Bab 3

Romance Series 7590

Aileen?

Spontan dahi aku berkerut. Macam mana lah lelaki ni boleh tahu nama aku? Aku ni bukanlah famous sangat dalam kampung ni? Balik kampung pun sesekali. Itu pun jarang aku bersembang dengan jiran tetangga di sini.

“Kita pernah kenal ke?”soalku hairan.

Boleh ke tanya macam tu? Ada gaya macam poyo tak? Kalau lepas ni aku dicop ‘minah sombong’, habislah jatuh saham aku. Confirm tak ada orang kampung ni nak masuk meminang!

“Eh, kita memang pernah kenal. Cuma sekarang je awak macam tak kenal kat saya,”balas lelaki itu. Senyumannya seolah-olah suka melihat reaksi aku keliru begitu.

Haih, lelaki ni jangan aneh-aneh sangat boleh tak. Dah tahu aku tak ingat, dia kenalkan diri terus sajalah. Kan senang! Nak main teka-teki sampai kenduri tahun depan pun tak sudah.

“Sorrylah. Saya betul-betul lupa ni,”ucapku.

Dalam masa yang sama, takut juga kalau aku mengguris hati dia. Aku bukan selalu bergaul dengan orang di kampung ni. Kalau bersilih dan berkenalan sekejap tu memang biasa. Tapi nak kenal nama seorang demi seorang, anak si polan si polan, memang aku tak kan ingat.

Haih, ni kalau sekali lagi dia main tarik tali, memang aku akan angkat kaki pergi saja. Bukan susah pun nak kenalkan diri.

Dia tergelak kecil.

“Saya Harraz, Leen. Ingat ke tak Harraz tu siapa?”tanyanya. Ada nada perli di situ.

Harraz? Aik, Harraz yang aku kenal cuma anak Mak Cik Hasna. Takkanlah!

“Ingat lagi tak?”

Soalannya itu membuatkan aku merenung dalam-dalam wajah cerah milik lelaki itu. Ehhhh! Yaa, memang ini raut wajah insan yang aku pernah kenal dulu.

Patutlah aku macam pernah lihat mata lelaki ini. Apa dah jadi? Lelaki di hadapan aku sekarang bertubuh tegap dan lebih kurus, berbeza dengan Harraz yang aku kenal dulu.

“Harraz? Betul ke ni?”aku teruja sendiri.

Dia membalas dengan senyuman.

Harraz yang ini sangat lain dari yang aku bayangkan. Harraz yang dulu tembam, kini tampak lebih kacak dan cengkung sekarang. Tubuhnya juga jauh lebih tinggi dari apa yang aku jangkakan. Patutlah aku tak perasan susuk tubuhnya ketika majlis berlangsung tadi.

“Tak habis lagi ke tengok saya macam tu, Leen. Saya takut malam ni awak mengigau saya je,”aku lantas tersedar tatkala mendengar suaranya.

Senyuman dia makin melebar. Aku gelak kecil. Cuba menutup malu. Tak pasal-pasal dia ingat aku syok pada dia pula nanti. Heh, aku tak ada niat lain tau.

“Sihat ke, Harraz?”sengaja aku ingin memecah tembok gugup. Awkward lah pulak!

Mungkin sebab aku dah lama tak berjumpa dia. Rasanya kali terakhir kami berjumpa kira-kira 10 tahun lepas. Masa tu umur aku baru 18 tahun. Dia pula baru 19 tahun.

Tupp tupp... harini aku berjumpa dia sambil menggendong anak. Entah bila dia berkahwin pun aku tak tahu. Tak pernah pulak emak beritahu aku Harraz hendak berkahwin. Mungkin dia berkahwin dengan gadis Turki agaknya. Fuhh, berita sensasi ni!

“Sihat, alhamdulillah. Lama tak jumpa Leen. Mak kata Leen kerja dekat KL?”senyumannya tak lekang dari bibir.

Aku angguk.

“Aah, Leen kerja sana dah 5 tahun. Saja tukar angin. Kerja dekat Kuantan je bosan jugak,”jawab ku.

Dia hanya mengangguk. Sesekali dia menepuk punggung bayi dalam kendongannya.

“Okaylah, Harraz. Leen ke depan dulu ya. Takut mak cari pulak nanti,”ujarku.

Sebenarnya aku tak selesa berlama-lama dengan dia di dapur ni. Tak manis pulak kalau ada mata yang melihat. Tambah-tambah lagi kalau orang kampung membuat tanggapan yang bukan-bukan. Tak pasal-pasal kena cop jadi perampas suami orang, tak ke niaya je. Nauzubillah!

Baru saja aku ingin beredar. Harraz memanggil nama aku. Spontan aku menoleh ke belakang semula.

“Leen ke dapur ni, ada perlukan apa-apa ke?”soal Harraz. Ohh ya, barulah aku teringat tujuan aku ke dapur sebentar tadi untuk apa.

“Leen nak minum tapi tak jumpa gelas,”ujarku. Dia senyum lagi. Haih, pemurah betul Harraz dengan senyuman sekarang. Kuat bersedekah ni!

Langkahnya tiba-tiba mendekati aku. Aikk! Apasal mamat ni datang ke sini. Aku pandang sekeliling. Mencari kalau-kalau ada gelas berhampiran yang mungkin aku tak perasan.

Rupa-rupanya Harraz ingin buka almari di belakang aku. Satu gelas kaca dikeluarkan sebelum langkahnya menuju ke arah water dispenser coway. Aku hanya memerhati tingkahnya mengambilkan air untuk aku.

Usai air ditadah, dia menghulurkan gelas itu. Pantas aku sambut. Sebaik sahaja kulit tangan aku menyentuh permukaan gelas, terus mata aku mencari wajah Harraz.

“Mana awak tahu saya nak ambik air suam?”tanya aku hairan.

Dia tergelak.

“Leen..Leen. Awak tu manalah suka minum air sejuk atau air kosong biasa. Selalu minum yang ada panas-panas sikit macam ni kan,”balasnya.

Aku terpegun dengan jawapan dia. Kuat juga ingatan Harraz ni. Air yang aku suka pun dia masih ingat.

Memang patutlah orang panggil kau genius, Harraz. Serba-serbi kau pandai. Aku sengih membalas pandangan Harraz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience