Bab 8

Romance Series 7590

“Macam mana, Leen? Leen okay tak dengan storyline filem ni?”

Aku tarik nafas sambil mengerling sinopsis yang diberi oleh Abang Amy. Baru sahaja tadi Abang Amy terangkan serba sedikit gambaran filem baru ini. Not bad!

“Okay, abang Amy. Storyline pun tak lari sangat dengan trend terkini yang penonton suka. Jalan cerita dia pun padat dengan mesej. Love story yang tak kosong. Menarik!” Jawabku.

Abang Amy tersenyum lebar. Sejak aku jadi penulis skrip, Abang Amy antara penerbit yang mempercayai hasil karya tulisan aku.

“Baguslah kalau macam tu. Dateline yang Abang Amy bagitahu tu okay ke? Ada bertindih dengan program lain tak?”tanya Abang Amy.

“Okay, Abang Amy. Lagi pun date dia agak jauh dengan program yang Leen kena handle sekarang. So, rasanya tak ada masalah untuk Leen tulis skrip ni,”balasku.

Skrip drama yang aku sedang tulis pun semakin hampir untuk selesai. Talk show yang aku kendalikan pula dua minggu depan sudah nak dirakamkan. Kemudian aku sudah boleh fokus dengan skrip baru ini.

Abang Amy mengangguk puas hati.

“Macam yang Leen tengok, kebanyakan unsur dan mesej yang kita nak sampaikan ni banyak berkait dengan undang-undang. Even watak utama pun Abang Amy harap Leen boleh buat research yang cukup untuk dapatkan gambaran dia sebagai pensyarah dan pelajar undang-undang ni ya,”pesannya. Aku angguk faham.

“Leen siap kan dulu skrip ni. Nanti macam biasalah, kita akan meeting dengan krew dan pelakon,”ujarnya. Aku mengiyakan.

USAI bertemu dengan Abang Amy, aku ke Pasaraya Aeon dalam Mid Valley Megamall. Rasanya stok bahan makanan di rumah sudah semakin berkurang.

Kebiasannya Syaz akan serahkan tugas membeli barang keperluan dapur kepada aku. Alasan dia sebab aku lebih cekap. Sebenarnya taklah cekap mana.

Tapi mungkin sebab aku selalu periksa mana yang kurang dan mana yang lebih di dalam peti sejuk dan kabinet, maka dalam kepala aku dah terangka apa saja yang harus aku beli.

Kalau Syaz pula dia suka memasak, tapi jarang pula ambil tahu bab-bab barang dapur ni. Kalau waktu dia nak masak, ada bahan yang tak cukup, barulah dia bergegas ke kedai.

Dalam ralit memilih biskut kegemaran Syaz, tanpa sedar, badan aku tertolak trolley sehingga terkena tubuh seseorang.

“Sorry,”ucapku sambil berpaling ke sebelah.

Terkejut besar aku tatkala terpandang wajah orang di hadapan troli aku. What a coincidence?

“Eh, Harraz!”

Memang tak sangka hari ni aku boleh terserempak dengan Harraz. Lebih mengujakan aku kerana kali ini pertemuan kami di KL.

Dia tarik senyuman sambil membetulkan kedudukan troli aku untuk memberi laluan kepada pengunjung yang melalui kawasan itu.

Fuhh, terima kasihlah adjustkan troli ni Harraz. Sudahlah berat! Penatnya nak tolak.

Paling aku tak suka bila berbelanja, kena tolak troli sendiri. Kalau ada suami mesti senang sikit kan. Aku pilih barang, suami tolak troli. Tak adalah jadi lagi kejadian langgar melanggar ni. Haih, fokus Leen!

“Leen buat apa kat sini?”tanya dia dengan senyuman tidak lekang di bibir.

Aku lihat pakaiannya hari ini agak formal. Baju kemeja dengan seluar slack. Gaya macam nak ke tempat kerja. Namun, lengan bajunya dilipatkan sehingga ke siku, menampakkan gaya santainya. Mungkin sebab dia nak keluar membeli belah.

“Leen nak beli barang dapur sikit. Harraz tinggal kat KL ke?”

“Ya, Leen. Harraz kerja KL sekarang. Sama macam Leen, saja tukar angin,”senyumannya melebar.

Aku cuma senyum membalas kata-katanya. Orang genius katakan, ingatan mestilah kuat.

“Leen sorang je ke beli barang dapur?”soalnya sambil matanya meliar ke sekeliling berhampiran aku.

“Ya. Leen dah biasa berbelanja sorang ni. Harraz pula tak shopping barang dengan wife ke?”aku mengulang soalan dia. Tak ada idea nak bersembang apa.

Belum sempat Harraz menjawab soalan aku, ada seorang wanita muncul berdiri di sebelah Harraz.

“You dah habis pilih ke?”wanita itu merenung wajah harraz sebelum memberi senyuman pada aku.

“Hi, I’m Dhia. Who’s this?” Wanita itu menghulurkan tangan pada aku. Aku jangka ini lah isteri Harraz, melihatkan keserasian mereka.

Cantik juga isteri Harraz ni. Gayanya juga tampak seperti wanita bekerjaya profesional. Cantik dan bergaya.

Harraz tiba-tiba diam. Tadi bukan main senyum sampai ke telinga. Kini senyuman dia kian pudar. Mungkin tergamam dengan kemunculan isterinya. Takut isterinya salah sangka barangkali bila melihat dia berborak dengan aku. Entahlah, manalah aku tahu isteri dia jenis macam mana. Kuat cemburu mungkin!

“Aileen. Saya kawan sekolah Harraz. Tak sengaja terserempak dengan dia kat sini,” aku memperkenalkan diri sendiri sambil menyambut salam wanita itu.

“Ohh, kawan Harraz. Jom kita minum-minum dulu. Boleh kita kenal-kenal lebih rapat,”pelawa wanita itu sambil mengerling Harraz.

Bibirnya masih tersenyum manis bagai ada maksud tersirat. Harraz masih dengan gaya bersahaja.

“Eh tak apalah. Lagipun saya tak habis beli barang lagi. Tak pasti selesai berbelanja ni pukul berapa. Next time, maybe,” aku menolak dengan baik.

Mata aku terpandang renungan Harraz ke arahku. Wajah tenangnya seolah-olah menghantar isyarat yang dia berpuas hati dengan jawapanku itu.

Usai meminta diri, aku berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengan keadaan tadi? Aku rasa tak sedap hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience