BAB 4

Romance Completed 5500

Sudah sebulan berlalu. Nia melihat kepada telefon bimbitnya. Kosong. Tiada panggilan mahupun pesanan dari Adam. Sibuk sangatkah Adam sehinggakan tidak dapat menghubunginya. Sibuk dengan kerja ataupun dengan Rasya. Nia rindukan dengan Adam.

“Nia jom teman aku keluar makan nak. Aku laparlah”ujar Tasha kepada Nia.

Daripada melayan perasaan lebih baik dia ikut Tasha. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan Adam untuk seketika.

“Okay..tunggu aku siap kejap”

Tasha memandang langkah Nia yang menuju ke biliknya. Rumah yang dihuni bersama Nia. Dia risau andai satu hari nanti dia akan berkahwin Nia akan tinggal berseorangan. Sudahlah tiada saudara-mara. Dan hari ni dia sebenarnya mahu memberikan dua kejutan kepada Nia.

Lima minit kemudian Nia keluar dari bilik setelah mengenakan pakaian yang lebih menutup aurat. Blouse labuh yang dikenakan bersama seluar slack hitam dan tudung yang sama warnanya.

Tasha membawa Nia ke sebuah restoran yang agak jauh dari rumah mereka.

“Dekat mana kau bawa aku ni..mesti mahal nak makan kat sini. Aku tak bawak duit lebih ni” Nia melihat sekeliling restoran itu. Nampak mewah. Dia risau dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar makanan di situ.

“Hari ni aku belanja kau..janganlah risau. Biar aku pilihkan makanan untuk kau. Aku dah selalu makan kat sini sebenarnya. So aku tahu apa yang sedap.

Nia dan Tasha makan dengan peunh berselera.

“Sedapnya Tasha..kalau aku orang senanglah kan hari-hari aku makan kat sini”ujar Nia sambil tergelak kecil.

“Nak tambah apa-apa lagi tak”Tasha seronok apabila Nia suka makan di situ. Dia tidak kisah untuk membelanja Nia.

“Cukuplah..kenyang sangat nanti aku tak boleh jalan nak balik nanti” ucap Nia setelah menghabiskan makanannya.

Tiba-tiba kedengaran suara dari seseorang yang menyanyikan lagu ulang tahun. Lelaki yang tidak dikenali Nia itu berjalan ke arahnya dan membawa sebiji kek sambil bernyanyi.

Nia terkejut apabila kek itu diletakkan dihadapannya. Dia melihat kepada Tasha. Tasha tersenyum. Dia yakin Nia tidak akan menjangka kejutan daripadanya.

“Selamat Ulang Tahun Nia. Semoga dimurahkan rezeki”

Lelaki tersenyum manis kepada Nia sebelum dia duduk disebelah Tasha.

“Kejap-kejap..Tasha ni siapa”

“Hari ni aku bawa kau makan sebab nak bagi kejutan. Yang pertama sebab nak raikan ulang tahun kau dan yang kedua aku nak bagi tahu aku akan berkahwin tak lama lagi. Dengan dia ni..Firaz”

“Ya Allah..tahniah Tasha, Firaz. Nampaknya aku tinggal seoranglah selepas ni”sayu suara Nia.

Tasha terdiam. Firaz hanya memerhati.

“Tapi takpe kau boleh selalu datang jenguk aku kan.Okaylah sekarang kita makan kek nilah. Aku tengok macam sedap”ujar Nia bagi menceriakan suasana.

Nia cuba menutup perasaan sedihnya. Dia dah jarang berhubung dengan Adam dan sekarang Tasha pula akan berkahwin. Dia sudah hilang Adam dan dia juga bakal hilang tempat mengadu selepas Adam sibuk dan tiada masa untuknya.

Tasha pasti senyuman dan gelak ketawa Nia sekadar menutup perasaannya yang bercelaru. Meskipun dia sudah berkahwin nanti dia tidak akan meninggalkan Nia berseorangan. Dia akan sentiasa menjadi satu-satunya sahabat kepada Nia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience