BAB 1

Romance Completed 5500

Entah angin mana yang datang membawa virus negative pada mereka hari ini. Sumpah Nia tak selesa dengan keadaan yang sedikit masa lagi mengundak adengan drama Melayu TV3. Perbualan antara teman lelaki dan teman wanita yang saling bertanya apa? Kenapa? Mengapa? Dek melihat perubahan sika psi pasangan.

Nia Dahlia memandang wajah keruh milik Adam Haikal di hadapannya. Makanan yang sudah sampai tidak sedikit pun dijamah. Matanya terus memerhati Adam yang masih menundukkan kepalanya. Nia tidak betah dengan situasi begitu. Hilang terus selera makannya.

“Adam..kenapa tak makan makanan tu. Tadi cakap lapar”soal Nia.

“Adam ada masalah ke? Dari tadi Nia tengok Adam macam resah semacam. Kenapa ni”soal Nia lagi.

“Tak ada apa-apalah. Adam okay je. Nia makanlah.”balas Adam.

“No..Nia tahu Adam tak okay. Adam tak pandai nak tipu Nia. Mesti ada benda yang Adam sedang fikirkan. Bagi tahulah Nia kalau Adam ada masalah.”ujar Nia.

Dia terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Dia dan Adam berkawan dari sekolah rendah. Dia suka berkawan dengan Adam kerana Adam menerimanya seadanya. Nia bukanlah dari keluarga yang senang. Ibunya suri rumah manakala ayahnya cuma bekerja sebagai pegawai keselamatan. Berbeza dengan keluarga Adam. Ayah Adam mempunyai sebuah syarikat dan kini diuruskan oleh Adam.

Memang dia berkawan dengan Adam dari kecil. Adam sememangnya dari dulu seorang yang tidak pandai bergaya. Skema. Itulah panggilan dari rakan-rakannya yang kepada Adam. Tetapi Adam tidak tahu perasaan Nia terhadapnya. Nia mengaku dia sukakan Adam malah dia cintakan Adam bukan kerana Adam seorang yang kaya tetapi kerana keperibadian Adam yang sangat dia tertarik. Adam sangat baik terhadapnya meskipun dia tahu Adam tidak mungkin sukakannya.

“Nia..Nia..”Adam menggerakkan tangannya di hadapan muka Nia.

“Lahh..termenung pula”ujar Adam.

Nia tersenyum. Terkantoi dia sedang termenung.

“Adam nak mintak tolong Nia boleh tak”

“Kalau Nia boleh bantu insyaAllah Nia akan bantu. Adam nak Nia bantu apa”

“Ermm..sebenarnya..Adam nak Nia tolong Adam tukar penampilan diri”jawab Adam teragak-agak.

“Kenapa Adam nak tukar penampilan Adam. Nia suka je kawan dengan Adam kalau Adam tak tukar penampilan diri. Dari dulu pun macam ni kan”

“Bukan sebab Nia Adam nak berubah. Sebenarnya hampir dua bulan Adam berkawan dengan pekerja di syarikat Adam. Adam sukakan dia tapi Adam tak ada keyakinan untuk bagi tahu kepada dia. Adam sedar diri Adam macam mana. Adam tak pandai bergaya. Adam nak dia jadi kekasih Adam tapi Adam takut dia tolak sebab Adam macam ni”Adam berterus terang.

Nia terkejut. Tidak sangka hati Adam telah dimiliki oleh orang lain. Nia tersenyum pahit. Dia sudah kalah sebelum bertanding nampaknya.

“Ohhh..siapa nama perempuan tu Adam”tanya Nia.

“Rasya Adriana”

“Sedapnya nama dia. Mesti cantikkan. Adam nak Nia tolong macam. Tukar dari cara pemakaian Adam?” Nia tersenyum cuba menutup rasa kecewanya.

“Ye..Adam tak tahu kan pasal fesyen ni. Rambut ni pun kena tukar gaya rasanya”

“Tapikan Adam kalau Rasya pun sukakan Adam dia kenalah terima diri Adam seadaanya.”

“Adam tahu tapi Adam nak sediakan payung sebelum hujan.Adam tak nak Rasya tolak Adam.”

Demi Adam dia sanggup. Mungkin bukan jodohnya dengan Adam agaknya.

“Baiklah Nia akan tolong Adam”Nia memberikan senyuman ikhlas kepada Adam meskipun hatinya terasa sakit.

Adam tersenyum senang. Tidak sabar rasanya untuk berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience