Epilog

Romance Completed 14012

Epilog

‘Sometime you have to cry in order to smile at the end’

Kringgggggg!!!

Yana mengeliat mendengar bunyi loceng dari telefon bimbitnya. Ish ganggu betul la. Aku baru je mimpi indah. Yana cuba untuk bangun namun terasa ada tangan memeluk tubuhnya. Oh. Encik suami rupanya. Jam yang tadi berbunyi telah mati sendiri. Hilang terus niat yana untuk bangun apabila melihat wajah suaminya itu.

'tidur pun kacak. Ish.' Desis yana dalam hati. Tanpa sedar tangan yana telah merayap di sekitar wajah si suami. Dari pada kening turun ke mata, lalu ke hidung dan akhir sekali tangannya menyentuh bibir suami. Yana tersenyum sendiri. Comel!

"Buat apa tu sayang."

Terhenti segala perbuatan yana. Aduh! Kantoi!

"Ma..mana ada bu..buat apa apa. Nope. Tak ada buat apa..apa." yana memusing kan badannya membelakangi si suami. Asal aku gagap ni!

Rossai tidak berkata apa apa namun tangannya mengeratkan lagi pelukan di pinggang Yana dan merapatkan badan nya kepada yana.

"Tak elok membelakangi suami." Rossai bicara perlahan namun cukup di dengari oleh yana. Ish! Dia ni.

Perlahan-lahan yana memusingkan badannya untuk menghadap Rossai.

'Alamak. Rapat sangat ni!' Desis yana apabila mukanya dengan Rossai agak rapat.

"Awak sana la sikit. Saya panas." Yana cuba menolak badan rossai.
Noted ayat cuba gaiss.

Namun kerjanya itu hanya sia-sia. Sikit pun rossai tidak berganjak.

"Panas ya sayang? nak kuatkan aircond lagi ke? Abang sejuk sebab tu peluk sayang. Kalau lagi sejuk, lagi abang peluk." Rossai berkata dengan mata yang masih tertutup. Saja rossai mengenakan yana. Pasti muka yana telah merah sekarang ini.

"Arr.. tak tak panas. Se..sejuk."

"Oh sejuk meh sini abang puluk biar panas." Rossai makin merapatkan badannya dengan Yana. Jap jap. asal terasa panas ni.

"A...apa awak bu..buat ni.. sa...sana laa." yana cuba menjauh namun pinggangnya di peluk erat oleh rosssai yang kini memandang yana dengan senyuman yang mengoda. Ish! Tak boleh kalah!

"awak kata sejuk kan. Saya peluk la." Rossai membuat muka tidak bersalah. Tidak bersalah la sangat!

"Aw..awak sana la saya-"

kata-kata yana terhenti apabila terasa bibirnya dikucup oleh Rossai. Sekejap je.

"Kan saya kata panggil abang. A.B.A.N.G. abang. kan dah dapat pahala free pagi pagi ni. Dah jom solat." Rossai bangun daripada katil dan berlalu ke tandas meninggalkan yana yang sedang kebingungan. Tadi nak suruh lepaskan, bila dah lepaskan dia pulak yang termenung.

"aw...AWAK! Suka ambil kesempatan dalam kesulitan!!" jeritan Yana memecahkan kesunyian di pagi hari.

Kedengaran gelak tawa Rossai membuatkan Yana makin geram! Gatal!

*****

"Sayang, mana baju abang?" Rossai jerit daripada bilik. Aku yang tadi sedang membuat sarapan terpaksa menghentikan segala perbuatan aku dan naik ke bilik.

"Ada atas katil tu la. kan saya dah letak dah semua dekat situ." Yana berkata apabila berada dipintu bilik melihat Rossai hanya bertuala dan matanya beralih ke arah katil, tak ada pun kat situ! Yana memandang Rossai sambil mengangkat kening.

"Mana awak sorokkan. Baik awak cakap." Aku tahu mesti ni semua kerja dia. Aku dah elok-elok letak atas ketil tup tup tak ada pulak. Memang ni kerja dia la, takkan toyol pulak.

"Mana saya tahu. Memang tak ada dekat situ." Rossai membuat muka blur

"Ish. Awak!!"

"That's it. two strike." Rossai menghampiri Yana dan memeluk Yana dengan erat. Belum sembat Yana berkata apa-apa, bibirnya menjadi sasaran Rossai. Sekejap je. Lebih lebih karang tak masuk kerja pulak nanti.

"What did I said Miss Aiman Rossaidi?" Rossai menyembamkan mukanya di leher Yana.

"To..to call you ab..bang.." Yana gagap. Sejak bila aku gagap ni. Sejak kahwin dengan Rossai!

"Good. Now you learn your lesson. nak buat lagi?" Rossai memandang Yana yang menggeleng kepala tanda tidak.

"A...a..bang. Siap la cepat. Nanti balik cepat. Kan kita kena keluar hari ni." Yana mengusap belakang kepala rossai yang berada di bahunya. Hm manja!

"Pergi mana?" Rossai mengangkat kepalanya daripada bahu yana. Hari ni ada apa apa ke?

"Haaa lupa la tu. Hari ni kan nani kahwin." Yana membuat muka masam. Ish pelupa betul la laki aku ni.

"Oh. Alolo jangan la buat muka masam. Cute sangat. Gigit karang. okay pukul 12 saya balik." Rossai tersengih. aku ingat apa la tadi.

*****

"Gaissss. Rindu!!!!" Wawa berkata apabila masuk ke bilik pengantin kita siapa lagi kalau bukan nani.

"Ibu mengandung dah sampai dah." Nani yang sedang di make up oleh mak andam berkata

"Hahaha of course I datang. Ball mana ball?" Wawa memandang sekeliling mencari wajah Balqish namun hampa. Batang hidung pun tak nampak.

"Balqish dekat dapur tengah hias kek. Tah apa yang tak kena lagi dengan kek tu pun aku tak tahu la. aku tengok dah ok je." Yana berkata

"Kannn!" nani mengiyakan

"Mengutuk slow slow la. ni sampai bawah dengar korang mengutuk aku."

Yana, Nani dan Wawa memandang ke Balqish yang berada dipintu bilik sedang memeluk tubuh dengan muka toya.

"HAhaha. Memang untuk kau dengar pun." NAni berkata kepada Balqish yang kini berada di belakang nani untuk memakaikan crown di atas kepala nani.

"Kang ada yang tak jadi kahwin ni karang." Balqish mencebik

"Korang ni gaduh je! Nani pun satu dah nak kahwin pun sibuk nak bergaduh jugak."

Hah tu dia. Apabila ibu mengandung berbicara. Balqish, Yana dan NAni hanya ketawa.

"Okay siap. Tunggu pengantin lelaki sampai je ni. Lepas ni korang ada photoshoot dengan jurugambar aku, Amir. Gais kita pun sama okay. Jangan balik dulu."

"Amboi. wedding planner ni dok sibuk kata itu ini, bila nak kahwin ni?" Yana mengusik Balqish

"Wehh kau dengar tak ada orang panggil aku? Haaa tu aku rasa pelamin kau senget. Aku pergi betulkan iya Nani."

Mereka hanya ketawa melihat Balqish yang berlari keluar daipada bilik pengantin. Bukan apa, Balqish lebih memilih untuk berdiam diri sahaja tentang jodoh. Jika jodohnya didunia, pasti akan bertemu.

*****

"Weh baju aku dah letak atas katil. Lepas kau pakai baju kau ws aku. Nanti aku pakaikan tudung dengan betulkan apa yang patut. And suruh husband kau siap sekali tau babe." balqish berlalu pergi meninggalkan nani untuk menukar baju untuk majlis selepas ini iaitu persandingan.

Lamunan (?) nani terhenti apabila terdengar pintu biliknya dibuka. Siapa lagi kalau bukan si suami.

"Awak mandi then ambil wuduk dulu lepas tu kita solat sama-sama tau?" Haikal berkata apabila duduk disebelah nani.

"Okay." Nani bangun menuju ke meja make up untuk menanggalkan segala makeup di muka

sedang nani menanggalkan mekaup di muka, sebuah ciuman hingap di leher nani sebelum menjalar ke pipi dan bibirnya. Siapa lagi kalau bukan si suami. Nasib baik suami kalau tak aku terajang sampai masuk hospital koma 3 tahun.

"natural beauty." Bisik Haikal

"tengok tu bibir awak dah merah dah. meh sini saya lap." Nani cuba untuk mengelap bibir Haikal namun Haikal menggelang kepala.

"Tak apa. Tak puas lagi nak peluk isteri." Nani hanya membiarkan Haikal memeluknya. Lama la jugak. Dua dua hanya diam membisu sehingga Haikal memecahkan kesunyian.

"Did you really accept me as your husband?"

"why wouldn't I accept you?" NAni mengusap lembut belakang badan Haikal

"After what happen with-"

"Haikal. Sekarang ni awak suami saya tau. Saya sedang cuba sayang awak sorang sahaja. tak ada yang lain. Daniel tu masa lalu. Allah lebih menyanyangi Daniel. Saya redha. Please jangan cakap pasal arwah dah." Nani membenamkan mukanya ke dada Haikal. Iya Daniel masa lalu aku. Masa depan aku sekarang dengan Haikal. Daniel akan sentiasa ada dalam hati aku namun sebagai kenangan.

"Okay, now jom mandi." Haikal mencampung (?) badan nani ke tandas sebelum sempat nani memprotes.

Nampaknya tetamu kena tunggu lama sikit la.

*****cut*****

"Awak.."

"Yes princess?" Afiq memandang Wawa yang sedang baring disebelahnya.

"Nak hug." Wawa membuat muka sedih. Ish susah la mood swing ni. Terasa gedik pulak. Ah kesah apa aku. Ni bab last biar aku manja. Bukan dengan orang lain pun, dengan suami sendiri.

"Alolo. meh sini sayang abang. Nak peluk ya." Afiq yang tadi khusyuk menonton movie english terus memeluk Wawa. Tengok movie buat apa. Baik tengok bini. Makin mengandung makin manja.

"Not me, but the babies want his daddy hug." Eleh babie konon. sebenarnya wawa yang nak peluk.

"Oh. Maknanya awak taknak la hug daripada saya?" Afiq membuat muka serius dan cuba bangun daripada katil.

"NO. NO. Saya nak. Saya yang nak. Please don't go." Wawa hampir menangis

"Hey hey, look at me. I'm just kidding. Please don't cry." Afiq mula gelisah. Haa tu lah. Sibuk nak bergurau. Kan dah kena.

"You such a meanie butt!" Wawa cuba melepaskan diri daripada pelukan Afiq, Terasa geram apabila Afiq berbuat begitu. Bukan dia tak tahu yang Wawa tak suka bila Afiq buat muka serius dengan dia.

"Hahahaha, and you are the most adorable person that i ever see. I'm sorry babe." Afiq cuba memujuk

Wawa hanya mendiamkan diri. Merajuk.

"Okay then if you don't talk to me, I'll kiss you."

Wawa masih mengendahkan Afiq.

Tanpa wawa sedar bibir afiq telah berada betul-betul di bibirnya. Selepas beberapa minit Afiq melepaskan bibir wawa.

“Are we good now?” Afiq bertanya namun wawa hanya mendiamkan diri. Entah masih merajuk atau masih terkejut.

"Okay then if awak tak nak cakap dengan saya, saya tak jadi nak masak lasagna untuk awak." Afiq mengugut. Bukannya dia tak tahu yang lasagna ialah makanan kegemaran wawa sejak mengandung ni.

'what? Lasagna? Aduh waa kau punya kesukaan tu. Pandai betul mengugut laki aku ni.' wawa berkata dalam hati.

"Diam maknanya tak nak kan? Okay saya buat saya punya saja" afiq acah acah bangun bergerak keluar dari bilik.

"Ish orang nak laaaa. Bukan dia nak pujuk lagi mengugut adalah." Wawa berjalan ke arah afiq yang sudah tersenyum kemenangan di pintu.

"Hahahaha nak pujuk la ni. Pujuk dengan makanan. Dah jom buat lasagna" afiq menarik tangan wawa agar berjalan seiringan

"Eiii pandai je pujuk dengan makanan." Wawa mencubit pipi afiq membuatkan afiq ketawa sebelum menghadiahkan wawa dengan ciuman.

****CUT****

"Cik balqish ada orang nak jumpa"

"Siapa ya nadiah?" Balqish bertanya melalui interkom

"Dia kata client vvip cik balqish" nadiah berkata sambil melihat 'client vvip' yang kelihatan segak berkaca mata hitam.

"Hm boleh suruh dia masuk pejabat saya." Balqish mematikan talian. Bila pulak aku ada client vvip? Setahu aku Datin Atila je client vvip aku bulan ni, tapi majlis resepsi anak dia dah siap kecuali anak lelaki dia punya baju.

"Hoi kerja kau ni memang termenung je kan?"

Balqish yang sedang termenung memikirkan kerjanya memandang ke arah suara yang menegurnya itu.

"Kauu!!" balqish menuding jari kepada pemilik suara itu, cicak kobeng a.k.a lelaki paling annoying yang pernah aku jumpa.

"Yup aku. Asal eh mana mana aku pergi selalu nampak kau? Kau stalk aku kan? creepy perempuan zaman sekarang ni kan." cicak kobeng itu mengambil tempat di hadapan meja Balqish

"Please sikit. Tak ada masa aku nak stalk cicak kobeng playboy macam kau ni lah. Bukan handsome pun. Kambing aku dekat kampung ayah aku lagi handsome la daripada kau cicak kobeng." Balqish mencebik dan menjeling lelaki di hadapannya itu. Dia ingat dia anak datuk ke sampai aku nak stalk bagai. Kalau dia anak David Beckham lain cerita la.

Belum sempat cicak kobeng tu membidas telefon bimbit ku berbunyi meminta untuk di angkat.

"Assalamualaikum hello Datin Atila. Oh....okay....hm...okay.. baiklah datin saya cuba siapkan dalam masa terdekat. Insyaallah. Okay datin. Waalaikummusaalam." Balqish mematikan sebelum mengeluh panjang.

"Kau ni mengeluh je memanjang. Bila nak start ukur badan ni. Macam mana la mama boleh kata service kau baik. Aku tengok macam tak je." cicak kobeng a.k.a Ku Mikhail berkata. Dalam ramai ramai manusia dekat malaysia ni, kenapa dia jugak anak Datin Atila. Why? Why?

Balqish menarik nafas panjang. Kau boleh buat balqish. Untuk kerja kau dan untuk majlis datin atila. Fighting!

"Baiklah cicak kobeng eh sorry baiklah Encik Ku Mikhail kita boleh ambil ukuran sekarang."

Selepas 2 jam mengambil urusan baju si cicak kobeng akhirnya siap juga. Pengantin pun tak sampai 2 jam tau. Dia je ambil masa sampai 2 jam. Mana tak nya. Semua benda salah. Itu tak kena ini tak kena. Dia yang wedding planner ke aku?

"Okay dah siap. Apa apa kau mesej mama aku. Aku cau dulu miss clumsy. Jumpa lagi" Ku Mikhail berjalan keluar daripada pejabat Balqish

"tak payah jumpa dah pun tak apa." Balqish berkata perlahan

"Oh by the way, aku suka kau. Mama aku pun suka kau. Akhir bulan ni aku masuk meminang. Bye wife to be" Ku Mikhail berkata sebelum hilang disebalik pintu pejabat Balqish meninggalkan balqish dalam keadaan terpinga pinga.

"A..paa? Gila betul cicak kobeng ni. Bergurau agak agak la. Ha..ha" balqish berkata untuk menenagkan hati nya. Cicak kobeng tu bergurau. Kan?

*****CUT*****

Selepas 10 tahun

"Muhammad Aiman Harith Muhaammad Aiman Rossaidi! elok-elok main layang-layang tu!" Liyana menasihati anak sulungnya itu yang sedang bermain layang-layang dengan anak bongsunya, Nurul Aiman Aisyah di tepi laut.

"Okay ibu." Aiman Harith berkata.

Yana tersenyum memandang gelagat anak-anaknya itu. Lalu pandangan Yana beralih kearah matahari yang akan terbenam tidak lama lagi. Indah ciptaan Allah. Yana tersenyum sendiri apabila teringatkan segala perkara yang di tempuhi sepanjang kehidupan nya. Susah senangnya sentiasa bersama orang orang yang disayangi. Dari kecil hingga sudah berkahwin. Segala pengalaman yang di tempuhi Suka, duka, pahit, manis mendewasakan Yana menjadi insan yang lebih kuat dan matang.

"Sayang jom la mandi sekali!" Rossai memanggil Yana yang sedang termenung untuk bermandi laut dengan anak ke-2 mereka iaitu Muhammad Aiman Rasyid.

Yana tersenyum dan berjalan menuju ke arah ahli keluarga yang tercinta. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk mempunyai keluarga yang bahagia seperti ini.

***TAMAT***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience