BAB 22

Romance Completed 5500

Langkah kaki Aina yang laju membuatkan Nia terpaksa berlari mengejar bakal adik iparnya itu. Nia tahu Aina geram disebabkan hal tadi.

“Aina..tunggulah akak” panggil Nia. Nia teruskan langkah untuk mengejar Aina yang berada dihadapannya. Disebabkan tidak berhati-hati dan tersilap langkah membuatkan Nia jatuh tersembam di tanah.

“Aduhhh” suara Nia yang mengaduh membuatkan Aina berpaling ke arah Nia. Dengan segera dia mendapatkan Nia yang terkial-kial untuk bangun.

“Akak..macam mana boleh jatuh ni” tanya Aina.

“Aina lah ni. Laju sangat jalannya. Penat akak kerja. Taulah marah pun pun tapi janganlah tinggalkan akak” rungut Nia.

“Sorry akak. Aina geram dengan mangkuk dua orang tu” Aina membantu Nia bangun dan mengangkat barang-barang yang telah jatuh.

“Nia, Aina kenapa ni. Adam nampak Nia jatuh dari jauh tadi. Macam mana boleh jatuh” soal Adam pula.

Aina malas mahu menjawab soalan abangnya. Dia masih marah dengan sikap Adam sebentar tadi.

“Aina jalan dulu. Tunggu kat kereta.” Ujar Aina kepada Nia tanpa menoleh sedikit pun kepada Adam. Nasib sahaja kunci kereta Adam ada padanya disebabkan dia terlupa mengambil telefon bimbit di dalam kereta ketika mereka sudah melangkah masuk ke pusat membeli belah itu

.

“Errr..errr..Aina tunggu akak”Nia juga ingin mengikuti langkah Aina tetapi lengannya di tarik oleh Adam.

“Nia.. Adam tanya Nia kan macam mana boleh jatuh tadi. Kenapa tak hati-hati” Nia malas mahu bercakap dengan Adam. Ikutkan hati mahu je dia lari cepat-cepat dari situ.

“Dah jatuh nak buat macam mana. Mana boleh elak. Dah ditakdirkan boleh jatuh kat sini. Kalau Nia tau awal-awal bolehlah elak daripada jatuh tersembam kat sini.” Mendalam maksud Nia. Dia bergerak meninggalkan Adam.

Adam yakin. Nia mesti terasa dengan sikapnya tadi yang merenung bekas kekasihnya. Langkah Nia diikuti dan barang-barang ditangan Nia diambil.

“Meh sini Adam tolong bawakan barang”

“Kenapa ni. Marah Adam eh. Adam mintak maaf okay. Nia masam-masam macam buat Adam tak tenanglah. Cuba senyum sikit dekat bakal suami Nia ni.” Ujar Adam ingin melihat reaksi Nia.

“Whatever” kata Nia. Dia terus memboloskan diri ke dalam kereta milik Adam. Aina sudah duduk terlebih dahulu di tempat duduk belakang. Ikutkan hati nak saja dia turut duduk di belakang dan membiarkan Adam berseorangan di hadapan.

Adam risau jika Nia marahkan dirinya. Dia segera mengikuti langkah tunang kesayangan memasuki ke dalam kereta setelah meletakkan semua barang-barang yang dibeli ke dalam bonet kereta.

“Nak pergi mana-mana tak lepas ni ?” tanya Adam setelah memandu kereta. Dia bertanyakan kepada Aina dan Nia. Adik dan tunangnya masing-masing mendiamkan diri setelah masuk ke dalam kereta. Ditanya baru hendak menjawab.

“Tak”jawab Aina sepatah.

“Tak jugak. Balik terus jelah ”ujar Nia pula.

“Tak nak makan dulu ke. Jom lah kita makan dulu. Nia teman Adam boleh. Aina pun jom lah sekali teman abang”

“Yalah.”jawab Aina dan Nia serentak. Tidak sampai hati pula mahu menolak permintaan Adam.

Adam tersenyum puas. Dia mempercepatkan kereta menuju ke kawasan tempat makan kegemarannya.

Mereka sampai lima belas minit kemudian. Adam dan Nia mengambil tempat duduk manakala Aina menuju ke toilet terlebih dahulu.

“Sayang nak apa ?” soal Adam.

“Apa-apa jelah. Orderlah sekali untuk Aina. Dia suruh.” Jawab Nia sambil lewa. Dia terus menekan-nekan skrin di telefon bimbitnya. Tidak terasa mahu melayan Adam.

“Mana Adam tahu Aina nak apa”

“Dia nak nasi goreng ayam dengan limau ais.”

“Habis tu sayang nak makan. Nak Adam pilihkan tak.” Nia membalas dengan anggukan sahaja.

Adam memanggil pelayan untuk memesan makanan mereka. Dan seperti biasa minuman akan sampai terlebih dahulu. Adam memesan makanan dan minuman yang sama untuk dia dan Nia.

“Ermm..dahaganya.”ujar Aina setelah mengambil tempat disebelah Nia. Dia terus

mengambil airnya dan disedut perlahan limau aisnya.

“Tak ada tempat lain ke abang nak bawa kita orang. Tahulah tempat ni tempat kegemaran abang dengan akak.” Rugut Aina.

“Biarlah. Walaupun tempat ni tempat kegemaran kita orang tapi banyak lagi makanan yang kita tak cuba tahu.” balas Adam.

“Memanglah kalau dah abang datang sini selalu order makanan yang sama je. Mana nak cuba makanan baru.”

Nia hanya memerhatikan percakapan Aina dan Adam. Tidak tahu nak menyelit apa.

“Okay..Kali ni abang order makanan yang lain. Untuk Nia sekali.”

“Nia cuba rasa makanan tu. Kita tak pernah order kan makanan ni kalau datang sini. Lagipun menu ni baru ada beberapa bulan lepas. Nia pun dah lama tak datang sini kan. Merajuk dengan Adam.”usik Adam.

Nia buat tak tahu saja apa yang Adam katakana. Merajuk? Pasal Adam lah dia bawa diri ke Perlis. Adam menyuruh Nia makan selepas makanan yang dipesan sampai. Makan panas-panas baru sedap.

“Sedap. Pandai Adam pilih.” Nia meneruskan suapan Nasi Ayam Hainan yang lain dari lain yang pernah dia rasa sebelum ini.

“Abang nak rasa sikit.”pinta Aina.

“Betullah sedap. Abang pernah makan ke sebelum ni?” soal Aina.

“Kan abang dah cakap. Dulu abang datang sini. Rasya selalu order makanan ni. Kegemaran

dia lah ni” Beritahu Adam tanpa menyedari muka keruh Nia. Dia terus menyambung makannya semula.

“Nia nak pergi toilet sekejap.” Nia terus bangun beredar dari situ. Aina sudah cuak. Adam masih tidak menyedari perubahan pada Nia.

“Abang.”

“Abang” panggil Aina lagi bila Adam tidak menyahut panggilan pertamanya.

“Apa masalah abang sekarang ni?” soal Aina. Adam terpinga-pinga apabila adiknya mengajukan soalan secara tiba-tiba.

“Masalah apa ni Aina. Abang okay sajalah.”

“Perlu ke abang sebut nama Rasya ex girlfriend abang tu. Perlu ke abang mention makanan kegemaran dia. Siap order lagi untuk abang dengan Kak Nia.”

“Cuba abang fikir perasaan Kak Nia. Tadi dahlah tak sudah abang renung si Rasya tu. Sekarang ni imbas balik yang abang pernah datang sini dengan Rasya, makan bersama. Apa Kak Nia akan anggap kalau abang macam ni. Pasti hati dia terluka bila tunang sendiri ingatkan bekas kekasih.” Aina menggeleng kepala kesal dengan sikap Adam.

Adam terkelu. Dia mengeluh mendengar apa yang dikatakan oleh adiknya. Dia sendiri tak tahu apa dah jadi dengan dia. Tiba-tiba sebut nama Rasya.

“Dah habis makan ke. Jom balik. Nia tak sedap badanlah.” Ujar Nia. Walapun dia melihat masih terdapat separuh makanan di atas pinggan Aina dan Adam , dia tetap mengajak mereka untuk pulang.

“Aahlah. Jomlah abang.” Aina turut mengajak Adam untuk pulang. Dia yakin Nia sungguh terasa dengan tingkah Adam.

Adam menurut kata Nia dan Aina yang ingin pulang segera. Nia dan Aina menunggu Adam membayar bil makanan mereka sebelum beredar bersama-sama. Di dalam kereta masing-masing diam. Mereka ditemani dengan suara dj yang berceloteh di radio. Aina sudah lena di tempat duduk belakang.

“Thanks bawa Nia keluar hari ni. Nia keluar dulu. Drive safely.” Ujar Nia pantas. Dia terus keluar dari perut kereta Adam selepas mengucapkan selamat tinggal.

“Nia…”panggil Adam. Tetapi panggilan Adam tidak diendahkan oleh Nia. Nia terus berjalan masuk ke dalam rumah.

“Sudahlah tu. Jom balik. Nak jadi pak guard ke tunggu luar rumah ni. Kak Nia dah masuk dah pun.”Aina yang sudah terjaga terus mengajak Adam pulang.

“Tapi Nia..”

“I don’t know..Its your fault. Pandai-pandailah abang. Dahlah masuk cepat. Biar Aina yang drive balik rumah.”

“Hah, ni kenapa monyok je ni”soal Puan Sri Bahiyah. Dia mengambil tempat di sebelah Aina yang khusyuk menonton televisen.

“Tak ada apalah ma..Banyak kerja sikit dekat pejabat.”jawab Adam.

“Kak Nia merajuk dengan abang. Sebab tulah ma.”Aina menyampuk selamba. Dia terus bangun beredar dari situ selepas menjelirkan lidah kepada Adam yang sudah merenung tajam kepadanya.

“Sebab apa Nia merajuk?”

“Adam, mama tanya ni. Macam mana Nia boleh merajuk dengan Adam?”

“Hari tu masa keluar dengan Aina dan Nia, kita orang terserempak dengan Rasya. And lepas tu mulut Adam asyik bercerita pasal dia dekat Nia.”

“Adam..Adam..yang Adam masih ingat lagi pasal Rasya tu kenapa. Adam sekarang dah tunang dengan Nia. Macam mana Nia tak merajuk kalau sikap Adam macam ni.”tergeleng-geleng kepala Puan Sri Bahiyah.

“Sekarang ni Adam fikir macam mana nak pujuk Nia. Dah berapa hari tak contact Nia?”

“Empat hari dah. Nia tak jawab pun panggilan Adam. Dia mesej je”

“Adam carilah jalan nak pujuk dia.” Ujar Puan Sri Bahiyah. Nak cakap lebih pun tak ada gunanya.

Nia menanti dengan sabar kedatangan Tasha ke rumahnya. Seketika kemudian Nia tersenyum lega apabila melihat kereta Tasha berhenti di hadapan rumahnya. Tasha keluar dari kereta dengan membawa sebungkus plastik.

“Assalamualaikum” ujar Tasha sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam” jawab Nia. Dia memeluk sahabatnya.

“Rindunya aku kat kau. Dah sebulan kita tak jumpa kan. Ni aku bawa buah dari kampung. Nenek aku kirim” Tasha menyerahkan sebungkus plastik yang berisi buah manggis kegemaran Nia.

“Aku pun rindu kat kau. Dekat Nek Som lagilah aku rindu. Nek Som sihat tak?” soal Nia.

“Alhamdulillah nenek sihat. Kau tak buat apa-apa ke hari ni?”soal Tasha pula.

“Taklah. Kenapa?”

“Jomlah keluar. Aku bosanlah. Fariz outstation hari ini. Teman aku keluar pergi Pavi jom.”

Nia memikirkan cadangan Tasha. Memandangkan dia tidak berbuat apa-apa pada hari itu Nia bersetuju untuk teman Tasha keluar.

“Okaylah. Bagi aku sepuluh minit nak siap.”

“Okay..satu jam pun tak apa aku sanggup tunggu.”Tasha tersengih. Mana mungkin Nia akan bersiap satu jam. Nia lah kawan dia yang paling cepat bersiap.

“Jom masuk dulu. Tunggu aku kat dalam. Nak minum air ambil sendiri ye Puan Tasha”

“Baik Cik Nia”Tasha melayan tingkah Nia.

Lima minit kemudian Nia melangkah turun dengan mengenakan blouse labuh berwarna krim dan shawl instant berwarna hitam. Ringkas.

“Jom gerak”ujar Nia.

“Baru lima minit.”

“Habis tu nak suruh aku siap lama-lama ke”

Tasha tersengih. “Tak adalah. Cepat sangat kau siap.”

“Baju dengan shawl ni semua aku dah siap gosok tinggal pakai je. Simple je ni. Keluar dengan kau je kan.Dahlah jom gerak.” Ajak Nia malas mahu melengahkan masa.

“Kita pergi makan dululah. Aku lapar gila kau tahu.”

“Kau tak makan ke dari pagi tadi?” soal Nia.

“Fariz tak ada. Aku jadi malas nak masak. Nak makannya pun aku seorang je pun. Membazir je masak.”

“Yelah tu. Bukan kau memang malas ke dari dulu”Nia mengangkat keningnya kepada Tasha.

“Alaa kau ni aku dah berubah okay sejak kahwin ni. Memanglah aku tak pandai masak tapi kalau masak sikit-sikit tu jadilah walaupun tak sesedap kau masak.” Ujar Tasha.

Tasha meletakkan keretanya di basement sebelum bergerak menuju ke kedai makan. Nia ralit membalas mesej sehingga dia tidak sedar dengan apa yang dikatakan oleh Tasha.

“Woi..aku cakap dengan kau ni.”geram Tasha dengan Nia. Boleh Nia buat tak tahu je.

“Sorrylah. Aku tengah mesej Aina ni. Dia ajak datang rumah. Kau cakap apa tadi.”

“Kau nampak tak apa yang aku nampak kat sini”soal Tasha.

“Apa kau ni. Nampak apa sebenarnya.” Pelik Nia dengan Tasha. Manalah dia tahu apa yang dilihat oleh Tasha.

Tasha menunjukkan ke arah tersebut. Nia tergamam. Dia melihat Adam yang sedang berjalan dengan Rasya. Mereka nampak mesra sekali. Dan lengan Adam yang dipegang Rasya membuatkan Nia cemburu. Dia sebagai tunang pun tidak pernah menyentuh Adam.

“Adam”

“Apa masalah Adam tu. Dia tak sedar ke dia dah tunang”

“Jom blah. Aku tak nak tengok muka dia.” Ujar Nia. Dia kecewa dengan Adam.

“Kau ni tak kan nak pergi macam tu je. Pergilah jumpa Adam. Biar dia terkejut tengok kau.”

“Tak payahlah. Aku malaslah.” Nia menarik tangan Tasha pergi dari situ tetapi Tashaa mengeraskan badannya.

“Biar aku cakap”

“Adammmmm” jerit Tasha. Dia tidak peduli dengan orang yang lalu lalang memandang pelik kepadanya yang mernjerit memanggil nama Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience