BAB 15

Romance Completed 5502

Selesai menjemur pakaian di ampaian Nia bergerak ke pangkin kayu di halaman rumah. Dia ingin mengambil udara terlebih dahulu di situ. Kedudukannya yang membelakangkan rumah membuatkan dia tidak sedar Adam melangkah kepadanya.

“Nia”sapaan dari belakang membuatkan Nia terkaku. Dia bangun ingin berdar dari situ.

“Nia please. Adam nak cakap dengan Nia.”mohon Adam.

“Nak cakap apa lagi. Semuanya dah jelas malam tu. Adam yang tak nak jumpa dengan Nia. Sekarang ni buat apa cari Nia lagi. Nia bukan siapa-siapa pada Adam. Baliklah Adam. Please go.” Tegas Nia.

“Adam nak minta maaf dengan Nia. Adam tahu Adam banyak buat salah dengan Nia. Adam betul-betul menyesal. Adam tak percaya cakap Nia.”

Nia terdiam mendengar permohonan maaf Adam.

“Tolong bagi Adam peluang memperbaiki kesalahan Adam. Adam tahu Nia masih cintakan Adam kan. Tolong bagi Adam peluang untuk terima Adam dalam hidup Nia. Adam sayangkan Nia.”

“Bagi Adam peluang untuk cintakan orang yang cintakan Adam tanpa mengira paras rupa Adam. Adam nak bersama dengan orang yang cintakan Adam”

“Mana Rasya. Adam kata dulu Adam dah berjanji dengan dia nak berkawin. Sekarang ni apa pula.”

“Adam dah lama berpisah dengan Rasya. Adam diamkan diri selepas berpisah dari Rasya. Adam fikirkan Nia. Adam tak tahu Nia dah pindah ke sini. Adam telefon Nia tapi nombor Nia dah tak aktif . Pergi tempat kerja Nia mereka kata Nia dah letak jawatan” terang Adam lagi.

“Tasha pun tak nak bagitahu Nia ada di mana. Adam paksa Aina bagitahu Nia di mana tapi dia cuma bagitahu Nia ada di Perlis. Bila Adam fikir balik Nia tiada saudara-mara di sini Adam teringat nenek Tasha. Kita pernah datang bercuti di sini dengan Tasha. Adam yakin Nia ada di sini”

“Dah cukup Adam bercakap. Tak penat cakap tanpa henti. Okaylah. Nia nak masuk dulu”

“Nia…”

Nia tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Adam. Dia sengaja tidak mengendahkan panggilan Adam.

‘Ya Allah..apa lagi aku nak buat. Sudah tertutup ke pintu hati Nia kepadanya’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience