Bab 23 - Culik (ii)

Romance Completed 14012

Bab 23 - Culik(II)

'It's hard to see people change, but it's harder to remember who they used to be'

"Yaa...yana. kau dekat mana ni sayang. Kau bagi tahu aku sekarang."

"A..aawak. tolong saya wakk. Saya sakit."

"Damn it! Kau kat mana ni?!" Rossai menjerit

"Saya tak tahu. Aidil culik saya. Di...diorang culik Nani sekali. Tolong saya awakkk!!! Saya takut."

"Ini telefon siapa ni awak guna?"

"Telefon Aidil. Masa dia pukul saya, telefon dia tercampak. Awak cepat wakkk saya dengar bunyi tapak kaki depan pintu!!!!!"

"Bodoh kau perempuan. Kau bagi balik telefon aku!"

"Awakk!!!!!!!!" Yana jerit

Lalu talian terputus

"Sial punya lelaki!!!" Rossai mencampak telefon bimbitnya ke dinding. Ah dia kesah apa. Iphone 6+ je. 10 pun dia boleh beli.

Gaiss please noted ayat 'je' -,-

"Weh yana ke tu!? Mana diorang!"

"Ex bodoh dia tu culik dia. Dah la bodoh, bangang lak tu. Ish syaiton!" Rossai marah.

'Eh dia ni . marah ex tunang dia, aku pulak kena dengar dia carut' omel Daniel dalam hati. Iya dalam hati saja, karang kalau cakap kuat kuat habis lebam muka aku dibuatnya.

"woi kau nak pergi mana tu?" Tanya rossai ketika melihat Daniel melangkah keluar daripada bilik.

"kau pun jangan nak jadi bodoh la kan. Report polis la apa lagi." Eh!? Aku pulak yang kena. Tu la rossai, jangan jadi bodoh.

Lalu rossai mengikut daniel daripada belakang.

***balai polis***

"Encik boleh bagi telefon encik? kami nak cuba jejak dari mana panggilan itu dibuat." pegawai polis yang bernama 'Hisyam' berkata selepas mengambil keterangan Daniel dan Rossai

"err...telefon saya dah rosak."rossai berkata dengan serba salah. Tu la kau, marah sampai campak telefon tu dah kenapa.

"Masih ada simkad tak encik?" Inspektor Halim

"Iya ada" rossai menghulur simkadnya kepada Inspektor Halim.

"Kita bernasib baik kalau penculik itu tidak mematikan telefonya. Encik boleh tunggu sebentar." Inspektor Halim berkata dan berlalu masuk ke dalam sebuah bilik.

"ish lama nya. ada ke tak ni!?" Kesabaran Daniel telah habis. mana tidaknya, sudah 5 jam mereka tunggu didalam bilik inspektor Halim itu.

"Kau tak pelik ke?" rossai mengeluarkan persoalan yang bermain difikiranya

"Ape?"

"Kalau ex tunang aku culik yana, asal awek kau hilang sekali?"

"Tadi yana kata apa dekat kau?"

"Macam yang aku kata tadi la, yana kata "diorang" maknanya Aidil bersubahat dengan seseorang atau lebih. Kau ada musuh ke?"

Aku ada musuh ke? Daniel terdiam memikirkan sesuatu.

"Shit!" Daniel mula teringat sesuatu.

"Asal? ada apa apa yang kau ingat ke?"

"Raimi. Dia ex awek aku. 100% aku syak dia pun bersubahat." macam mana boleh lupa pasal jantan tak guna tu! Arghh!

"Kami dah jumpa!" Inspektor Halim berkata ketika melangkah masuk kedalam biliknya

"Kami dapat mengesan telefon bimbit si penculik berada di kawasan hutan. Kami akan bertindak sekarang."

"Saya ikut!" Rossai dan Daniel berkata serentak

"Tapi..."

"Kami tak kira!" Daniel dan Rossai berkata serentak lagi. Dah rancang mungkin. huhuhu

"Baiklah kalau macam tu kita bergerak sekarang." Inspektor Halim melangkah keluar dari biliknya dan di ikuti Daniel, dan Rossai

***CUT***

"Siapa kau call tadi?" Aidil bertanya dengan nada yang lembut

Yana hanya diam membisu.

Tiba-tiba satu tamparan hingap di pipi Yana.

"Bodoh! aku tanya kau elok elok kan! kau jawab la elok elok!" Aidil menampar pipi yana sekali lagi dengan kuat tetapi Yana tetap diam membisu.

Saat mulut tidak bisa berbicara biarkan air mata menerangkan betapa pedihnya perasaan Yana ketika itu.

"Oh kau tak nak cakap. Kau jangan menyesal bila aku buat ni." Aidil menumbuk muka yana

"Arghhhhh! Sakit la sial! dayus. dasar dayus. mungkin sebab kau dayus lah Allah tunjuk kan dekat aku yang kau cur..-" satu lagi tumbukan aidil hingap di muka yana.

"Hahaha, aku dayus? hahaha"

"Lepas kan aku Aidil. Please. Aku merayu. Tolong lepas kan aku. Aku buat apa je asal kan kau lepas kan aku. kau nak duit? amik semua duit aku Aidil. Tapi tolong, tolong lepaskan aku." Yana merayu

"Kau diam lah perempuan!" Aidil menampar yana lagi

"kau ingat aku tak tahu ke yang kau nak saiko otak aku. Hahahaha. apa saja yee." Aidil tersenyum sinis dan merapatkan mukanya dengan Yana.

Belum sempat Aidil mencium Yana, yana terlebih dahulu menendang, di ehem ehem Aidil.

Aidil terbaring kesakitan

"Jijik aku dengan kau!" Jerit yana

Aidil bangun dengan muka merah.

Aidil mendekati yana semula dan menendang badan yana dengan sekuat hatinya.

Tangisan yana lansung tidak di pedulikan

Akhirnya yana pengsan kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang di alami.

Aidil tersenyum puas.

Tetapi senyumannya tidak lama apabila satu das tembakan dilepaskan oleh Inspektor Halim tepat pada kaki kiri Aidil dan membuat kan dia jatuh mencium lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience