Bab 2

Romance Series 7590

Malam itu emak mengajak aku ke majlis kesyukuran anak Mak cik Hasna. Awalnya aku malas, tapi mengenangkan malam itu hujan turun renyai-renyai, angin pun lain macam bunyi deruannya, aku bersetuju juga nak pergi.

Lagipun mata abah kurang jelas penglihatan nak memandu dalam hujan, ditambah dengan kegelapan malam begini. Nak harapkan adik-beradik lain, aku tak sampai hati. Masing-masing nampak sibuk melayan kerenah anak-anak. Aku yang masih single ni kenalah beralah. Letih pun letihlah!

Aku berhias ala kadar. Nasib baik dalam almari masih ada baju kurung yang tampak elok dan boleh dipakai. Waktu yang suntuk ditambah dengan ajakan emak yang last minute kata orang putih, cukuplah baju kurung berbunga ungu ini untuk aku gayakan malam ini.

Tudung bawal berwarna nude aku padankan dengan gaya lilitan paling simple. Aku cuma calitkan bedak dan lipstick sedikit. Cukup untuk mengelak wajah aku dari kelihatan pucat.

Mujur rumah Hajah Hasna agak luas dan banyak ruang. Baru saja kami tiba ke rumahnya, hujan turun semakin menggila. Dek kerana malam itu majlis diiringi kilat dan hujan lebat, majlis diadakan di dalam rumah saja. Khemah yang sepatutnya menjadi tempat jamuan, dijadikan tempat orang kampung memarkir motorsikal mereka.

Majlis malam itu tetap berjalan lancar dan meriah. Keluarga Hajah Hasna kebanyakannya aku kenal. Anak sulungnya, Haikal, senior aku semasa di sekolah menengah dulu. Majlis perkahwinannya dulu aku tak dapat datang. Tapi malam itu sempat aku berbual dan berkenalan dengan isterinya, Fiya. Kini perutnya tampak sarat mengandungkan anak sulung mereka. Dalam kepayahan dia bergerak, masih lagi ramah melayan dan berborak dengan para tetamu.

Anak kedua Hajah Hasna, Harraz, setahu aku dia baru pulang ke Malaysia. Selama ni dia belajar dan mengajar di Turki. Aku pernah berkawan dengan dia. Lama juga kami tak jumpa. Bila dah besar ni biasalah, masing-masing bawa haluan sendiri. Aku pun sibuk dengan hidup aku.

Ada juga aku mencari bayang dia semasa majlis berlangsung tadi. Tapi wajahnya langsung tak kelihatan. Mungkin dia ada di ruang tamu depan. Ruang tempat duduk wanita yang agak terpisah membataskan penglihatan aku untuk mencari susuk tubuh dia.

Kata emak, anak bongsu Hajah Hasna seorang perempuan. Cuma aku tidak kenal yang mana satu gerangan orangnya. Mungkin ditenggelami dengan tetamu yang hadir malam itu. Kalau aku lihat raut wajahnya mesti aku kenal.

“Ini anak yang mana, Aisyah?”seorang wanita seusia emak yang sedari tadi tertoleh-toleh memandang aku akhirnya membuka mulut. Aku tarik senyum nipis.

Lama juga aku perhati riak wajahnya dari tadi, berkerut-kerut bagaikan ada yang ingin diluahkan.

“Anak saya yang bongsu, Yam,”balas emak. Sekali lagi aku balas senyuman wanita itu apabila pandangan matanya sekali lagi meleret ke arahku.

“Lawa betul. Makin besar panjang, makin cantik. Dah lama tak nampak anak-anak kamu, Syah. Dulu kecik-kecik selalulah nampak. Dah besar ni, jarang betul jumpa,”ujarnya ramah.

“Yelah, Yam. Masing-masing duduk luar negeri. Kalau balik kampung pun sekejap aje. Sibuk kerja,”aku cuma tadah telinga. Perbualan orang tua tak manislah aku mencelah.

Aku meminta diri ke dapur. Tekak terasa dahaga. Gaya emak bersembang nampaknya macam lama lagi kami akan pulang. Lagi pun masa makan tadi aku tak meneguk air. Jarang aku makan berselang dengan minum.

Mata aku melilau mencari gelas. Rumah Mak Cik Hasna mungkin dah kehabisan gelas di dapur. Atau mungkin masih ada yang tersimpan di dalam kabinet, cuma aku yang tak berani geledah.

Dalam aku berkira-kira mahu beredar, mata aku terpandangkan kelibat seorang lelaki masuk ke dapur sambil menggendong bayi sedang menangis.

Matanya seperti mencari sesuatu di atas kabinet dapur. Kalut gayanya. Perhatian aku terus teralih melihat gelagat lelaki itu. Sambil mencari sesuatu, tangannya menepuk-nepuk punggung si bayi. Cuba menenangkan anaknya itu barangkali.

Kemudian aku lihat dia menggapai tin susu di sebalik jug atas kabinet. Mungkin tin susu itu yang dicarinya sedari tadi. Lebih menarik perhatian apabila melihat lelaki itu membaca lama label pada tin tersebut.

Aku tersentak tatkala lelaki itu tiba-tiba menoleh ke arah aku. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Apa benda kau ni, Aileen. Jangan menyibuk urusan orang boleh tak. Baru saja aku ingin melangkah pergi, lelaki itu tiba-tiba bersuara.

“Awak pandai buat susu baby?”soalnya pada aku.

Aku angkat kening. Pernah aku buat susu untuk Alisa sebelum ini.

“Tahu lah juga,”balasku.

Aku pandang wajah lelaki itu. Raut mukanya macam aku pernah lihat. Mak cik Hasna ada anak lelaki lagi ke?

“Boleh tolong bancuhkan sebotol?”tanyanya lagi. Riak wajahnya bagai mengharapkan persetujuan daripada aku. Lagipun cuma aku satu-satunya insan yang ada dalam dapur ni.

Aku mengangguk seraya menghampiri kabinet dapur. Botol susu bersaiz kecil aku capai. Dalam aku ralit menuang susu formula ke dalam botol, sempat otak aku berfikir yang bukan-bukan.

Ada jugak rupanya ayah yang tak reti bancuh susu untuk anak dalam dunia ni. Ni mesti kes jarang tolong isteri jaga anak di rumah agaknya. Sempat aku mengutuk dalam hati.

Selesai merasa suhu air susu yang aku bancuh, botol di tangan aku hulurkan pada lelaki itu semula. Dia pantas menyambut. Bibirnya menggumam bismillah sebelum memasukkan puting botol ke dalam mulut bayi itu.

Tatkala bayi dalam kendongannya mula diam menikmati air susu buatan aku, aku tarik senyum nipis. Tiba-tiba malam ni aku jadi pembancuh susu tak bertauliah.

Pandangan lelaki itu menuntas ke wajah aku semula. Kali ini bibirnya mengukir senyuman.

“Terima kasih, Aileen,”ucapnya.

Aku tergamam.

Aileen?

A

Share this novel

Stella@Tilla
2020-11-08 14:04:26 

cerita best..


NovelPlus Premium

The best ads free experience