Bab 24 - Chapter Tambahan

Romance Completed 14012

Chapter Tambahan

“Arrange marriages are tough but it's worth fighting for”

"Assalamualaikum tuan. ada orang nak jumpa..."

"Waalaikumussalam, kata saya busy." Afiq tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh pembantunya, Harith dari interkom(?). siapa lah nak jumpa time aku busy busy ni.

"Tapi..."

"I said no Harith! No mean no." afiq meninggikan suaranya tanpa sengaja membuatkan Harith terdiam. Shit. rasa bersalah pulak.

"Sorry Harith saya stress tadi. Like I said no mean no. Kecuali klien dari Mega Holding." Afiq mematikan perbualan tanpa menunggu jawapan daripada Harith.

Baru sahaja Afiq ingin menyambung kerja, pintu bilik nya di buka.

"Kan saya kata yang-"

"yang sayang tak nak jumpa sesiapa kecuali klien daripada mega holding?"

Suara tu!
Afiq terus memandang pemilik suara itu.

"Eh princess. Abang ingat siapa la tadi. Meh sini." Afiq menghulurkan tangannya kepada puteri najwa. isteri kesayanganya. Muka bengis afiq terus bertukar kepada muka gembira yang tidak semua orang pernah nampak. Orang yang rapat dan yang disayangi saja. Kira limited la muka happy dia ni

Wawa yang tadi tercegat di pintu, menutup pintu bilik suaminya dan menguncinya lalu berjalan ke arah afiq. Wawa memegang tangan yang dihulur afiq dan berdiri di sebelah kerusi afiq.

"Ambil kerusi depan tu letak sebelah abang." Arah afiq

wawa hanya menggeleng kepala.

"Habis tu takkan nak berdiri je?" Afiq membuat muka pelik. Ish takkan la bini aku nak berdiri je. Tiba tiba afiq dikejutkan dengan
tindakan wawa yang duduk di atas ribanya. Afiq hanya tersenyum memandang muka merah wawa

"Eleh dia duduk atas riba orang, muka dia yang merah." Usik afiq

"Oh tak boleh la ni. Okay tak pe orang bangun" puteri bangun acah acah merajuk.

noted word acah acah ye gaiss.

belum sempat wawa bangun afiq terlebih dulu merangkul pinggang wawa menghalang wawa daripada bangun.

"Abang gurau je la. Stay here. Please." Afiq memeluk wawa erat. Wawa tersenyum dan membalas pelukan suaminya.

Terasa seperti baru semalam mereka menjadi sah menjadi suami isteri tanpa diduga

*flashback*

"Wawa, aku nak keluar lunch ni. kau nak join tak?" tanya sahabat wawa iaitu Hajiran. Bukan malas masak cuma kadang kadang tekak nak makan makanan fast food.

"Nak nak! Nak makan kat mana? Siapa lagi ada? Weh kau tunggu kejap aku mandi!" Wawa berkata dan berlari ke biliknya untuk mandi. Ish anak dara mandi lambat. Ala bukan selalu, lek la. Hajiran hanya menggeleng kepala. Wawa ni kalau tak suruh mandi susah betul nak mandi, tapi kalau dah mandi memang tunggu air kena potong baru dia siap mandi.

"Kau jangan pergi dulu Haji!" Jerit wawa dari dalam tandas. Takut juga kalau kalau Haji pergi dulu.

"Iya! cepat la mandi tuu! Aku bagi 15 minit je. kalau lambat aku bla!" Hajiran berkata walaupun hajiran tahu hakikatnya dia akan tetap menunggu wawa siap walaupun satu jam.

***CUT***

"Saya nak....."

Selepas membuat pesanan Hajiran meminta diri untuk ke toilet sebentar.

"Ish kau ni, tadi kat rumah tak nak melepas." Kat rumah tak nak, adu haji ni.

"Ala kau ah lambat sangat. dah ah, jaga beg aku ni." Hajiran berlalu pergi ke toilet

'hm, bosannya. Nak text pakwe, pakwe TAK ADA. HAHAHAHAHA!' wawa bergurau dengan diri sendiri. Tah apa apa la kau ni wawa haha.

Sedang sibuk membelek telefonnya, tiba tiba pandangan wawa terhenti pada sepasang pasangan yang duduk tidak jauh daripadanya.

'Afiq? Siapa perempuan tu? Macam perempuan hari tu je.' Wawa bermonolog sendiri dengan hampa. walaupun dia telah memutuskan pertunangan mereka 3 bulan lepas, sayang wawa pada Afiq tidak sedikit pun berkurang. Tipu la tak rindu, namun kejadian sebelum wawa memutuskan tunang amat menggores hati nya. Walaupun perkara itu telah berlaku lama tapi sakit hati itu masih terasa sehingga kini kerana Afiq yang tidak jujur. Bak kata Adele 'They say that time's supposed to heal, but ain't done much healing.'

"Hoi kau pandang apa tu?" Sergah hajiran daripada belakang. Ish Hajiran ni, nasib baik tak ada sakit jantung, kalau tak mahu mati aku kat sini.

"Mana ada aku pandang sesiapa... Kau asal lambat sangat, cirit ke apa? hahaha."

"Banyak la kau punya cirit. Menipu sangat tak termenung. Meh sini aku tengok siapa yang kau pandang." Hajiran memusingkan badannya dan matanya melilau (?) mencari orang yang wawa pandang dan matanya berhenti pada sepasang pasangan itu. Oh no. what the heck! Macam mana boleh sama kedai ni.

"Errr, sorry wa. Aku tak tahu pulak malaun tu ada sekali. Weh aku rasa aku cirit la. Kita bungkus eh, makan kat rumah?" Hajiran menipu sunat. eh ada ke? ala sekali ni je tak apa kot, kot la.

"Hahaha, menda la kau ni. Aku ok je la." O.K? Ke K.O? tak baik tipu diri sendiri waa. ah biarlah dia dah bahagia. Dia dah milik orang. Aku tak nak ganggu hak orang.

"NO no no, kau okay ke tak ke jom balik. kita bungkus je. aku cirit." Haa, kau ni Hajiran kang masin mulut tetiba cirit macam mana? Hm, tak apa demi kawan.

"Okay okay jom." mereka berlalu ke kaunter dan mengubah pesanan mereka. Sempat wawa memandang Afiq dan perempuan itu gelak berdua seperti sangat bahagia sebelum wawa keluar daripada kedai.

'Maybe this is the best. Goodbye Love.' wawa bermonolog sendiri dan berjalan menuju ke kereta hajiran

***CUT***

"Assalamualaikum..." Wawa memberi salam semasa masuk kedalam rumah Mama dan Daddy. Arghhh penat! Sebenarnya rumah sewa dia dan rumah Mama dan Daddy nya tidak lah jauh sangat cuma mengambil masa dua jam tetapi disebabkan kesesakan lalu lintas tadi memanjang kan masa perjalanan selalu 3 jam 30 minit.

"Waalaikumussalam, woi bangun la baring kat bilik." Kakak wawa iaitu Puteri Najiha 'menghalau' adiknya yang baring si sofa supaya masuk kedalam bilik.

"Eee, kejap laaa. aku penat tahu tak." Wawa masih tidak mahu mengalah.

"Daddy tengok adik nii!" Najiha mengadu kepada Daddy nya. Sudah tua tetapi masih lagi manja dengan Daddy dan Mama nya. Maklum lah, mereka dua beradik lah penyeri keluarga Azzahari

"Iya, daddy dah lama tengok adik. dari kecik daddy tengok. buat apa nak tengok lagi." Encik Azzahari bergurau

"Wek." wawa menjelir lidah

Belum sempaut Najiha berkata apa apa Mama mereka sudah bersuara.

"Adik masuk bilik mandi lepas tu mama ada benda nak cakap." Puan Zuraida berkata dengan nada tegas. Jarang mamanya bersuara tegas, pasti ada perkara penting untuk dibincang kan.

Selepas mandi, Puan Zuraida masuk ke bilik wawa. Dan conversation itu begini.

"Adik apa yang mama nak cakap ni adik jangan terkejut tau."

"Hm, I'll try. apa dia ma?"

"Ada orang datang meminang."

"Oh okay, orang datang meminang kakak kan? kenapa wawa macam takut je ni? mesti takut kakak tak terima kan. Tak apa adik boleh pujuk kakak untuk terima." wawa berkata dengan nada gembira. Entah gembira sebab bakal dapat abang ipar atau gembira bukan dia yang di pinang.

"Tapi yang datang tu pinang adik, bukan kakak." Puan Zuraida berkata dengan nada serius

What the heck! siapa yang datang meminang ni! aduh.

Wawa hanya mendiamkan diri. kelu lidahnya untuk berbicara.

"Mama tak paksa. mama dah jumpa orang nya. Baik orang nya, hormat orang tua, beradab. Insyaallah dapat sambung tugas daddy dengan mama untuk bimbing adik ke syurga."Pua Zuraida berkata dengan nada yang lembut. Sukar untuk nya melepaskan anak anaknya untuk berkahwin, namun mereka juga ada kehidupan sendiri. Puan Zuraida akur dengan ketentuan Ilahi. Ada jodoh tak ke mana.

Malam itu Wawa melakukan solat istikharah sehingga wawa merasakan hatinya telah tenang dan telah mendapat jawapan.

Pagi itu wawa memberi tahu keluarganya tentang jawapan nya.

'Mungkin ini yang terbaik. Ya Allah kau permudahkan lah segala urusan.'

****Selepas 4 bulan****

"Ya Allah, wawa tidur la! esok kau nak nikah tau. Karang mata sembap (?) kang macam panda." marah Yana

"Ala cerita ni tak habis lagi."rengek wawa

"No no no. Dah pergi tidur." Balqish pula yang marah. Aduh kenapa semua nak marah ni. Bukan tak boleh cover dengan make up.

"Jangan tidur waa jangan tidur. Kita tengok je sampai habis." Nani menghasut

"Kau jangan menghasut aku la nani! hahahaha. dah ah aku tidur dulu. korang lambat masuk aku kunci pintu. korang tidur la luar ni." Wawa bergerak ke dapur untuk membasuh inai ditangannya sebelum bergerak masuk kedalam bilik. Bilik yang kurang 24 jam akan dikongsikan bersama suami nya. Walaupun wawa tidak pernah bertemu bakal suaminya, namun mereka sering ber 'sms'. Wawa cukup selesan untuk berkenalan dengan bakal suaminya walapun tidak mengetahui rupa dan perwatakan bakal suaminya itu.

***CUT***

"Aku terima nikahnya Puteri Najwa Binti Azzahari dengan mas kahwinnya......."

Menitis air mata wawa setelah dia sah menjadi seorang isteri kepada bakal suami ops kepada suaminya. Air mata kegembiraan.

Semasa suaminya ingin memakaikan cincin wawa mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah suaminya untuk pertama kali.

'Af....Afiq?' wawa berkata dalam hati. Sumpah dia terkejut.

*End of the flashback*

"Sayang.." wawa memanggil suaminya dengan suara lembut

"Hm.." Afiq menjawab dengan mata nya yang masih tertutup sambil mengeratkan lagi pelukan. Kenapa bini aku ni, suara lembut semacam je. Jaga lah dia goda aku dekat office ni. Kalau kat rumah aku on je.

"Lapar la." kata wawa yang kini memandang afiq yang sudah membuka mata dengan muka sedih

"Lah tu je?" La, aku ingat apa la tadi. Aku dah ready nak balik dah ni kalau dia..... hahaha joke ok joke, but kalau betul dah sah kan.

K diam.

"Habis tu sayang ingat saya nak cakap apa?" Wawa membuat muka pelik. Afiq ni dah kenapa.

"Sayang ingat yang princess nak sa-"

"NO. don't say anything." wawa berkata sambil menutup mulut. Ya Allah. Gatal! laki siapa la ni. Hm laki kau la wawa oi.

Afiq hanya ketawa memandang muka wawa yang telah merah. Ish wahai isteri. Kenapa comel sangat ni.

"Sayang, Yaya kirim salam. Dia kata dia balik Malaysia bila saya dah bersalin."

"Waalaikumussalam. Sayang pun dah lama tak jumpa dia."

"Last masa kita kahwin tu kan."

"Yup, masa tu la princess kata yang princess ingat yang dia tu ada affair dengan sayang kan." Afiq mengusik.

"Ye lah. Masa saya tanya abang kat mana lepas tu abang kata kat Office. tapi sebenarnya dekat airport." wawa mencebik mengingat cerita lama. Iya dia cemburu bila teringat pasal Yaya dan Afiq. Siapa Yaya? Yaya ialah cousin afiq dan punca dia mintak putus dengan Afiq. Wawa agak terkejut juga apabila melihat Yaya di majlis perkahwinannya, namun setelah mengetahui perkara sebenar, hilang sedikit keraguannya terhadap suaminya

"I'm sorry okay. Yaya nak rahsiakan hal kepulangan dia. I'm sorry again." Afiq berkata dengan muka bersalah

"It's okay. Cerita lama dah jangan ingat. Okay jom makan."

"Okay lets go my queen yang suka makan" Afiq mencubit pipi wawa yang masih lagi merah

"It's not me. It's the babies. They want to eat." wawa membuat muka sedih apabila mendengar ayat Afiq 'yang suka makan'. Iya aku suka makan tapi tu la hormon orang mengandung tak stabil, sikit sikit nak emo. Haaa tengok tu air mata aku dah bertakung.

"Im sorry okay. Sayang gurau je, jangan nangis please. Im sorry" Afiq meminta maaf. Ah gawat kalau bini merajuk. Mahu dia tak cakap dengan aku sehari. Itu lah perempuan mengandung emosi tak stabil. Salah cakap sikit, bom!!! habis la kau.

"Hahaha, okay let's go sayang." wawa bangun daripada peha Afiq. See what I told you? Hormon perempuan mengandung tak stabil. Tadi nak menangis sekarang gelak.

"Let's go." Afiq dan wawa berjalan ke pintu. belum sempat wawa membuka pintu afiq terlebih dahulu memeluk dan mencium dahi wawa. lalu tangannya mengusap perut wawa yang kini berusia 6 bulan.

"Lupa nak kiss pagi tadi sebab dah lambat. and how my prince and my little princess? Are they good to you?"

"Very good. Like His Daddy. Now let's go, the babies want to eat." Wawa mencium pipi Afiq dan menarik tangan afiq untuk keluar daripada office nya. Like always muka wawa merah dengan tindakkannya tadi.

Afiq hanya tersenyum melihat wajah merah wawa. Tahu sangat sejak dari awal kenal sampai sekarang perangai wawa yang pemalu itu. Namun Afiq bersyukur kerana Wawa adalah jodohnya. Semoga perkahwinan ini di lindungi oleh Allah. Aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience