Bab 7

Romance Series 7590

Aku masuk ke dapur dengan riang-rianya. Macam mana tak riang, dari tingkat atas lagi sudah terhidu bau wangi semerbak bahan tumisan di dalam kuali.

Terasa lama juga aku tidur hari ni. Sebaik sahaja naik ke tingkat atas tengah hari tadi, aku terus mandi, solat zohor dan tidur.

Usai masuk waktu asar, Syaz kejutkan aku untuk solat asar. Nak bangun tak larat. Nasib baik aku gagahkan diri juga. Lepas solat, mata aku sekali lagi tak boleh tahan rasa mangantuk.

Entah makhluk ghaib mana yang suka bertenggek dekat mata aku ni, sampaikan nak buka pun payah. Sekali lagi aku rebah di atas katil. Nasib baik sebelum maghrib lagi aku dah terjaga daripada tidur. Terus aku membersihkan diri.

Sementara menunggu waktu maghrib, sempat aku menelefon emak di kampung. Semua kisah dalam perjalanan tadi aku ceritakan pada emak, kecuali part aku tidur sampai lewat petang tadi. Kalau emak tahu, habislah aku kena dengar bebelan panjang emak. Aku tak sanggup tau! Kau sanggup?

“Wahh, sedapnya bau!” aku tersengih-sengih sambil masuk ke ruang dapur.

Leher sengaja aku panjangkan untuk meninjau menu di dalam kuali yang mampu membuatkan seluruh urat nadi aku menjadi segar bugar.

“Hikhik, menu kiterr malam ni simple jerr,” Syaz tergelak gedik dengan suara yang sengaja dimanjakan. Jemari kirinya diletakkan di atas bibir. Gaya gedik yang dibuat-buat. Mengada-ngada pulak dia!

Perasanlah tu bila kena puji. Haih kawan aku sorang ni. Tapi memang Syaz masak sedap pun.

“Baling dengan air ni kang!”sengaja aku ugut walaupun aku tahu dia bergurau. Aku pun sengaja mengacah juga. Dia terus ketawa. Tak jadi teruskan aksi gediknya.

Aku telan air liur melihat lauk ayam goreng cili yang sudah disendukkan ke dalam pinggan hidangan. Sedapnya! Sayanglah kau Syaz.

“Dah, dah. Jom kita makan. Muka kau pun dah kebulur sangat dah aku tengok!”

Gaya kami bergurau memang nampak ganas. Tapi biasalah, aku dengan Syaz dah berkawan lama. Sejak zaman universiti lagi.

Lagi pun Syaz memang brutal orangnya. Setakat maki hamun oleh pengarah, bertengkar dengan krew produksi, berdebat dengan para pelakon yang kekwat, dia dah lali.

Dalam aku rancak berborak sambil menjamu selera, telinga aku menangkap bunyi nada dering telefon bimbitku. Pantas aku membersihkan tangan sebelum mencapai handphone.

“Assalamualaikum. Yes, Abang Amy,”sapa aku setelah melihat nama si pemanggil.

“Leen.. you tengah busy ke?”tanya penerbit produksi Jumbo Picture yang terkenal dengan panggilan Abang Amy di hujung talian.

“I tengah makan, Abang Amy. Kenapa ye?”

Syaz hantar isyarat tanda tanya pada aku dengan riak wajah berkerutnya. Aku cuma angkat bahu.

“Abang Amy ada nak offer Leen untuk tulis skrip satu filem ni. Kalau Leen minat, esok datanglah office Abang Amy. Kita discuss dulu. Kalau Leen setuju nanti, kita sign contract. Amacam?”

Aku angkat kening. Sempat mengerling Shaz yang enak menjamu selera.

“Okaylah macam tu, Abang Amy. Dalam pukul 11 pagi esok Leen datang office ye,”balasku.

“Good good.”

Usai memutuskan talian, aku meletakkan handphone di tepi sebelum menyambung makan.

“Abang Amy offer project ye?” Tanya Syaz.

Aku mengiyakan.

“Filem baru.”

Dia mengangguk faham.

“Macam mana kau kat kampung? Best tak?”tanya Syaz.

Aku senyum teruja.

“Seronok sangat. Semua kakak-kakak aku balik kampung. Nasib tak roboh je rumah mak aku tu. Riuh semacam.”

Syaz tergelak.

“Biasalah tu. Aku risau jugalah kau dah balik kampung, lepas tu tak nak balik sini dah. Mana tahu jumpa jodoh dengan orang sekampung.”

Aku jeling muka tak bersalah milik Syaz.

“Kalau dah jumpa jodoh kat sana, aku tak ada sedap makan ayam goreng cili kau ni, Syaz. Mesti aku dah keluar pergi dating. Kau punya soalan ni mengundang sangat kan”saja aku tak mahu kalah.

“Wah wah.. choii! Aku jamin kalau kau dah kahwin nanti pun, kau tetap cari ayam goreng cili aku ni. Sedap dia, perghh mengancam!”balas Syaz.

Aku buat-buat tak layan. Syaz kalau part naik bakul angkat sendiri, dia sorang je juara bertahan!

“Kenapa ramai sangat orang tanya pasal jodoh aku ni? Aku ingatkan soalan ni habis kat kampung je, balik sini kau pun sibuk nak tanya pasal jodoh aku.”

Aku topang dagu dengan tangan. Mulut sengaja aku muncungkan.

“Haaa.. Tu maksudnya jodoh kau tak lama lagi lah tu nak sampai. Hah, ke kau nak aku kenalkan kau dengan sepupu Haziq?”

Pandai-pandai saja Syaz nak aku berkenalan dengan sepupu teman lelaki dia. Entah macam mana lah perangai orangnya. Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat!

“Aku tak minatlah, Syaz,”balasku malas.

Jemari mula memicit-micit kepala.

“Ishh, kau dengar aku cakap dulu. Sepupu dia ni bagus tau. Kerja pun helok. Condition dia baik punya. Kalau kau tengok sekali, mesti kau setuju tanpa berfikir panjang,”

“Eiii kauu nii!!!”

Pantas tangan aku mengetam pipi Syaz. Malasnya aku bila assistant director bertukar kerja jadi match maker ni! Meluat tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience