BAB 17

Romance Completed 5500

“Abang nak ikut jugak pergi sungai. Kedekut lah Aina ni tak bagi ikut.”marah Adam.

“No way. Aina nak keluar dengan kak Nia seorang sahaja. Abang tak boleh ikut”balas Aina.

Nia hanya memadang gelagat dua-beradik itu.

“Nia..Adam nak ikut boleh”

Nia berfikir sejenak sebelum berkata.

“Erm…boleh..”

“Yes..Adam boleh ikut”Adam menjelirkan lidahnya kepada Aina. Aina mencebik.

“Orang tak habis cakap lagi ni.”celah Nia.

“Boleh ikutkan?”

“Boleh..boleh blah”jawab Nia selamba.

Aina sudah mengekek ketawa. Suka melihat muka masam abangnya. Giliran dia pula menjelirkan lidak kepada Adam. Nia ikut ketawa apabila Adam sudah merajuk dan beredar ke dalam rumah.

“Tak ada nak pujuk abanglah. Duduk kat rumah baik-baik tau.”jerit Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience