Bab 18 - Aku Kiss Kau Karang

Romance Completed 14012

Bab 18 - Aku kiss kau karang

"Depression is like a war. You either win or die trying

'Goodluck exam sayang. Pointer gempak aku bagi hadiah.'

Yana membaca berkali kali kertas yang berada di atas kotak kek yang baru sahaja dia ambil dari pondok pengawal dorm.

"Woi yana!" Kata nani sambil campak bantal ke arah yana.

"Kau kenapa senyum sorang sorang dari tadi macam kerang busuk." Sambung nani

"Tak guna kau. Panggil je boleh kann" Balas yana sambil campak balik bantal kepada nani

"Hahahaha ye lah aku dah panggil kau tak dengar. Ada kek pergi tenung kertas. Amik kau kan dah makan bantal aku ni. Sia sia je."gelak nani

"Ish kertas ni sentimental value tau. Kalau terkoyak tadi macam ne." Kata yana

"Hahahaha tak de nya terkoyak. Bantal ni bukan tajam pun. Hm susah la gini bila dah angau. Dia kata apa kat kau sampai sentimental value tu?" Tanya nani

"dia kata goodluck exam." Yana tersengih

"Cakap pasal exam, exam kau start lagi sejam tau yana. Kau mandi pun tidak lagi ni." Ujar nani

"Ehhh. Aduuu macam mana boleh lupa niii. Alamak dah lambattt!!!!" Yana campak kertas di tangannya dan mengambil barang keperluan nya dan lari ke tandas.

"Haish yana ni. Tadi sentimental value sangat lepas tu campak. Nanti tengok la. Mesti dia cari balik benda ni." Bebel nani sendiri sambil kutip kertas yang yana campak dan letak di dalam laci meja yana.

"Eh. Surat apa ni? Asal ada nama yana? Hmm... ada la tu. Tak pe la nanti aku tanya dia" Kata nani yang ternampak surat dalam laci yana yang masih dalam keadaan yang elok dan belum bukak. (Berapa kali tah author guna ayat 'yang' )

*****cut*****

Last day exam

"Alhamdulillah siap jugak. Boleh la balik rumah dengan tenang" kata yana yang kini berjalan keluar menuju pulak ke dorm

****cut****

Dekat dorm *malam*

"Assalamualaikum."

"Waalakumussalam. Ye yana." Balas pemanggil di hujung talian

"Awak..... saya nak balik kl ni."

"Buat apa? Lama ke?" Tanya si pemanggil eleh tak bagi tahu nama pun dah tahu an pemanggil tu rossai

"Lama gak. Cuti sem kan." Balas yana sambil kemas bajunya

"Hm. Bile? Dengan sape?" Tanya rossai

"Malam ni. Sorang je. Nani tak balik dia ada kelas jangka masa pendek masa cuti sem. Habis kelas tu, baru dia balik."

"Aku datang amik kau. Tunggu sampai aku datang."

Kata rossai dan terus mematikan panggilan

"Ehh? Amik aku? Nak buat apa amik aku. Dia ni kalau tak pelik memang tak sah." Bebel yana sendiri dan sambung kemas barang nya

30 minit kemudian

"Mana dia nii. Aku dah la nak balik. Dia pulak suruh tunggu. Sampai lambat la kalau macam ni." Marah yana

Tiba tiba kereta yang berhenti depan yana hon.

"Oi mak kau kat mana, eh mak aku kat sini, eh mak aku kat rumah lah." Yana melatah

"Hahahahahahahahah" gelak rossai yang baru keluar dari kereta sehingga terduduk atas jalan tar

"Dah habis gelakkan orang?!" Jeling yana

"Hahahaha dah dah hahaha dah habis." Balas rossai masih gelak

"Dah la lambat. Lepastu kenakan orang. Tahu tak orang dah lambat nak balik kl. Dah la malas layan awak ni. Buang masa je!" Kata yana yang kini jalan menuju ke kereta nya sendiri.

'Nasib baik barang dah masukkan dalam kereta. Boleh terus bla dari sini daripada melayan dia ni.' Ujar yana dalam hati

"Yanaaa.... aku gurau je laaa." Rossai kejar yana dari belakang

Yana hanya buat tak dengar dan membuka pintu keretanya. Belum sempat yana masuk kereta rossai memegang lengan yana

"Sayang. Im sorry okay. I tak tahu pun you ni melatah. Kalau i tahu i tak buat tau. Im sorry okay?" Ujar rossai lembut cuba memujuk

Yana hanya jeling

"Kau comel bila marah. And bila je kau tak marah time dengan aku. Sebab tu aku suka kau. bila dengan aku je marah. Bila marah je comel. Lagi marah lagi comel. Macam mana tak laju jantung ni kalau kau asik comel je bila dengan aku" kata rossai ikhlas

'Ya Allah. Malam malam buat muka aku merah. Tumbuk kang. Nasib malam tak de la nampak. Buat muka cool yana, ubah topik.' Kata yana dalam hati

"Kenapa nak jumpa?" Tanya yana ingin ubah topik

"Dah pergi masuk kereta aku dulu." Arah rossai

"Eh? Nak buat apa? Saya nak balik la."kata yana dengan muka blur

"Pergi jee." Rossai menyuruh yana supaya jalan menuju ke arah keretanya dan mengambil kunci kereta yana.

Yana hanya mengikut kata rossai. Ya dia masih blur dengan situasi tersebut. Yana hanya melihat rossai mengeluarkan begnya dari bonet keretanya dan bawa masuk dalam bonet kereta rossai.

Setelah selesai mengangkat beg beg yana, rossai masuk kedalam keretanya.

"Kenapa awak letak beg saya dalam kereta awak? Kita nak pergi mana ni? Saya nak balik rumah la. Dah lambat dah ni. Awak nak culik saya ehh? Saya call polis. Tengok lah. Saya bagi tahu pakcik guard depan tu yang awak nak culik saya. Saya dengan pakcik guard tu kawan baik tuu. Kalau dia tahu awak nak culik saya, masak awak. Sia sia masuk hospital. Bazir duit untuk perubatan pastu bazir masa duduk dalam penjara. Awak nak? Tak nak kan
So baik awa..." kata yana macam peluru, bertubi tubi itu terhenti apa bila rossai kata

"Aku kiss kau karang kalau kau tak reti diam." Balas rossai dengan muka serius

"A..a..a...aku...aku... okay aku diam. T..tapi cakap la kita nak pergi mana? Aku nak balik rumah." Kata yana dengan gagap

"Kita nak balik rumah kau la ni. Dah pakai tali pinggang tu." Balas rossai pendek dan memulakan perjalanan

Suasana dalam kereta sepi hanya berbunyikan radio 24jam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience