BAB 11

Romance Completed 5500

6 BULAN KEMUDIAN

Perbualan Nia ditelefon bersama dengan Tasha terhenti apabila Nek Som memanggilnya di luar rumah. Nia bergegas. Takut terjadi apa-apa pada nenek angkatnya.

“Ye nek..ada apa..nenek sakit ke”soal Nia. Wajah tua Nek Som dipandang kasih. Dia tidak pernah merasai kasih sayang dengan nenek sendiri. Dengan kesempatan yang ada dia sudah menganggap Nek Som sebagai neneknya sendiri.

Nek Som tersenyum kepada Nia. Cucu angkatnya begitu risau jika dia jatuh. Sudah lima bulan mereka tinggal bersama. Dia sudah kenal dengan sikap Nia.

“Nenek tak sakit. Nia buat apa di dalam. Nenek bosan sorang-sorang kat luar ni”

Nia ketawa. “Tadi Nia habis masak Nia telefon Tasha. Dah lama tak berborak dengan dia. Bila nenek panggil terus Nia keluar”.

“Nenek sudah-sudahlah tu menanam. Dari tadi nenek kat luar berpeluh-peluh dah ni jomlah masuk dalam. Nenek mandi dulu, solat lepas tu kita makan eh”tubuh kurus Nek Som dipimpim masuk ke dalam.

Mujurlah hari sabtu dan ahad dia cuti. Dapat luangkan lebih masa bersama nenek angkatnya. Sementara menunggu Nek Som, Nia mengemas ruang tamu dan menyapu halaman rumah.

“Nia, jom kita makan. Nenek dah lapar ni”ajak Nek Som.

“Banyaknya Nia masak. Siapa nak makan semua ni”

Di atas meja terdapat ayam masak lemak cili padi, telur masak kicap, ulam-ulam yang segar, tempe goring dan pudding roti.

“Kitalah nak makan. Tak habis boleh simpan untuk malam ke.”

“Puding roti ni bila pulak Nia buatnya.”

“Tadilah nek. Bukannya lama nak masak ni semua. Puding ni Nia kukus je. Sementara nak tunggu masak Nia masaklah ayam dengan telur. Ulam ni Nia petik je nek”

“Untung nenek Nia ada kat sini. Boleh makan sedap-sedap”puji Nek Som. Nia kalau berada di rumah ada sahaja yang akan dimasaknya.

“Mana ada sedap nek. Biasa je. Nenek masak lagi sedap.” Nia membalas senyuman Nek Som.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience