Bab 21 - Nasib Baik Sayang Tunang

Romance Completed 14012

Bab 21 - Nasib baik sayang tunang

‘Every rose has it's thorn'

"Awak." Yana memulakan perbualan selepas mereka membuat pesanan

"Ye"balas Rossai ringkas

"Esok awak dah kena balik Johor kan?"

"Ye sayang."

"Nak ikut boleh?" Ujar Yana dengan nada berharap

"Eh buat apa? Awak tengah cuti sem kan. Ni baru sebulan awak cuti. Ada lagi dua bulan ni." bebel Rossai panjang lebar

"Tak ada la, hari Isnin ni Nani kawan saya tu dah habis short sem. Dia mintak saya tolong ambil dia sebab lesen kereta dia dah mati. Lagi pun kereta saya ada lagi dekat sana. Boleh la saya ikut awak." yana cuba memujuk

Rossai hanya mendiamkan diri

'Oh diam ehh. tengok la, ini yana. saya boleh buat awak setuju by hook or by crook.' yana bermonolog dengan bangganya

"boleh la, please. Please. Saya belanja awak marshmallow . Haaa, awak suka marshmallow kan! saya belanja awak 3 beg kecil marshmallow . Boleh la." yana cuba memujuk lagi

Rossai tetap diam membisu

'Ish asal dia tak cakap apa apa ni. Author Ally, dia marah aku ke?'

'Mana ada. aku nak tengok kau boleh buat dia setuju ke tak tu je'

'Eleh kacang je tu. tengok ni'

"Okay fine. Saya pergi naik bas." Yana berkata dengan nada serius

"Eh! jangan mengada. Bahaya tahu tak." balas rossai

"Dah awak tak bagi saya ikut awak." yana memantapkan lagi permainannya

"Ish okay lah. Boleh. Nasib baik sayang tunang. kalau tak, memang tak layan" Rossai sambung makan makanannya

"Yesss! Thank You."

'tengok tu author Ally, aku dah kata aku boleh buat dia setuju.'

'eleh, aku bagi kau watak jahat karang baru tahu. huhuhu.'

'jealous la tu.'

'Hoi apa gaduh dengan author ni.' kata Rossai yang tiba tiba muncul dari gua mungkin

'hehehe bukan selalu'

'huhuhu padan muka kau yana'

*okay okay back to the story. best pulak gaduh dengan watak utama ni*

Begitulah hubungan Rossai dan Yana sejak first date. Kejap on kejap off. Gaduh gaduh manja gitu.

Ya mereka sudah bertunang. Rossai menghantar rombongan meminang secara mengejut seminggu selepas date mereka.

Seminggu yana merajuk dengan rossai kerana tidak berbincang dulu dengannya. Merajuk merajuk pun yana terima juga pinangan rossai.

Pertunangan mereka diadakan dua minggu selepas dipinang. Acaranya ringkas sahaja hanya mengikut adat.

*****cut*****

"Ibu salam."

Yana menghulur tangan untuk menyalam ibunya yang sedang sibuk menyiapkan kuih untuk dijual di kedai mereka.

"Haa, hati-hati hari isnin nanti drive balik sini. Suruh bakal menantu mak tu bawak elok elok. Kirim salam dekat mama sekali ye."

"Okay ibu. Kirim salam dekat ayah, abang, adik-adik semua. Isnin Yana balik sini balik."

"Okay. Dah pergi la. Kesian Rossai tunggu lama dekat luar tu."

"Biarkan dia ibu. orang suruh masuk tak nak masuk."

Kata kata yana membuatkan Ibunya cuit lengan yana.

"Auch ibu. sakit la. kenapa cubit yana pulak?"

"Tak elok cakap macam tu. Dia tetamu, tunang kau, dan bakal suami kamu. perangai tu elok sikit."ujar ibu yana tegas

"Hehe, okay okay. tak buat dah. bye ibu."

"Hm. bye. kunci pintu depan tu nanti."

"Okay!" jerit yana daripada luar

setelah selesai mengunci pintu, yana berlalu masuk kedalam kereta Rossai.

"Sorry lambat." yana berkata setelah duduk di sebelah Rossai.

"Sayang mana pernah cepat." Rossai bergurau dan memulakan perjalanan mereka

"Mana ada! Saya selalu cepat ye." Yana mempertahankan dirinya daripada di cop 'selalu lambat' oleh Doktor Rossai itu

"Haha okay sayang."

"Awak, ibu kirim salam."

"Waalaikumussalam. Nanti jumpa mama dulu tau baru balik dorm jumpa nani. Mama masak banyak mama kata"

"Hm, kalau awak hantar saya balik dorm dulu boleh?"

"Kenapa pulak?"

"Saya kesian dekat Nani dia duduk sorang. Kalau saya balik dorm boleh ajak dia makan sekali dekat rumah mama."

"Kalau kita pergi amik nani dekat dorm then lepas makan korang tidur rumah mama pagi esok saya hantar sayang balik before pergi kerja. okay?"

"Tak payah la. Susahkan awak je asik jadi driver saya."

"Tak ada nya susah sayang"

"Tak apa. saya boleh drive. awak hantar saya dekat dorm lepas mandi solat saya dengan nani pergi rumah mama okay?"

"Tapi..."

"Tak ada tapi tapi. Kesian my husband to be ni penat drive." yana memintas kata kata rossai

"Hm okay my wife to be."

****CUT****

"Awak dah sampai, bangun."

"Hm, baru sampai ke?" kata yana yang kini menegakkan seat nya

"Iya sayang. awak masuk dulu rehat mandi nanti kalau dah on the way call saya." pesan rossai

"Okay. bye"

"bye."

Yana melangkah keluar daripada kereta rossai dan bergerak menuju ke dorm nya.

'Kenapa rasa tak sedap hati ni hmm...' ujar yana dalam hati sebelum melangkah masuk kedalam lift

setelah tiba di tingkat 3 yana berjalan menuju ke dormnya.

"eh asal pintu tak bertutup ni?"

Apabila yana masuk kedalam bilik, Yana melihat tangan dan kaki nani diikat diatas katil dan tidak menyedarkan diri.
Belum sempat yana berlari ke arah nani, mulut yana di tutup daripada belakang. Yana cuba melepaskan diri dengan menggunakan ilmu mempertahankan diri tapi nasib tidak menyebelahi dirinya lalu yana pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience