Bab 9

Romance Series 7590

“Everybody standby. Standby to roll montage.. Roll montage,” kedengaran suara pengarah studio memberi command dengan nada sedikit tinggi kepada semua krew terlibat. Suara tersebut akan didengari oleh semua krew melalui headphone yang dipakai mereka.

Dalam Master Control Room itu, aku sebagai penerbit eksekutif merangkap penulis skrip program ini duduk bersebelahan pengarah studio sambil memegang skrip.

Walaupun ini kali kedua aku bekerjasama mengendalikan program bual bicara seperti ini, tetapi kegugupan setiap kali bersiaran tetap ada.

Rancangan ini akan mengupas isu-isu berkaitan Majlis Perkahwinan Raja Sehari. Kalau hari ini, topik yang dibincangkan adalah berkenaan Busana Pengantin 2021.

Pandai pula buat rancangan tentang perkahwinan, tapi penulis skripnya malas pula nak fikir soal jodoh. Apa-apa sajalah!

Tak lama kemudian kedengaran lagi suara pengarah studio mengeluarkan command.

“Standby 10 second to invite the guest on stage. 10 second..9..8..7..6..,5 second,..4..3..2..1, Invite the guest on stage!”

Selepas pengacara menjemput tetamu undangan untuk naik ke pentas, semua mata mula tertumpu ke arah ruang masuk belakang pentas, termasuk lensa studio camera yang membuat rakaman.

“She’s very amazing, Leen,”

Kak Jay, penerbit rancangan ini sempat memuji tetamu undangannya di telinga aku. Memang harini agak lain dari hari sebelumnya sebab aku tak sempat kenal dengan tetamu jemputan kali ni.

Mana tidaknya, sepanjang hari ini aku sibuk menguruskan beberapa perkara yang belum selesai. Langsung aku tak ambil bahagian dalam sesi suai kenal bersama-sama tetamu. Waktu pun sangat terhad. Tambahan pula tetamu undangan episod kali ini ditukar oleh Kak Jay pada saat-saat akhir.

Semua urusan berkaitan jemputan dan skrip kali ini juga diubah oleh Kak Jay memandangkan aku agak sibuk dan dia pula mahu membantu. Aku membalas kata-kata Kak Jay dengan anggukan dan menumpukan perhatian pada skrin di hadapan.

Aku tahu tetamu yang dijemput oleh Kak Jay semestinya hebat-hebat belaka. Taste Kak Jay sememangnya tahap international sahaja.

Headphone yang diselak Kak Jay sebentar tadi, aku lekapkan semula di telinga.

Tatkala mendengar tepukan gemuruh dari kumpulan penonton, aku mencari screen yang memfokuskan wajah tetamu undangan tersebut.

Sebaik sahaja terpandangkan raut muka milik tetamu itu, aku terkesima sebentar. Wanita yang memiliki rambut ikal mayang itu dengan sopan melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan sofa pengacara dengan senyuman manisnya.

Aku selak semula skrip pengacara di tangan pada bahagian yang memperkenalkan gerangan si tetamu sebentar tadi.

Dhia Aurelia.

Serta merta ingatan aku teringat kepada wanita yang aku jumpa bersama-sama Harraz tempoh hari.

“Hi, I’m Dhia. Who’s this?”

Betullah apa yang aku teka. isteri Harraz yang dijemput untuk episod kali ini. Hebat rupanya isteri Harraz ni. Pereka Busana Pengantin yang banyak mengharumkan nama Malaysia dengan rekaan pakaiannya di luar negara. Mungkin dia terkenal. Cuma aku saja yang tidak kenal dengan nama dan wajahnya itu.

Gaya dia memberi penerangan sepanjang bersiaran pun agak profesional. Malah dia juga mempunyai aura yang boleh mempesonakan semua mata memandang.

Selepas program tamat, aku mula bersiap-siap untuk pulang. Kak Jay ada mempelawa aku menyertai acara makan malam dengan tetamu undangannya. Tapi aku tolak dengan baik.

“I nak kena baliklah, Kak Jay. Letih sangat ni. Nanti I suruh Ita ikut you makan ya,” aku menawarkan Ita, pengurus produksi untuk menemaninya.

Nasib baik Kak Jay tak banyak songel dan Ita bersetuju. Kalau tidak, rasanya aku bermalam dalam kereta saja sebab tak larat nak memandu pulang. Sudahlah kaki aku ni rasa bagai nak tercabut. Penat sungguh!

Saat aku menolak pintu untuk keluar ke bahagian lif, aku terdengar bunyi kasut tumit tinggi seseorang yang juga mendekati bahagian itu.

“Hai, Aileen,”sapa seseorang. Aku yang sedang leka melihat handphone, pantas menoleh ke arah suara itu di sebelah.

Dhia sedang tersenyum di sebelah aku.

“Hai, Dhia. Jumpa lagi kita,”ayat berbasa basi.

“Yeah. Kuat pula jodoh kita. Terserempak banyak kali ni orang kata jodoh kuat. Mungkin kita patut jadi bestfriend kot. Tak gitu, Aileen,”dia masih dengan senyumannya itu.

Tapi ada kelainan pada nada suaranya yang membuatkan aku cuak sendiri. Macam ada maksud tersirat.

Tiba-tiba aku dengar dia ketawa.

“I gurau je lah, Aileen. By the way, you kerja sini ke?” Tanyanya. Dari senyuman sinis, kini bertukar senyuman ceria. Aku pula yang confuse, tapi aku layankan juga walaupun penat.

“I kerja untuk talk show yang you attend as a guest tadi,” balasku.

“Oh, really? What a small world. Tak sangka pula,”

Kenapa aku rasa wanita ini sengaja berpura-pura teruja. Pandangannya juga seakan menyimpan satu perasaan yang tak pasti kepada aku. Macam perasaan marah! Tapi marah kerana apa?

Aku kerling lif di hadapan. Lambat pula pintu lif ni nak sampai ke aras 8. Aku dah naik lenguh ni.

“Dah lama you kenal Harraz?”pertanyaannya menyimpang dari topik yang tadi.

“Sejak kecil,” Aku mengerling reaksi dia. Dia marah sebab aku berbual dengan Harraz di pasaraya tempoh hari ke?

“I see. You suka Harraz?”Soalannya kali ini buatkan aku terkedu. Aku kerling nombor di atas butang lif sekali lagi.

“Puan Dhia, I dengan Harraz kawan sekampung saja. Tak lebih dari kawan,”balasku sambil memandang wajahnya.

Risau pula kalau aku dituduh wanita perampas suami orang.

“Baguslah macam tu,Aileen. You tahu jelah, zaman sekarang ni perempuan pun tak boleh percaya sangat. Suka caras sana sini. Tapi… you bukan perempuan macam tu kan,”kali ini aku betul-betul rasa meremang tengkuk.

Perwatakan Dhia di hadapan aku ini bukan seperti Dhia yang aku lihat dalam screen tadi. Kini gayanya seperti orang yang ada masalah mental.

Aku cuma menggelengkan kepala. Tatkala pintu lif terbuka, cepat-cepat aku melangkah masuk. Kemudian, aku mengerling Dhia yang masih kaku di kedudukannya memerhatikan aku.

“You tak nak masuk?”aku mempelawa biarpun aku mengharapkan penolakannya.

“Tak apa, Aileen. You pun nampak tak sabar tu,” dia gelak kecil.

Aku ketap bibir. Kemudian menekan butang G sebelum pintu tertutup. Perempuan Psiko!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience