Bab 23 - Chapter Tambahan

Romance Completed 14012

Chapter Tambahan

'You don't know what you have until it's gone'

"Wahai Muhammad Daniel Bin Azim, apabila datang kepadamu dua malak yang dihampiri, yaitu dua utusan dari sisi Allah tabâraka wa ta'âlâ bertanya kepadamu tentang Tuhanmu, tentang Nabimu, tentang ajaranmu, tentang kitabmu, tentang kiblatmu, dan tentang imam-imammu, maka janganlah kamu takut dan sedih, tetapi katakanlah untuk menjawab pertanyaan mereka: Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam ajaranku, Al-Quran kitabku, Ka'bah kiblatku........"

Nani hanya menghantar jenazah Daniel pergi dengan pandangan kosong sahaja. Sama dengan jiwa dan perasaannya.

Kosong.

Menangis?

Sudah terlalu penat menangis.

Ustaz juga kata tak elok meratapi orang yang telah pergi meninggal kan kita selamanya.

Aku hanya pergi meninggalkan Daniel selama 6 jam tetapi dia pergi meninggalkan aku selama lamanya.

Sakit yang aku rasa ketika ini tidak siapa tahu. Biarlah aku pendam segalanya sendiri.

kata - kata terakhir danial akan ku ingat selamanya hingga terakhir ayat ku .

*flashback*

Nani menangis teriak-riak meminta tolong untuk dilepaskan . Tetiba-tiba kedengaran Pintu bilik dipulas . Nani berasa takut kalau raimi yang masuk untuk melakukan sesuatu kepada dirinya .

selepas puas memulas pintu kayu itu . Dia cuba untuk menendang pintu itu sekuat-kuatnya hatinya beberapa kali dan kali yang ke-4 dia berjaya .

Dia sayu melihat kekasih hati nya yang tidak berdaya . Nani kelihatan lemah dengan lebam-lembam di bahagian muka nya . Daniel bergegas mendapatkan nani .

"Da...........ni.......el..aw..awak datang" kata nani lemah .

"Yea nani , awak jangan risau sayakan dah janji yang saya akan jaga awak, selamat kan awak." kata daniel yang sedang membuka ikatan di tangan dan kaki nani .

"Terima kasih. Saya tahu awak tak akan mungkir janji" kata nani dengan sebak .

"shutttt. Sekarang saya nak selamatkan awak dulu"

"Dah puas dah korang berdua berdrama . Aku perhati je dari tadi ." kata seseorang

"Raimi!!!" Nani dan daniel berkata serentak .

"Yea aku raimi. Kenapa ?terkejut ?hahahahahaha" raimi menghalakan pistol kepada daniel . "Aku nak kau mati ! Kau rampas nani dari aku dan sebab kau nani tolak cinta aku . Kau perampas ! Aku nak kau mati dalam tangan aku !! Kalau aku tak boleh dapat nani, tak ada siapa boleh dapat dia! " raimi melepaskan dua das tembakkan ke arah nani.

Belum sempat peluru kena pada nani .danial terlebih dahulu menghalang nani dengan memeluk nani. dua das tembakkan yang terkena pada belakang badan Daniel membuatkan Daniel jatuh rebah keatas nani . Gelak tawa raimi tidak dihiraukan kerana tumpuan nani 99 % kearah daniel ketika itu .

"Na..nani..."

"Awak jangan bercakap awakkk. Ya Allah banyaknya darah." Pada masa ini takut nani kepada darah cuba di atasi.

"Jan..janji de..dengan sa..saya."

"Awak diam lah!!" nani memarahi daniel

"A..awak janji du..dulu." Daniel batuk darah. tangisan nani semakin kuat dan nani berjanji.

"Janji..janji yang a..awak..takkan lu..lupa kan saya. Ja..jaga ru...rumah ki..kita elok elok."

Rumah kita?

"Mengucap awak. Ikut saya.

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ "

Selepas mengucap, Daniel semakin sukar untuk bernafas.

"Awak.. kalau awak nak tidur, tutup mata." Nani berkata sayu lalu Daniel menutup mata dan melepaskan hembusan nafasnya yang terakhir.

tangisan nani semakin kuat.

"Jangan bergerak kami polis" perkara terakhir yang di dengar oleh nani sebelum pengsan

*flashback end*

Selepas pihak polis menjumpai mereka, Nani, Daniel dan Yana dikejar kan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun tiada siapa dapat menolak takdir tuhan. Daniel disah kan meninggal dunia ditempat kejadian. keadaan Nani tidak seteruk yana, hanya kesan lebam dimuka akibat ditumbuk. Yana memerlukan rawatan lanjut kerana telah koma, dan doktor mendapati ada beberapa tulang badannya patah dan kesan lebam dimuka seperti nani.

Aidil dan Raimi ditahan oleh pihak polis.

Nani dibenarkan keluar daripada hospital sehari selepas kejadian culik itu. Nani menguruskan segala urusan pengebumian arwah Daniel kerana arwah Daniel adalah anak yatim piatu dan tiada saudara mara lain.

Selepas pengebumian arwah Daniel, seorang peguam datang bertemu Nani sebelum sempat Nani menaiki keretanya.

"Cik Nurul Syahzanani!"

"Iya saya. Ada apa apa ke?" Nani memakai cermin mata hitamnya untuk mengelakkan orang nampak matanya yang merah.

"Saya peguam Encik Daniel, Encik Khairil. saya ingin membaca wasiat Encik Daniel kepada Cik Syahzanani."

"Kepada saya? Encik Khairil pasti ke untuk saya?"

"Iya untuk Cik Syahzanani. 100% pasti." Encik Khairil berkata dengan yakin

"Sekarang?"

"Iya sekarang."

"Okay make it short, saya kena dari ustaz untuk majlis tahlil arwah"

"Baiklah cik."

Mereka berlalu menuju ke pejabat Encik Khairil. Setiba di pejabat Encik Khairil, Nani mendengar segala isi wasiat arwah daniel. Setelah selesai, Encik Khalid memberi kunci yang diamanahkan oleh arwah Daniel kepada Nani.

Nani berlalu pergi ke destinasi kunci tersebut sehingga Nani berhenti dihadapan sebuah rumah 3 tingkat.

Nani memerhatikan alamat rumah itu adalah alamat yang sama yang diberikan oleh Daniel untuk nani, pagi sebelum kejadian culik itu.

Iya, ini tempat yang sama untuk nani bertemu dengan Daniel pada hari tersebut

Nani menguatkan semangatnya dan memasuki rumah tersebut.

Rumah itu dilengkapi dengan perabot. Rumah siap diduduki.

Nani teringat perbualannya dengan arwah tentang masa hadapan mereka, akhirnya air mata nani jatuh ke bumi jua buat ke sekian kalinya sejak pemergian arwah.

setelah puas menangis, nani mengorak langkah ke pintu untuk keluar daripada rumah itu. Tetapi stick note berwarna biru yang berada di cermin sebelah pintu menarik perhatian nani lalu nani membacanya

'At first I thought awak seorang yang garang sangat macam singa dah sedia nak makan mangsanya sampai saya takut nak tegur. Mana tidaknya, selepas pertemua kita yang tak berapa romantik di cafe dimana saya terjauh kan air kesukaan awak tanpa sengaja. Dari situ saya tahu you the one, tapi kerana ego, saya tak mengaku sehingga kali ke empat kita terserempak di taman di mana saya melihat awak menangis. ala malu la nak cerita. lari pergi tangga cari saya di tingkat dua!'

Selepas membaca stick note itu, nani berlari ke tingkat dua untuk mencari lagi stick note yang di tampal oleh daniel. Nani ternampak stick note itu berada di rak buku.

'Then my thinking changed bila awak cerita dekat saya masalah awak masa awak menangis dekat taman tu. bila awak cerita, saya tahu sebab apa awak garang dengan saya masa dekat cafe dan kali 2 dan ke 3. saya fikir mungkin ini kesempatan saya untuk mengambil alih tempat lelaki yang lama telah hilang itu dari hati awak. dari situ kita mula kenal dan berkawan. semakin lama kenal semakin jeng jeng jeng. Find me again dekat tingkat tiga!!'

Sekali lagi nani berlari ke tingkat 3. Di tingkat tiga hanya terdapat satu bilik. nani masuk kedalam bilik dan ternampak stick note yang ke tiga di atas meja belajar.

Nani pun membacanya...

'My thinking changed AGAIN bila semakin lama kita kenal, rupanya awak ni seorang yang manja, tegas, seorang yang tekad dan nekad, seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak lupa juga penyanyang. Awak yang saya kenal bukan yang saya kenal dahulunya hanya tahu marah sahaja ketika jumpa walaupun itu bukan salah saya. Semakin lama kita kenal semakin saya sayang awak. walaupun kita ldr tapi jika ada kepercayaan dan kesetiaan, jarak hanyalah penghalang yang tiada kesan dalam sesuatu hubungan. Sebab itu saya semakin yakin yang awak jodoh saya. Buka laci dekat bawah ni sayang.'

Nani sudah menangis ketika membaca stick note yang pertama hingga yang ke tiga. Namun Nani tetap membuka laci seperti yang di suruh Daniel.

Apabila laci di buka, terdapat satu kotak baldu merah yang berisi cincin dan satu lagi stick note yang bertulis

'marry me? Jadi yang halal untuk saya dan pada Allah.'

Tangisan nani semakin kuat.

Iya ustaz ada berkata tidak elok meratapi orang yang telah pergi namun nani tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

Orang yang Nani cintai telah pergi menghadap Ilahi. Allah lebih menyanyanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience