Bab 5

Romance Series 7590

Riuh suasana makan tengah hari dengan ragam adik beradik, ipar duai dan anak-anak saudara aku. Pernah emak kata suatu ketika dahulu, anak emak rasanya baru tiga orang tapi bisingnya bagaikan tiga puluh orang. Ditambah dengan ragam cucu-cucu emak yang berebut tempat duduk, lagi tak menahan.

“Tambah lagi, Harraz. Jangan segan-segan,”pelawa abah. Harraz cuma mengiyakan.

Aku yang sedang mengunyah makanan hanya mendengar.

“Leen, tambahkan lagi lauk dekat pinggan Harraz tu. Sikit sangat lauknya tu,” pinta abah.

Aku yang kebetulan duduk di sebelah Harraz terus tersentak. Pinggan berisi lauk ayam masak merah aku gapai. Sebelum mencedok ayam, aku memandang wajah Harraz.

“Banyak ni okay tak?”tanya aku. Dia mengangkat wajah memandang aku. Kepalanya mengangguk.

Pantas seketul ayam aku letakkan ke dalam pinggannya. Kuah ikan masak lemak tempoyak, aku sudukan ke atas nasinya sedikit. Kemudian sayur bayam tumis aku letakkan ke dalam pinggan Harraz. Biar abah berpuas hati melihat isi kandungan pinggannya. Kalau tidak, habis terbantut aktiviti aku yang sedang makan.

“Makan banyak-banyak lagi Harraz. Lauk ayam ni Aileen yang masak,”ujar emak sambil tersenyum lain macam.

Aku kerut kening. Kata-kata emak bagaikan hendak menaikkan saham anak sendiri. Fuhh!

“Sedap, Leen,”ucap Harraz sambil mengerling aku di sebelahnya. Aku hanya mampu tersenyum hambar.

Usai makan tengah hari, aku duduk di hadapan tv. Tiba-tiba Alisa merengek mencari Kak long yang masih di dapur. Ragamnya begini selalunya kalau dia mengantuk hendak tidur. Tubuh kecil Alisa segera aku pangku dan peluk. Rengekannya beransur perlahan tatkala aku menepuk badannya sambil menggumam zikir.

“Kerja macam mana?” satu suara menegur aku yang sedang menonton siaran ulangan Maharaja Lawak Mega di Astro Warna.

Harraz melabuhkan punggung di atas sofa tidak jauh dari tempat aku duduk.

“Biasa je, Harraz. Leen jadi freelance scriptwriter. Ada projek ada lah duit, tak ada projek tak ada lah duit. Lainlah orang tu. Kerja setiap bulan masyuk je. Kan, Dr Harraz?”

Harraz menyambut kata-kata aku dengan senyuman.

“Mana ada, Leen. Kerja makan gaji juga,” Harraz masih merendah diri.

Balik dari Majlis Kenduri Kesyukuran di rumah Mak Cik Hasna semalam, emak ada berbual dengan abah di dalam kereta. Kata emak, Harraz belajar sehingga ke peringkat PHD dalam jurusan undang-undang di Turki. Kemudian, dia mendapat tawaran mengajar di universiti dalam negara tersebut. Dahsyat juga!

“Kalau Leen enjoy dengan kerja Leen sekarang, okaylah tu. Bila kita minat, hati kita pun ikhlas nak bekerja. Bila kita ikhlas, Allah akan berkat. Tu nanti rezeki Leen semakin bertambah,”ucapnya. Aku cuma senyum. Pandai dia menyusun ayat.

Patutlah mamat ni jadi pensyarah. Pandai berkata-kata sekarang. Sikapnya juga sentiasa merendah diri, walaupun dia jauh lebih hebat dari aku yang kerdil ni.

“Leen balik kampung naik apa?”tanya Harraz. Aku betulkan duduk. Wajahnya aku pandang sekilas.

“Leen drive sendiri naik kereta,”jawabku. Kami terdiam seketika. Aku sendiri pun tak tahu hendak membuka topik apa.

“Bila balik KL?”tanyanya.

“Lusa, hari sabtu. Leen gerak pagi. Kalau lewat, abah bising nanti. Leen masuk dulu ye. Nak letak Alisa tidur kat dalam,”aku ingin mengundur diri.

“Err, Leen. Kalau nanti Leen nak balik kampung ke, Leen beritahulah. Boleh kita balik kampung sekali. Lagi pun, yelah bahaya Leen memandu jauh sorang-sorang,”ujarnya sambil turut sama bangun dari sofa. Aku yang sudah berdiri sambil menggendong alisa sedikit terkejut dengan kata-kata dia.

Gila nak balik kampung dengan Harraz? Aihh, tak nak aku. Nanti tak pasal-pasal abah jerut leher aku kalau tahu aku berdua-duan dengan Harraz. Abah bukan boleh tengok lelaki dan perempuan rapat-rapat ni.

Walaupun Harraz kawan aku tapi bagi aku dia tetap sama macam lelaki lain.

“Tengoklah macam mana nanti, Harraz,” aku hanya memilih jalan selamat. Pantas aku berlalu masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience