BAB 9

Romance Completed 5500

Nia berundur sedikit sebelum berpusing ke belakang. Tanpa disedari terdapat seorang gadis yang berdiri beberapa tapak dibelakang. Mereka berdua berlaga antar satu sama lain.

“Ya Allah, saya tak sengaja”Nia pantas mengucapkan kata maaf.

“Eh takpe”kata gadis tersebut. Dia tunduk mengutip barang yang jatuh. Nia menolong gadis tersebut.

“Terima..”Nia dan gadis itu berpandangan.

“Kak Nia…”

“Aina..”

Nia membalas senyuman Aina. Mereka berpelukan. Tidak menyangka akan bertemu di situ.

“Ya Allah..akak..lamanya Aina tak jumpa dengan akak. Kenapa akak dah lama tak datang rumah. Kita orang rindukan akak. Mama dengan papa selalu tanyakan akak pada abang Adam. Tapi abang senyap je”

Aina membawa Nia ke arah tempat duduk yang berdekatan.

Nia tersenyum kelat. Dia juga merindui keluarga Adam tetapi semenjak Adam bersama dengan Rasya masa mereka untuk bersama sangat terbatas. Dia juga sudah lama tidak menjenguk Aunty Ijah dan Uncle Zainal.

“Akak gaduh dengan abang Adam ke. Kenapa akak senyap je ni. Abang Adam pun sama bila kita orang sebut pasal akak mesti dia senyap”

“Tak adalah. Kita orang kan dah kawan dari kecil. Mesti dia bosan jumpa akak selalu. Lagipun dia kan dah ada Rasya. Sebab tu akak dah jarang jumpa dengan abang Adam.”

“Erm yelah..Aina percayalah sangat kata akak tu. Akak tu bukan pandai menipu pun.”

Ye..betul. Nia memang sukar untuk menipu. Aina memang tahu dia menipu ataupun tidak. Tapi kenapa Adam tak pernah nampak keikhlasannya malah dituduh cuba merosakkan hubungannya dengan Rasya.

“Rasya tu..bukannya Aina suka dengan dia. Lebih baik abang Adam pilih akak kan”ujar Aina berterus terang.

“Kenapa Aina tak suka dengan Rasya.”

Aina mengeluh. “Aina tak suka dengan dia. Awal-awal masa abang kenalkan pada kami semua Aina rasa okay je dengan Rasya. Tapi selepas tu dah berapa kali jugak Aina nampak Rasya dengan seorang lelaki bermesra depan orang ramai. Dan minggu lepas Aina curi dengar perbualan mereka. Rasya nak kahwin dengan abang sebab abang kaya bukannya sebab cintakan abang.”

“Aina ada bagi tahu Adam tak”

“Aina pernah tanya abang Adam betul ke Rasya cintakan dia tapi abang Adam marah. Abang Adam pertahankan kata Rasya cintakan dia. Aina dah malas nak ambil tahu. Mama dengan papa pun Aina tak bagi tau.”terang Aina.

Nia menunduk. Adam terlalu percayakan Rasya. Sedangkan Aina bertanya begitu saja Adam sudah marah apatah lagi dia memberitahu bahawa Rasya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sudah pasti Adam membencikannya.

Teringat semasa dia terserempak dengan Adam di restoran kegemaran mereka. Adam menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Adam berpura-pura tidak mengenali Nia. Manakala Rasya tersenyum sinis.

“Akak okay? Akak ada sesuatu yang nak bagitahu Aina ke”tegur Aina.

Nia menceritakan apa yang terjadi kepadanya dan Adam. Dia juga berterus terang tentang perasaannya. Aina terkejut. Tidak sangka abangnya menjadi seorang yang bodoh kerana terlalu menyayangi Rasya. Adam ternyata sudah berubah dari Adam yang dulu. Tentang perasaan Nia dia tidak terkejut kerana dia memang sudah agak perasaan Nia terhadap abangnya.

“Akak menyesal Aina. Kalau akak tak terus-terang tentang perasaan akak dan apa yang akak nampak pasal Rasya hari tentu hubungan akak dengan Adam baik-baik saja. Dialah satu-satunya sahabat akak dari kecil sampai sekarang. Sahabat yang akak sangat cintai” Nia menangis lagi buat kesekian sekalinya. Dia tersedu-sedu di hadapan Aina.

Aina memeluk Nia sambil menyuruhnya bersabar. Dia simpati dengan keadaan Nia. Kenapalah abangnya bolehbuat begini terhadap Nia.

“Aina janji dengan akak..Aina tak akan bagitahu Adam tentang perkara ni. Walaupun selepas akak pergi”ujar Nia.

Aina terkedu. Dia menghela nafas berat. Wajah Nia yang basah dengan air mata ditatapnya.

“Akak nak pergi mana”

“Akak nak pindah. Tenangkan diri.”

“Perlu ke akak bawa diri..akak nak pergi mana. Dengan siapa akak nak pergi. Berapa lama akak nak pergi. Akak dah tak ada siapa kat dunia ni kan. Kalau terjadi apa-apa pada akak macam mana”bertalu-talu soalan Aina kepada Nia.

Dia tersenyum memandang Aina. Dia tahu Aina seorang adik yang sangat mengambil berat akan dirinya.

“Akak nak balik kampung Tasha. Tinggal dengan nenek Tasha kat sana. Lagipun Nek Som tinggal seorang je kat sana. Bukan jauh pun. Akak nak cari kerja kat sana.”

“Aina teman akan boleh”

“Kenapa pulak..akak pandailah jaga diri akak ni. Lagipun Aina kan kerja mana boleh cuti lama-lama”

“Alah kak..Aina tahulah akak pandai jaga diri. Tapi Aina nak ikut akak tenangkan diri jugak. Aina nak bercuti. Pasal kerja tu nanti Aina tanyalah papa. Tak lama pun Aina ikut akak. Sebulan je. Boleh lah kak. Kalau Kak Tasha tau mesti dia pun benarkan tau”rayu Aina.

Aina tahu di Perlis terdapat banyak tempat yang menarik. Di samping dia temankan Nia di sana dia mahu mengajak Nia pergi berjalan-jalan. Mungkin dengan itu Nia dapat melupakan masalahnya.

“Yelah-yelah apa pun Aina mesti minta kebenaran mama dengan papa terlebih dahulu” Nia mengingatkan Aina.

Aina teruja. Tak sabar mahu menghabiskan masanya di sana nanti bersama dengan Nia.

‘Abang Adam tu biarlah..aku tak nak ambil tahu.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience