Bab 4

Romance Series 7590

Hari ini suasana di rumah emak dan abah agak riuh dengan suara adik-beradik serta ipar duai aku. Usai bersarapan pagi tadi masing-masing tak boleh duduk diam. Ada saja topik yang ingin dibualkan. Kak ngah dan Abang Saiful lagi aku tak boleh tahan. Nama je suami isteri, tapi gaya mereka mengusik sesama sendiri macam nak pecah tingkap rumah abah.

“Saiful ni,mak,”itulah jawapan Kak ngah kalau emak menegur tingkahnya.

Kadang kami tergelak juga melihat aksi mereka. Tapi kadang tu risau pun ada. Gaya mereka bergaduh manja pun ganas bukan main! Nasib baik tak bergusti je depan emak dan abah.

Sementara menunggu Kak Long dan Abang Farid balik dari berbelanja, aku melayan Arisa dan Sara menonton kartun. Arian, masih tidur di bilik emak.

Apabila aku mendengar bunyi enjin kereta di hadapan rumah, terus aku bangun seraya berjalan keluar rumah.

“Mak, Kak Long dah balik dah,” laungku sebelum sampai ke pintu. Saja aku beritahu emak, tanda kami dah boleh mula tugas memasak menu tengah hari.

Namun, sangkaan aku meleset apabila melihat orang yang berdiri di luar rumah rupanya insan lain. Harraz senyum sambil menutup pintu keretanya.

“Harraz.. ada apa datang rumah?”soalku. Terkejut menerima kunjungan dia.

Sempat mata aku mengerling penampilannya. Gaya dia tampak santai hari ini. Tubuhnya tersarung T-shirt kolar berwarna biru dengan seluar jeans berwarna sama.

Dia tarik senyum sambil menunjukkan bekas di tangan.

“Nak bagi kuih lepat pisang dengan pulut panggang ni. Mak ada buat pagi tadi.”

Harraz menghulurkan bekas tupperware berwarna ungu di tangannya. Lantas aku sambut dengan hati yang girang. Kuih kegemaran aku ni!

“Buat susah-susah je datang bagi kuih. Confirm sedap ni!Terima kasih banyak-banyak Harraz,” ucapku. Memang bagi aku kuih Mak Cik Hasna lah yang paling sedap pernah aku rasa.

“Sama-sama kasih banyak-banyak,”jawapan dia buat aku gelak. Loyar buruk pulak mamat ni.

“Harraz balik dululah, Leen. Kirim Salam mak dengan abah Leen,”ujarnya.

Belum sempat aku membalas, ada satu suara muncul dari arah belakang aku.

“Hahh, Harraz. Bila kamu sampai?”Abah sudah berdiri di sebelah aku.

“Baru je pakcik,”Harraz mendekati rumah semula. Mereka bersalaman.

“Leen, apasal kamu tak jemput si Harraz ni masuk? Tak akan berdiri kat luar je kalau iye pun.”

Aaikk, aku pula yang kena sound dengan abah.

Dah Harraz tak kata nak masuk buat apa aku nak paksa dia masuk. Ishh, macam semacam je. Aku ni perempuan pulak tu. Kang dia ingat aku nak mengorat dia pulak.

Aku memandang Harraz yang juga melihat aku.
“Masuklah, Harraz. Minum-minum dulu,” ucapku, bagai dipukau oleh abah.

Harraz melangkah masuk ke dalam rumah, mengikut langkah abah. Eh eh.. tak menolak pula si Harraz ni. Biarlah, malas nak fikir.

Aku cuma tarik senyum nipis tatkala dia menoleh ke arah aku sekilas. Reaksi abah yang mesra bukan main buat aku angkat bahu. Biasalah abah, memang jarang tak suka kalau dapat tetamu.

Aku berlalu ke dapur. Setelah memberitahu emak tentang kedatangan Harraz, aku menghidangkan air teh ‘o’ panas untuk abah, Abang Saiful dan Harraz. Kalau tak buat air, nanti aku juga yang kena marah dengan abah.

Sebelum berlalu, sempat telinga aku menangkap pelawaan abah kepada Harraz untuk makan tengah hari di rumah kami. Tidak lama kemudian, emak pun menyuruh Harraz makan tengah hari bersama-sama kami. Nak pulangkan tupperware Mak cik Hasna dengan lauk yang sedap-sedap katanya. Aku ikutkan saja.

Kami mula memasak makanan tengah hari. Aku mengeluarkan barang-barang yang dihulur oleh Abang Farid selepas pulang berbelanja tadi.

“Mak nak masak apa harini?”tanya aku. Emak yang sudah menyinsing lengan di sinki berpaling memandang aku.

“Harini hari special sikit sebab semua anak-anak mak ada. Mak nak buat ikan patin masak lemak tempoyak. Lepastu goreng ayam berempah dengan ayam masak merah sikit. Sayur bayam ni kita tumis je.Hidang sekali telur dadar. Ulam-ulam mak petik tu nanti boleh basuh buat hidang kat pinggan,”balas emak.

Mak aii,lauk mak dah macam nak buat kenduri kahwin. Beriya betul mak nak memasak ni. Agaknya senang hati kami semua ada di kampung.

“Wow, mak. Macam banyak sangat je. Menu ikan patin masak tempoyak mak je pun dah buat kami berselera tau,mak. Sikit-sikit masak pun takpe kot,”ujar Kak ngah. Tangannya ralit mencuci ayam di sinki bersebelahan emak.

“Ehh, masak lemak tempoyak tu dah biasa, ngah. Biar lain sikit menu mak hari ni. Lagipun mak nak pulangkan bekas Mak cik Hasna kamu tu. Boleh dia merasa sama,”senyuman mak buat aku hairan.

Patutlah beriya betul lauk emak harini. Mak cik Hasna sememangnya kawan karib emak. Usai membasuh sayur, aku duduk di sebelah Kak long.

“Leen balik kampung ni cuti berapa hari?”tanya Kak Long.

“3 hari je, Kak long. Lusa Leen balik KL dah,”jawabku.

“Ada projek baru tak?”

Aku angguk. Mata aku beralih pada sayur bayam yang sedang aku potong.

“Ada dua projek lepas ni. Drama dengan Talk show. Sakit sikitlah nanti sebab dateline pun dekat-dekat. Talk show tu pun Leen jadi executive producer. Tu sebab Leen siap-siap balik kampung sebelum mula projek tu. Takut nanti dah sibuk tak dapat balik,”jawabku.

Kak Long mengangguk. Sesekali aku perasan Kak long merenung aku.

“Leen ada boyfriend baru tak?”soalan Kak long buat aku terkejut.

Kemudian, kami sama-sama gelak. Sengaja aku cuba mengelak. Kak ngah yang tak tahu butir bicara kami pun ikut ketawa. Okay ke Kak ngah ni pun?

“Ada boyfriend baru tak?”gasak Kak Long lagi.

“Ada ke tanya Leen macam tu. Macam tak ada soalan lain je.”

Soalan cepu mas dari Kak Long buat aku berdebar. Dalam erti kata lain aku tak suka sebenarnya. Tak suka apabila Kak Long membangkitkan soal jodoh. Lepas apa yang pernah jadi sebelum ni memang aku langsung lupakan tentang pasangan hidup.

“Yelah, nak tahu jugak Leen dah berteman ke belum,”Kak ngah menyampuk. Rupa-rupanya dia pun ikut pasang telinga.

Nasib baik emak sudah keluar dari dapur.

“Leen tak bertemannya Kak Long, Kak ngah. Kalau cincin nikah dah tersarung kat jari ini barulah boleh kata Leen dah berteman. Sekarang ni mana ada sesiapa,”balasku. Jawapan malas saja mampu aku berikan.

“Leen masih ingat lagi dengan Syah ke?”aku hilang rasa bila mendengar nama yang disebut Kak Long. Kenangan pahit yang pernah aku lalui terimbas semula dalam kotak memori.

“Tak adalah, Kak long. Syah tu Leen anggap dah mati je. Mati kena langgar dengan lori,”balasku selamba. Kak long terdiam.

Memang sengaja aku ucapkan kata-kata untuk mengelak topik itu berpanjangan. Kenyataannya tak ada siapa tahu yang aku dah penat mengulas tentang hati dan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience