti didunia mereka sendiri. Bila sedar iman sedang menolong aidil, nani dan balqish seperti baru melihat drama, dan liyana hilang. Waitt! Yana mana yana?

"Gaisss yana mana??" -wawa

"Yana balik dulu. Dia suruh aku tumpang balqish. Dia nak tenangkan fikiran. Kita bagi dia masa."-nani

" Tapi korang kenal tak lelaki yang tumbuk aidil lagi sorang tu?" -balqish

"Tak kenal. Tapi Dia jugakkan yang tarik yana tadi?"-nani

"siapa ni siapa ni? Asal aku tak tahu?" -wawa

"Mana nak tahu tadi korang bersweet mana nak ingat orang sekeliling " -nani

"Gais mana ada laaa!"- wawa *muka dah merah

"Kau tumpang aku sekali tak waa? Aku rasa nak balik dah ni. Tak de mood nak main lepas ada aura jahat. Tak cukup aura jahat nak jadi aura perampas pulak dekat sini" -balqish

"Aah, aku...."

"Tak payah nak mengada. Awak balik dengan saya ye tuan puteri sayang. Nasib baik saya datang balik nak bagi tiket wayang kat awak." -afiq memotang ayat wawa

Wawa hanya mencebik dan mencubit tangan afiq tetapi mengikut kata tunangnya itu.

*cut*

"Sampai hati dia buat macam ni." Kata yana sendiri di dalam sebuah kedai makan. Dia masih lagi di ioi.

"Dia tu boyfriend kau ke? Tak guna punya lelaki. Sebab ada lelaki perangai macam dialah kaum wanita tergugat dengan semua lelaki."balas lelaki yang berada dihadapan yana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience