BAB 6

Romance Completed 5500

“Nia..ada orang nak jumpa kat luar”

“Siapa pula nak jumpa aku ni”

“Adam” nama itu membuatkan Nia terkaku di tempat duduknya.

“Weyh..pergilah cepat dia nak jumpa kau tu”teguran Tasha mengembalikan Nia kealam realiti.

Nia mencapai tudung sebelum berjalan keluar rumah. Adam sedang bersandar di keretanya semasa Nia berjalan ke arahnya.

“Assalamualaikum Adam”

“Waalaikumussalam” Adam melihat wajah Nia yang manis bertudung.

“Adam buat apa kat sini” Nia masih terkejut melihat Adam ada di depannya. Kenapa tiba-tiba dia datang sini.

“Adam call Nia banyak kali kenapa tak angkat” Nia terdiam.

“Nia marahkan Adam ke” ujar Adam apabila Nia senyap.

“Tak adalah. Nia tak marahkan Adam pun. Nia tak angkat call sebab handphone Nia ada dalam bilik. Nia ada kat luar tengok tv.”panjang penerangan Nia.

“Adam nak bagi ni pada Nia”

Adam menyerah sebuah beg kertas kepada. Di dalamnya terdapat sebuah kotak jam. Nia terpegun melihat jam tangan tersebut. Cantik.

“Untuk apa ni”

“Adam bagi sebagai hadiah ulang tahun Nia”

“Nia tak boleh terima hadiah ni. Mahal sangat. Nia tak layak. Adam bagilah pada Rasya. Dia lagi berhak.”

“Tapi Adam beli hadiah ni untuk Nia”

“Selepas ni tolong jangan beri apa-apa pada Nia.”.

“Tetapi kenapa pulak” Adam kelihatan tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Nia.

“Nia rasa Nia dah tak penting lagi buat Adam. Adam dah dapat Rasya. Rasya yang menjadi keutamaan bagi Adam sekarang ni. Hadiah ni..kalau bukan kerana Tasha yang bagi tahu tentang ulang tahun Nia..Adam pasti tak akan belikan untuk Nia.

“Tolong jangan seksa hati Nia lagi. Nia rela Adam dengan Rasya kalau itu dapat membahagiakan Adam. Air mata diseka.

“Maksud Nia apa?”

Nia tidak menjawab. Dia menyerahkan semula beg kertas itu.

“Adam tanya maksud Nia apa tadi”soal Adam ketika Nia berpaling mahu masuk ke dalam rumah.

Lengan Nia ditarik kasar apabila Nia tidak mengendahkan pertanyaannya.

“Adam tanya ni..apa maksud Nia. Boleh tak Nia jangan rahsiakan apa-apa daripada Adam. Kita kawan dah lama perlu ke nak rahsia lagi”ujar Adam.

“Ok fine. Nia akan berterus-terang. Nia cintakan Adam. Nia sayangkan Adam..Dari dulu lagi. Tapi Nia tak sempat nak luahkan perasaan Nia pada Adam sebab Adam terlebih dahulu sukakan orang lain. Sekarang puas hati Adam bila dah dengar apa yang Nia cakapkan”marah Nia.

“Tapi kita kan kawan..macam mana Nia..”soal Adam teragak-agak. Kenapa dia tidak menyedari tentang perasaan Nia terhadapnya.

“Nia sendiri tak tahu bila Nia jatuh cinta pada Adam. Nia takut nak berterus-terang pada Adam. Nia takut Adam bencikan Nia. Tapi sekarang ni Nia sedar diri. Pipit dengan enggang mana boleh terbang bersama.”

“Adam baliklah..Nia minta maaf kalau kata-kata Nia mengganggu Adam. Tolong lupakan apa yang Nia katakan. Nia gembira kalau Adam gembira. Nia harap apa yang Nia cakapkan tadi tak membuatkan Adam jauh dari Nia walaupun hakikat sebenarnya Adam memang dah jauh dari Nia ”

“Nia..Adam nak minta maaf. Adam tak boleh terima. Tapi walau macam mana pun kita masih kawan kan. Adam janji Adam akan selalu ada untuk Nia”

Nia tersenyum sinis.

“Nope..Adam jangan janji kalau tak boleh tepati. Dalam masa sebulan ni ada Adam hubungi Nia. Tanya khabar Nia..sihat ke tidak. Tak kan. Adam semenjak ada Rasya Adam dah berubah. Birthday Nia pun Adam boleh lupa apa lagi kalau kita dah tak berhubung nanti. Adam mungkin akan lupa terus siapa Nia.”

“Kenapa Nia tak telefon Adam.”

“Nia tak nak ganggu kegembiraan Adam dengan Rasya.”

Adam terkelu. Tidak sangka hampir dua minggu dia tidak menghubungi Nia. Nia juga tidak hubunginya disebabkan tak nak mengganggu kegembiraan dia bersama Rasya. Serba-salah dibuatnya. Nia masih memikirnya.

“Tapi satu yang Nia nak Adam tahu Nia cintakan Adam sebab diri Adam yang dulu. Bukan Adam yang sekarang yang handsome, pandai bergaya. Nia cintakan Adam yang skema, baik walaupun tak pandai bergaya. Dan andai kata Adam ada masalah Nia akan sentiasa ada kalau untuk Adam.”

Adam terdiam . Pengakuan Nia membuatkan fikirannya terganggu.

“ Dah lewat ni. Adam baliklah..Nia pun nak masuk..esok kerja kan. Assalamualaikum.”

Nia melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Adam yang masih berdiri dan membisu dari tadi di luar rumahnya.

Adam tidak mampu menahan Nia pergi. Dia meninggalkan perkarangan rumah Nia selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience