BAB 19

Romance Completed 5500

“Abang”sergah Aina daripada belakang.

“Ish budak ni. Apanya. Menyibuk jelah kat sini”rungut Adam. Gambar Nia yang menjadi latar telefon bimbitnya ditenung.

“Sudah-sudahlah tu bang. Bagi Kak Nia masa”nasihat Aina. Dia mengambil tempat disebelah Adam yang duduk di tepi kolam.

“Abang rindu dia Aina”ucap Adam sayu.

“Aina yakin Kak Nia akan terima abang juga satu hari nanti. Trust me.”

“Tapi sampai bila Aina. Dah tiga bulan kita balik dari Perlis. Nia langsung tak mesej atau call abang. Bila abang call mesti dia reject call abang. Mesej pun tak berbalas. Sihat ke tidak abang tak tahu”

“Alah abang ni. Janganlah risau. Kak Nia ngan Nek Som kat sana tu sihat walafiat. Aina baru je borak dengan dia tadi”

“Apa dia Aina cakap”

‘Aduhhhh..macam mana boleh terlepas ni.’

Aina menampar mulutnya sendiri kerana terlepas cakap. Sudahlah abang dia menyangka selepas mereka pulang dari Perlis dia juga tidak berhubung dengan Nia. Bukan tidak berhubung malah mereka akan berhubung setiap hari. Aina akan menceritakan tentang Adam kepada Nia.

“Hehe..sorry abang”kata Aina. Tidak berani memandang wajah Adam yang sedang merenung tajam kepadanya.

“Selama ni Aina tipu abanglah”

“Bukan macam tu. Aina Cuma ikut kata Kak Nia je. Dia yang tak bagi Aina beritahu abang bila kami berhubung. Kak Aina pun akan selalu borak dengan mama dan papa”

“Apa diaaaa”Aina terkejut mendengar suara Adam. Aduhhhh..mulut ni. Aina menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya.

“Jadi mama dengan papa pun tahulah pasal Nia. Sampai hati korang semua”suara Adam mula kendur. Aina serba salah melihat wajah Adam.

“Aina tahukan abang rindukan Kak Nia. Malah abang sangat mencintai dia. Kenapa Aina buat macam ni. Pura-pura tak tahu. Bila abang bercerita tentang Nia kenapa Aina diam saja. Tak layak ke abang untuk Nia”

“Abang..okay Aina minta maaf tapi ni semua permintaan Kak Nia. Dia perlukan masa. Aina harap abang faham apa yang Aina katakan ni.”

Aina pantas meninggalkan Adam berseorang duduk di tepi kolam. Makin lama dia berada di situ makan banyak yang keluar daripada mulut. Dia bergerak menuju ke biliknya untuk memberitahu Nia. Masalah kalau Adam merajuk.

Adam bersandar di kepala katil. Telefon bimbit setia di tangan. Takut-takut Nia akan menghubunginya. Begitulah dia setiap hari semenjak pulang dari Perlis. Tetapi Nia tidak pernah menghubunginya.

‘Nak call ke tak nak, call jelah’

Adam menanti dengan penuh sabar. Panggilan pertama tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi.

“Hello assalamualaikum”suara lembut Nia menerjah pendengaran Adam. Adam terkejut. Tidak menyangka Nia akan menjawab panggilannya.

“Err..Waalaikumussalam Nia” jawab Adam terketar-ketar.

“Ada orang tak ni. Macam tak ada je. Nak letaklah kalau macam ni”usik Nia setelah lama Adam mendiamkan diri.

“Eh..Nia..janganlah. Adam ada lagi kat sini. Janganlah letak dulu”pinta Adam.

“Oohh ada lagi rupanya. Kenapa Adam call Nia ni. Ada masalah ke”soal Nia.

“Kalau tak ada masalah Adam tak boleh call Nia ke”soal Adam berjauh hati.

“Bukan macam tu maksud Nia”

“Kenapa buat Adam macam ni. Kenapa buat tak tahu bila Adam call, Adam mesej”sayu suara Adam. Terasa dengan tingkah Nia.

“Adam..Nia”

“Adam rindukan Nia. Adam dah tak penting ke untuk Nia.Sudah-sudahlah marahkan Adam. Adam minta maaf Nia.”

“Nia..walau apa pun Adam tetap tunggu Nia. Adam janji. Adam sayangkan Nia. Adam cintakan Nia”kata Adam berterus-terang.

“Adam tunggu Nia. Nia akan datang pada Adam. Promise me”ucap Nia.

“Ye Nia. Adam janji. Adam banyak soalan nak tanya pada Nia tapi Adam rasa cukuplah kali ni. Nia jawab call Adam, dapat dengar suara Nia pun Adam dah gembira.” Adam tersenyum walaupun dia tahu Nia tidak dapat melihat senyumannya.

“Nia letak dulu ye. Nek Som dah panggil ni”pinta Nia.

“Okay..Assalamualaikum Nia”

“Waalaikumussalam Adam”

Meskipun dapat bercakap dengan Nia sebentar hatinya dah cukup gembira dan senang dengan Nia. Malam itu Adam tidur dengan lena setelah dapat bercakap dengan orang dia rindukan sangat-sangat.

“Hah..apa yang senyum-senyum tu”soal Tasha. Dia duduk di birai katil bersebelahan dengan Nia.

“Adam”jawab Nia.

“Amboi…happynya aku tengok kau sekarang. Macam mana, jadi tak kau nak balik sana”soal Tasha.

“Mestilah jadi. Dah lama aku tak jumpa mereka. Rindu pula rasanya”

“Banyaklah kau. Rindu dekat Adam lah tu”usik Tasha lagi. Dia gembira melihat Nia yang sekarang. Sentiasa tersenyum. Walaupun tidak selalu berborak dengan Adam, Nia tetap kelihatan ceria setelah mengetahui isi hati Adam.

“Yang kau masuk bilik aku ni kenapa. Ni mesti tak lain tak bukan bergaduh dengan Fariz la ni”Nia sudah kenal benar dengan sikap Tasha. Setiap kali bila Tasha dan Fariz pulang ke kampung dan setiap kali bila mereka bergaduh, bilik Nia lah yang menjadi tempat persembunyian Tasha.

“Biarlah. Sekali –sekala nak gaduh-gaduh manja”jawab Tasha selamba.

“Dah-dahlah tu merajuk Tasha. Fariz buat apa kat kau”soal Nia.

“Ada ke patut muka sikit punya cun dia boleh kata muka aku macam badut”marah Tasha bila mengingatkan apa yang dikatakan oleh suaminya.

“Aduh kau ni kan. Dia bergurau lah tu. Kalau dia kata muka kau macam badut tu sebab dia nak usik kau. Kalau tak, tak adanya dia nak kahwin dengan kau lah badut” Nia tergelak.

“Kau ni kan sama je dengan Fariz”

“Sayang”suara yang menjerit di luar bilik Nia membuatkan Tasha mengeluh.

“Hah..tu abang sayang kau dah panggil. Pergilah sana. Duduk sini buat apa”giat Nia. Fariz tak boleh berenggang langsung dengan Tasha. Maklumlah baru kahwin.

“Aduh..aku ingat baru nak lari daripada dia kejap. Aku merajuk dengan dia ni”

“Ish kau ni. Tak baiklah buat macam tu. Diakan suami kau. Buatnya dia bagitahu Nek Som mati kau”

“Sayang. Keluarlah. Abang mintak maaf okay. Abang gurau je tadi tu”pohon Fariz lagi.

Tasha masih mendiamkan diri. Tidak menyahut langsung panggilan suaminya yang berada di luar bilik. Dengan selamba dia berbaring di aatas katil Nia. Bantal peluk Nia di capai.

“Tengok..kan dah senyap. Mengalah lah tu”kata Tasha.

“Tasha..apa yang dibuatnya dalam bilik Nia tu. Keluar sekarang sebelum nenek piat telinga kamu. Dah kahwin pun buat perangai budak kecik dia tu lagi”suara nyaring Nek Som mengejutkan mereka berdua yang berada di dalam bilik.

“Hah kan aku dah cakap dengan kau. Matilah kau”kata Nia. Nia tergelak melihat tingkah suami isteri itu. ‘Agaknya macam mana kalau aku dengan Adam kahwin eh’

Nia menggeleng-geleng kepala apabila berangan tentang Adam. Boleh pulak dia memikirkan tentang dia dan Adam.

“Nia..apa ni. Aku cakap dengan kau boleh pulak tersengih sorang-sorang.”Tasha geram dengan Nia apabila Nia tidak mengendahkan kata-katanya malah boleh pula dia membuka pintu bilik. Fariz dan Nek Som sudah berdiri di depan pintu.

Suara Nek Som dan Fariz yang bergilir-gilir memanggil Tasha membuatkan Nia tidak betah dengan keadaan itu. Lantas dia bergerak menuju ke pintu bilik.

“Niaaaa…kau ni kan. Buka pintu tu kenapa”marah Tasha.

“Nek..tengok Tasha tu. Macam-macam hal. Hah Fariz dia merajuk tu hah. Pergilah pujuk.”

“Tasha..Tasha. Dah besar macam ni pun nak merajuk lagi.”ujar Nek Som.

“Korang selesaikan masalah korang. Yang aku tahu lepas aku datang balik korang berdua dah tak ada dalam bilik aku. Faham tak”tegas Nia. Dia mengenyitkan mata kepada Tasha.

“Sampai hati kau Nia”

Nia tergelak. Macam-macamlah. “Dah nek jom kita pergi tengok tv. Daripada layan mereka berdua ni sampai bila pun tak tahulah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience