Bab 11

Romance Series 7590

Aku kerling jam di tangan. Sesekali aku berpaling ke arah pintu pejabat. Hari ini aku ada temu janji dengan seorang Pensyarah Fakulti Undang-undang. Temu janji ni berkait dengan penyelidikan aku untuk skrip filem terbaru arahan Abang Amy.

Sebaik sahaja tiba di ruang pejabat itu tadi, terus aku suakan bussiness card kepada wanita di kaunter pejabat. Nasib baik wanita itu sedia maklum dengan kehadiran aku hari ini. Kalau tidak, aku nak beritahu nama pensyarah yang aku nak jumpa pun aku tak tahu.

Ini semua salah Abang Amy. Abang Amy yang pandai-pandai set-up temu janji untuk aku, tapi dia sendiri pun lupa nama penuh pensyarah itu. Sudahnya aku bukan rasa nak tepuk dahi sendiri, tapi rasa nak tepuk dahi Abang Amy.

“Cik Aileen, you boleh turun ke ruang lobi. Doktor tunggu you dalam kereta dia.”

Wanita di kaunter tadi muncul semula. Aku terpinga-pinga seketika. Namun, akhirnya aku turun juga.

Keluar sahaja dari perut lif, mata aku terus tertancap pada sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam yang terparkir di ruang parkir utama lobi. Tatkala aku semakin hampir dengan kereta itu, tiba-tiba cermin kereta bahagian penumpang hadapan dibuka dari dalam.

“Aileen,”panggil insan di dalamnya.

Jelas aku terkejut melihat wajah itu.

“Harraz,” itu saja yang mampu keluar dari mulut aku. Terjumpa lagi dengan Harraz. Kecil betul dunia ni.

“Jom kita minum dulu,”ajaknya selamba. Aku terkaku seketika.

“Tak boleh. Leen ada kerja,”pantas aku mencipta alasan.

Harraz ni sesuka hati pula nak ajak aku minum. Dari mana dia muncul pun aku tak tahu.

Wajah dan senyuman sinis Dhia tempoh hari serta-merta terbayang-bayang dalam fikiran.

“Kita nak minum sambil kerjalah ni, Leen,”dia ketawa kecil. Matanya masih memandang aku.

Aku diam. Fikiran aku masih tak dapat hadam. Macam mana pula boleh muncul si Harraz ni di saat-saat aku sedang mengejar masa.

Barangkali jelas ketara muka aku yang keliru dalam retina matanya. Malah aku masih kaku berdiri merenung wajah Harraz. Ya, sebab aku memang tak faham. Apa pula urusan kerja aku dengan Harraz?

“Hari ni awak ke sini sebab ada appointment dengan saya, Leen,” ujarnya lagi.

Kata-kata Harraz kali ini membuatkan fikiran aku seratus peratus mengerti. Ohh.. kenapa tak cakap awal-awal? Punyalah pening aku berfikir. Rupa-rupanya pensyarah yang aku tunggu dari tadi adalah Harraz ke? Kebetulan apakah ini?

“Ohh, it’s you Harraz. Dr Harraz?”aku bagaikan baru menyedari apa yang berlaku. Lambatnya otak aku berfungsi hari ini.

Salah Harraz juga! Menunggu dia punya lama sampaikan perut aku pun dah lapar. Itu yang sel-sel otak lambat berfungsi.

“Ya, Leen. Jom kita bincang di luar. Saya tak breakfast lagi ni,”ajaknya lagi.

Ini bukan waktu makan breakfast dah. Ni dah masuk Lunch.

“Kereta Leen?”soalku.

“Naik kereta saya sajalah. Balik nanti saya drop awak kat sini,”ujar Harraz.

Kali ini aku terus menuruti kata-kata Harraz. Pintu kereta aku buka, seraya memboloskan diri ke dalam perut kereta miliknya.

“MACAM mana Abang Amy kenal Harraz?”soalku selepas pelayan yang mengambil pesanan kami berlalu pergi.

Akhirnya persoalan yang sejak tadi bermain di minda, aku lontarkan.

Harraz menyinsing lengan bajunya seraya meletakkan siku di atas meja.

“Abang Amy kenal dengan one of the lecturer kat Universiti tu, pensyarah dari Fakulti Bahasa Inggeris dan Komunikasi. Dia yang kenalkan saya dengan Abang Amy. Dia tanya kalau saya boleh cooperate dengan script writer filem terbaru dia,”Harraz bercerita.

Aku mengangguk faham.

“Kiranya Harraz memang okaylah?”tanya aku.

Pelik juga bila Harraz mahu membantu, sebab tak semua orang ada masa untuk diluangkan dalam urusan penyelidikan macam aku. Tambahan pula orang bekerjaya seperti Harraz. Waktunya juga pasti terhad.

“Saya okay, Leen. Tambah pula bila saya tahu siapa script writernya. Mestilah saya nak tolong kawan.”

Dia senyum. Aku mengangguk faham.

Selesai menjamu selera, aku memulakan perbincangan dengan Harraz. Banyak juga yang dia terangkan pada aku. Antaranya berkaitan silibus untuk kursus yang diajar, perwatakannya sebagai tenaga pengajar dan cara dia mengendalikan masalah pelajar.

Ketenangan yang terlihat pada raut wajahnya semasa memberi penerangan pada aku juga menggambarkan kesabarannya sebagai seorang pensyarah.

“Leen tak balik kampung?”soalnya sebelum menyisip perlahan air kopi di cawannya.

Aku mula menutup buku nota yang aku gunakan untuk membuat catatan tadi, seraya memasukkannya ke dalam beg tangan.

“Leen memang nak balik, cuma tengah sibuk sikit sekarang. Tengoklah macam mana nanti. Mungkin bulan depan Leen balik,”jawabku.

Dia hanya mengangguk

“Apa-apa Leen nak tanya nanti, boleh terus call Harraz okay,”ujar Harraz.

Aku mengiyakan, namun spontan itu aku teringatkan sesuatu. Terus aku hulurkan handphone aku pada dia.

“Nak nombor Harraz boleh?”walaupun macam tak malu, tapi aku buat selamba saja.

Dia juga yang suruh aku call dia kalau ada soalan. Nak call macam mana kalau nombor pun tak ada.

Mujur Harraz tak banyak bicara. Selepas dia menaip nombor telefonnya, dia tekan butang call. Tak lama kemudian, handphonenya pula berbunyi. Ewah! Nombor aku pun kau nak juga! Tapi tak apalah, kira halal.

Selesai menyimpan nombor telefon bimbitnya, aku mengajaknya pulang. Banyak lagi urusan aku yang belum selesai!

p/s: Hi, readers! Terima kasih sebab setia menunggu dan membaca novel ni. I’ll try to keep consistent updating the chapter of this novel. Hehe. Maaf atas kelewatan. So, selain daripada korang nak I update laju-laju, so far apa feedback korang berkenaan jalan cerita setakat ni? Cuba share sikit apa yang korang suka dengan novel ni? Mana tahu, I semangat sikit nak update 5 chapter in a day kan. Hehe who knows ;p

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience