Bab 6

Romance Series 7590

Aku melepaskan pelukan erat emak. Wajah emak jelas ketara riak sedihnya. Sama juga seperti hati aku yang terasa berat ingin meninggalkan kampung halaman dan orang tua aku. Entah bila dapat jumpa emak dan abah lagi, aku sendiri pun tak pasti.

“Kamu ingat tak pesan abah tadi, Leen?” Tanya abah selepas menutup bonet hadapan kereta.

Aku senyum dengan soalan abah. Setiap kali anak-anak dan menantunya mahu pulang ke rumah masing-masing, abah mesti titipkan pesan. Sama seperti waktu keluarga along dan angah mahu pulang semalam.

“Ingat, abah. Hati- hati memandu, Leen. Jangan bawak kereta laju-laju. Lalu di kawasan highway saja, jangan pandai-pandai nak lalu jalan shortcut entah kat ceruk dalam mana laluannya. Bahaya perempuan sorang-sorang jalan di kawasan sunyi. Beg tangan tu jangan letak kerusi sebelah atau belakang. Dah sampai nanti terus call mak atau abah.,”aku menyebut satu persatu setiap pesanan abah sambil mengajuk gaya abah bercakap.

Emak sudah tergelak. Geli hati agaknya bila skrip abah yang sudah melekat di kepala semua orang, terpacul di mulut aku.

Abah mengangguk puas hati, walaupun matanya sempat menjeling emak. Mana mungkin aku tak ingat. Pesanan itu jarang sekali tidak meniti di bibir abah setiap kali aku ingin berangkat pulang ke KL.

“Ni abah dah periksa kereta Leen. Dah tambah air. Tayar kereta pun abah dah pamkan angin lepas balik dari masjid tadi. Haih, Leen. Siapa lagi nak tengok-tengokkan kamu kalau abah dah tak ada nanti? Kalau dah kahwin kan senang sikit.”

Kata-kata abah buat aku telan liur.

“Ish, ke situ pula abah. Bila lagi Leen nak manja-manja dengan abah. Nasib baik abah tolong Leen. Terima kasih, abah,”lengan abah aku rangkul.

Dalam hati, aku agak terusik dengan kata-kata abah.

“Bila Leen nak balik kampung lagi?”tanya emak

Aku sengih.

“Nanti Leen nak kahwin Leen balik kampung lagi,”selamba aku berseloroh.

“Hah, eloklah. Ingat tau, mak nak sekali lagi Leen balik ke sini bawa sekali bakal suami tu terus jumpa emak dan abah. Mak pegang kata-kata Leen ni. Ingat ye,”ungkapan emak bagaikan minta aku berjanji.

Aku pula yang cuak.

“Tadi tu main-main je,mak,”rengek aku.

“Tak ada main-mainnya. Tadi tu pula mak serius,”

Fuhh.. menyesal pula bergurau soal jodoh ni. Batang hidung sendiri juga terkena.

“Insha-Allah, mak. Mak doakanlah untuk Leen.”ada getaran dalam suara aku. Doa emak sangat aku harapkan.

Bab jodoh, aku tahu emak yang paling risau. Semua menjangkakan kegagalan hubungan aku sebelum ini buatkan aku tak mahu jalinkan hubungan dengan sesiapa. Entahlah, penat aku ingin memikirkan.

“Mak sentiasa doakan,” ucap emak. Sekali lagi aku memeluk tubuh emak.

Selepas bersalaman dengan emak dan abah, aku mula bergerak pulang ke KL.

“ASSALAMUALAINA,”gumamku perlahan sambil menjinjing masuk beg pakaian ke dalam rumah. Sejurus aku menutup daun pintu semula, terdengar satu suara menjawab salam di belakang aku.

“Waalaikumussalam!!!”hampir gugur jantung aku bila mendengar suara garau menyahut salam aku.

Muka aku berubah cuak dengan pakej tengkuk terasa meremang. Terus badan aku terpusing. Apabila mata aku menangkap susuk tubuh Shaz di belakang pintu, cepat tangan aku melibas lengannya. Terperanjat wehh!

Badannya menerima cubitan ketam milik aku. Geram pula tengok dia sedap mengekek ketawa, gelakkan aku. Kurang asam!

“Kau ni dah gila ke duduk belakang pintu ni? Nak gugur jantung aku tahu tak,”sempat aku tolak bahu Shaz yang memeluk lengan aku sambil ketawa.

Mata aku menjeling tajam Shaz yang sedang memohon maaf tapi tak mampu keluarkan suara dia. Hanya kedua-dua tangannya sahaja diawang-awangkan dan disatukan di hadapan muka aku. Suaranya tenggelam sebab semput gelakkan aku. Hampeh punya kawan!

“Aku jawab salam kau je, Leen. Apasal muka kau jadi biru?” Shaz masih menghabiskan sisa-sisa ketawanya. Ni lah best friend merangkap kawan serumah aku paling masuk air.

“Kau cakap dekat aku, kau balik outstation esok. Mahunya tak melompat aku dengar ada suara garau jawab salam aku tu. Melampau lah kau ni, Shaz. Nasib baik aku tak ada heart attack. Ish,” aku bersandar di atas sofa.

Letih memandu bercampur baur dengan rasa terkejut yang aku alami tadi.

“Alaa. Manalah aku nak tahu ada problem dekat set. Ada sorang pelakon ni ayah dia jatuh sakit masa kitorang tengah shooting. Dia pun mintalah postpone scene yang dia shoot tu. Abang Amin kan director paling penyayang seantero dunia. Dia pun suruh lah krew balik rest kat rumah dulu. Lagi pun scene lain semua guna pelakon tu juga. Mana boleh teruskan shooting kat sana,”ujar Shaz.

Aku mengangguk-angguk mendengar penjelasan Syaz. Aku sendiri dah masak dengan asam garam bekerja dalam production house ni. Syaz bekerja sebagai penolong pengarah. Dia juga bekerja dengan production house yang banyak menggunakan skrip-skrip yang aku tulis.

Kadang-kadang projek yang aku dapat pun melalui dia. Shaz kata penulisan skrip aku lebih santai dan mengikut peredaran zaman. Mudah kiranya untuk semua peringkat usia faham dengan penyampaian skrip aku.

Bila aku dan Syaz serumah, memang kebanyakan topik yang diborakkan kami pun mengenai drama, krew dan produksi. Kadang tu gosip artis pun aku tahu daripada Syaz dulu sebelum tersebar di media. Boleh tahan kaki membawang juga kami ni. Haha! Biasalah tu. Dunia hiburan kalau tak sunyi dengan kontroversi, hambarlah weh!

“Habis tu bila kau kena sambung shooting dekat Pulau Perhentian tu lagi?”

Aku capai bantal seraya memeluk dengan selesa. Lenguh rasanya pinggang selepas memandu lebih 3 jam.

“Tu aku tak pasti lagi. Kena tunggu green light untuk sambung shooting. Lepastu aku kena reschedule balik lah setiap scene tu,”jawab Syaz.

Aku angguk lemah. Mata aku pun dah terpejam. Tapi otak masih mampu menghadam kata-kata Syaz yang menerobos masuk ke dalam telinga aku.

“Eh, Leen. Macam mana balik kampung? Best tak?”tanya Syaz.

Aku angkat ibu jari tinggi dengan posture badan yang masih sama. Tak larat buka mulut weh!

“Ish, Leen. Kau naik lah mandi dulu. Lepas tu kau masuk tidur. Penat sangat kau ni. Nanti dah bangun kau turunlah makan,”arah Syaz.

Aku buka mata sedikit. Perlahan-lahan aku bangun. Beg tangan dan beg pakaian aku capai.

Sempat mata aku menangkap reaksi Syaz yang tergeleng-geleng merenung aksi aku yang serupa zombie hilang tenaga. Siapa suruh awal-awal kau terkejutkan aku, Syaz. Kan dah hilang semangat kawan kau ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience