BAB 14

Romance Completed 5500

Selesai solat Nia merapikan diri. Tudung disarung semula kerana dia tidak pasti tetamu yang akan hadir adalah lelaki mahupun perempuan. Kata Nek Som mereka datang ingin tinggal sementara di sini. Nia membantu Nek Som menyediakan makan malam.

“Tetamu nenek tak sampai lagi”tanya Nia.

“Belum lagi..katanya…”

Suara orang memberi salam menghentikan percakapan Nek Som.

“Eh..tak kan dah sampai. Tadi kata lagi dua puluh minit”

“Tak apalah nek. Nenek pergi sambut tetamu nenek dahulu. Biar Nia siapkan semuanya. Lagi sikit je ni”

Nia menyediakan air minuman untuk tetamu tersebut. Dia mendengar suara perempuan yang bercakap dengan Nek Som. Tidak pasti berapa cawan yang perlu di bawa. Tak cukup nanti ambil sahaja lah. Dia melangkah ke ruang tamu. Dulang yang diletakkan cawan dibawa dengan berhati-hati.

Tiba sahaja dia ruang tamu dulang ditangan terlepas dari tangan. Bunyi lantunan kaca pecah mengejutkan semua yang beradi di dalam rumah.

Nia terkejut. Adam..macam mana dia boleh datang ke sini. Kaki Nia terpaku di situ.

“Ya Allah Nia..kenapa boleh sampai jatuh ni”ujar Nek Som. Dia melangkah kepada Nia.

Nia menunduk. Tidak sanggup melihat ke hadapan. Kini semua yang berada di situ memerhatikannya.

“Ma..maaf..maafkan Nia. Nia tak sengaja”Nia tunduk mengutip cawan yang sudah pecah.

“Ouchh..”disebabkan rasa gementar dan kekok tangan Nia telah terhiris dengan serpihan kaca.

“Kak Nia okay tak ni”

“Nia pergi bangun biar nenek buat benda ni”

Adam bangun bergerak kepada Nia. Dia ingin melihat luka di jari Nia. Nia yang perasankan arah tuju Adam pantas berlari ke dapur. Adam tergamam. Aina mengikut langkah Nia ke dapur.

“Akak”Aina menyentuh bahu Nia. Kelihatan Nia yang sedang menangis.

“Akak..Aina minta maaf. Aina tak tahu abang Adam nak bawa Aina datang sini. Okay Aina mengaku Aina bagitahu abang akak ada di perlis tapi Aina tak bagitahu akak ada di sini. Abang Adam yang cari akak sendiri.

Nia membisu. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Aina. Dia masih lagi terkejut. Tidak sama sekali dia berfikir bahawa Adam akan datang berjumpa dengannya pada hari ini. Nia mencuci luka di jarinya sebelum meletakkan ubat.

“Nia dah sudah..jomlah kita makan dulu”pelawa Nek Som kepada Aina dan Adam.

Aina dan Adam menuju ke meja makan. Makanan semua telah tersedia. Nia pantas mengambil tempat di hadapan Aina. Tidak sanggup rasanya mahu duduk di hadapan Adam. Aina tersenyum melihat tingkah Nia. Mereka semua makan dengan berselera.

Pada malam itu masing-masing duduk di ruang tamu sambil berborak. Adam tidak lepas memandang Nia dari tadi. Nia tidak mengeluarkan sepatah kata semasa mereka semua berbual. Dia lebih mendiamkan diri dan mendengar apa yang dikatakan.

“Kenapa akak senyap je dari tadi”soal Aina.

Nia hanya menggelengkan kepalanya. Aina pasti Nia mendiamkan diri disebabkan abangnya. Pasti Nia berfikir bahawa Aina sengaja memberitahu keberadaan Nia.

‘Abang Adam lah punya pasal ni. Paksa aku datang sini’

“Nia..dari tadi nenek tengok Nia senyap je dari tadi. Nia ada masalah ke. Kenapa tak berborak dengan Adam ni. Diakan kawan Nia dan Tasha.”tegur Nek Som.

Nia membisu lagi. Dia hanya melemparkan senyuman kepada Nek Som. Kebisuan Nia membuatkan Ada tidak senang apa lagi Nia tidak langsung memandang kepadanya. Masih marah ke Nia kepadanya. Dia terus-menerus memandang kepada Nia. Dia rindukan gadis tu.

“Nek..Nia mengantuk. Nia masuk tidur dulu boleh tak”tanya Nia. Dia bukannya mengantuk sangat pun. Dia cuma mahu menghindarkan diri dari Adam.

Selepas mendapat keizinan dari Nek Som, Nia berlalu ke biliknya.

“Akak tidur dulu”ujar Nia kepada Aina. Adam langsung tidak ditegurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience