BAB 23

Romance Completed 5500

Adam yang mendengar namanya seperti dipanggil meliarkan pandangan di sekeliling. Betapa terkejutnya dia melihat Nia dan Tasha berada di situ. Dia dapat melihat dengan jelas situasi dimana Nia menarik tangan Tasha untuk beredar dari situ.

Tasha yang sengaja mengeraskan badannya membuatkan Nia geram.

“Fine aku balik seorang. Kau pergilah shopping sendiri.”Ni terus pergi meninggalkan tempat itu.

“Nia…Nia..janganlah tinggal aku.” Jerit Tasha. Dia tidak kisah pun sebenarnya ditinggalkan Nia. Biar dia jumpa dengan Rasya tu.

Adam sudak tidak terkata apa. Dia bagaikan terkaku melihat langkah tunangnya yang laju meninggalkan Tasha sendirian. Dia suda tidak sedap hati lantas tangan Rasya yang memegang lengannya dilepaskan kasar. Dia berlari mengejar langkah Nia yang semakin jauh.

“Adammmmm”jerit Rasya. Sakit hatinya apabila ditinggalkan Adam. Tasha tersenyum mengejek melihat riak muka Rasya.

“Padan muka kau” Tasha masih lagi ingin menyakitkan hati Rasya.

“Hei apa masalah kau hah” marah Rasya dengan suara yang tinggi.

“Terjerit-jerit macam monyet kat dalam mall ni kenapa. Tak tahu malu. Tengok tu ramai yang tengok kau menjerit ni.”

Rasya melihat sekeliling Baru dia sedar dirinya diperhatikan. Dia menunduk. Segan.

“Chow dulu. Bye” Rasya tersengih sinis. Kalau tak cari pasal dengan orang tak sah Tasha ni.

‘Aduhhh..tak kan nak jalan sorang-sorang. Ruginya tak ikut Nia tadi. Tulah padan muka kau’

Tasha mengambil keputusan untuk membeli barang dapur. Satu je tujuan dia. Nak bawa balik rumah Nia. Nak suruh Nia masakkan untuk dia. Apa punya kawanlah dia. Hahaha. Dia menghantar pesanan kepada Nia memberitahu hajatnya.

Adam berpusing-pusing mencari kelibat Nia. Dari jauh dia dapat melihat Nia sedang menunggu teksi di tempat menunggu. Adam lantas masuk ke dalam kereta nak bergerak menuju ke tempat Nia. Dia memberhentikan keretanya dia hadapan Nia dan membunyikan hon keretanya.

Nia sedar kereta Adam berada dihadapannnya. Tapi dia selamba buat tidak tahu. Malah sibuk bermain dengan telefon bimbitnya.

Adam keluar dari perut kereta apabila tiada reaksi daripada Nia. Dia mengambil tempat di sebelah Nia. Nia masih lagi tidak mempedulikan Adam.

“Nia buat apa”

“Rabun ke? Tak pakai contact lens ke hari ni. Tak nampak orang buat apa. ” sinis.

“Adam nampak..”

“Dah tu lagi nak tanya.” Nia memotong cakap Adam.

“Nia…”

“Pergilah balik.”

“Nia tak nak balik.” Tanya Adam. Dia mencuri pandang ke arah Nia yang masih lagi tidak

memandang kepadanya.

“Tunggu teksi”

“Ikut Adam. Adam hantarkan eh”

“Malas”

“Nia..please”

“Orang cakap tak nak tu tak naklah.”marah Nia.

“Sayang..please. Janganlah macam ni. Susah hati Adam macam ni. Adam hantar Nia eh”

“Susah? Bukan Adam senang hati dapat keluar dengan Rasya?” usai berkata Nia terus memboloskan diri ke dalam kereta milik Adam.

‘Nak sangat hantar aku kan’

Masing-masing membisu di dalam kereta. Nia melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak rasa ingin berbual. Lagipun dia sedang marah dan sakit hati dengan Adam.

“Nia, Adam boleh explain. Semuanya salah faham. Adam dengan Rasya…” terhenti ketika Nia ingin keluar dari kereta.

“Adam fikirlah baik-baik hubungan kita ni., Kalau Adam nak teruskan go ahead. Kalau Adam rasa Adam masih sayangkan Rasya, Adam boleh putuskan pertunangan kita. Nia tak nak orang yang tak ikhlas terima Nia. “

“Dahlah, Adam pergi balik fikir apa yang Nia katakan ni. Nia masuk dulu. Assalamualaikum”

Adam mengeluh. Dia hanya mampu melihat langkah Nia yang sudah menjauh dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah.

“Abang ni sayang Kak Nia ke tak?” soal Aina.

“Mestilah abang sayang tunang abang tu”

“Habis tu yang abang boleh pergi keluar dengan Rasya kenapa. Tak ingat dekat tunang?”soal Aina. Dia memandang tajam kepada Adam.

“Abang kawan je dengan Rasya tu. Hari tu yang abang keluar dengan Rasya sebab Rasya nak minta maaf dengan abang atas apa yang dia pernah buat dekat abang dulu.”

“Betullah apa yang abang cakap ni” Adam berkata bersungguh-sungguh apabila dia yakin Aina masih tidak mempercayainya.

“Abang yakin dengan perasaan abang ni. Abang cinta dan sayangkan Kak Nia?”

“Betul Aina. Abang yakin sangat-sangat”

“Jadi abang nak buat apa sekarang”

“Teruskan pertunangan abang dengan Nia lah. Abang sayang gila dengan tunang abang tu.” Aina mencebik apabila mendengar perkataan sayang keluar dari mulut abangnya.

“Tapi..”

“Tapi apa…”pintas Aina.

“Abang cakap jangan menyampuk.” Marah Adam.

“Tu pun nak bising. Hah..cakaplah nak cakap sangat tadi.”bidas Aina lagi. Berlawan kata je dua orang ni.

“Tapi abang nak suruh mama dan papa pujuk Nia suruh percepatkan perkahwinan kita orang. Kalau Kak Nia merajuk tahulah abang nak pujuk macam mana.”

“Abang yakin ke Kak Nia nak. Aina rasa Kak Nia dah give up dekat abanglah.”sengaja Aina mengusik Adam.

“Hah..mana Aina tahu?” soal Adam.

“Kak Nia mesej Aina hari tu bagi tahu pasal hati dia dah penat tunggu abang.” Makin suka Aina menambah cerita.

“Mamaaaaa…mamaaaaa”jerit Adam. Aina tidak tahan ketawa. Dia menekan-nekan perutnya melihat riak wajah abangnya yang sudah cuak.

“Ya Allah. Adam apa yang terjerit-jerit malam-malam ni.”

“Adam nak mama cepatkan tarikh nikah Adam dengan Nia. Adam tak kira. Adam nak kahwin dengan Nia secepat yang mungkin.” Adam terus masuk ke dalam bilik. Seperti cacing kepanasan Adam di dalam bilik. Ke hulu ke hilir memikirkan tentang Nia.

“Abang tu hah buat hal dengan Kak Nia. Aina usik lah sikit. Tu yang jadi tak keruan tu” Aina ketawa.

“Habis tu yang nak suruh mama cepatkan tarikh nikah dia tu kenapa.”

“Buat jelah ma..Nanti merajuk abang tu susah nak pujuk.” Balas Aina. Tangannya laju menaip di screen telefon bimbitnya. Misi Berjaya.

Adam mengukirkan senyuman penuh makna sebaik sahaja melihat Nia melangkah masuk ke dalam biliknya. Kini Adam sudah sah menjadi suami kepada Nia. Segala rasa runsing dan bimbang yang dia tanggung telah lenyap sebaik sahaja dia melafazkan akad nikah.

“Apa senyum-senyum”kata Nia. Dia selamba membuka tudung. Rambutnya dileraikan. Dia ingin mandi setelah seharian dia memakai baju pengantin. Panas dan rimas. Nia mengambil pakaian lalu terus masuk ke dalam tandas.

Adam terpegun melihat rambut panjang Nia yang tidak pernah dia lihat selama ini. Marah lag ke Nia kepada dia…Nia melangkah keluar setelah dua puluh minit berada di dalam tandas.

“Dah solat ke belum” soal Nia. Adam menjawab dengan anggukan sahaja.

“Pergilah mandi. Bau dah macam apa dah ni. Nia nak solat dulu.” Adam tersengih. Nia..Nia.

Setelah selesai solat Nia menyediakan pakaian Adam. Dia memlilh sehelai kain pelikat dan tshirt biasa. Adam keluar dengan hanya bertuala. Nia segan melihat Adam dan ingin buru-buru keluar dari bilik itu.

“Oopss, sayang nak pergi mana”Adam meraih pinggang Nia dari belakang. Badan Nia tersandar pada badan Adam.

“Err..nak pergi dapur. Haus. Lepaslah Adam. Pergilah pakai baju. Nia dah sediakan tu hah”

“Adammm..”Nia mencuba merungkaikan pegangan Adam di pinggangnya. Makin di cuba makin ketat pulak Adam peluk.

“Panggil Adam, biy. Selain daripada tu tidak dilayan.” Mengada-mengada pulak Adam ni.

“Lepaslah Adam”Nia tidak mengikut kata Adam.

“Cuba dengar cakap suami”tegur Adam. Nia mencebik.

“Panggil abang tak boleh ke” soal Nia sambil memandang wajah Adam yang tersengih-sengih. Bagi penampor baru tau…Hish..tak baik Nia..

“Tak boleh. Rasa macam Aina pulak yang panggil. Tak nak. Tak kira kena panggil biy jugak.” Macam budah-budak.

“Yelah-yelah. Biy lepaskan pinggang Nia.” Adam tersenyum lantas memberikan ciuman di pipi Nia.

“Dahlah. Cepat lepaskan.” Adam menunjukkan pipinya pula. Minta dicium.

“Main-mainlah Adam oopss biy ni.”

“Cepat sayang.”gesa Adam. Nak tak nak terpaksalah Nia mencium pipi suaminya.

“Okay. Tolong buatkan susu panas untuk biy okay. Biy tunggu sayang. Banyak benda nak cerita dengan Nia tau.”

Sementara menunggu Nia, Adam membalas setiap mesej yang dikirim daripada kawan-kawannya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Nia melihat Adam yang sudah lengkap berpakaian baring di atas katil sambil bermain handphone. Dia meletakkan susu panas di atas meja.

“Sayang”panggil Adam. Dia menepuk tilam meminta Nia duduk disebelahnya.

“Ermmm”

“Sayang marah lagi ke dengan biy” soal Adam. Dia melingkarkan tangannya untuk memeluk pinggang Nia.

“Tangan tu cuba duduk diam.”rungut Nia. Dia cuba meleraikan tanngan suaminya tetapi pegangan Adam yang cukup kuat menyukarkan Nia untuk melepaskan diri dari Adam.

“Biarlah. Isteri biy kan. Hak milik biy. Suka hati biy lah.” Adam mencebik apabila Nia terus menerus ingin melepaskan diri darinya. Nia terdiam.

“Marah lagi..ermm” tanya Adam. Dia merenung wajah Nia.

“Betul ke keputusan biy ni”?soal Nia pula. Nia turut memegang tangan Adam yang berada dipinggangnya. Adam tersenyum melihat reaksi positif Nia.

“Maksud sayang”

“Betul ke keputusan biy pilih Nia daripada Rasya.”

“Sayang dengar sini. Biy cinta dan sayangkan Nia Cuma seorang sahaja. Tak ada permpuan lain lagi dah. Rasya tu masa silam biy. Nia ni masa depan biy. Faham. Semuanya salah faham sahaja. Biy memang dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia.”

“Okay..Nia dah tahu dah”Nia memberikan senyuman manis kepada Adam. Adam terkesima.

“Mana sayang tahu.” Adam mengecilkan matanya.

Nia mengusap wajah suaminya. Ditenung wajah yang dulunya skema dengan cermin mata tebal rambut yang outdated yang telah berubah kepada Adam yang dilihatnya sekarang. Dia memberikan ciuman di pipi Adam.

“Adik ipar kesayangan Nia lah. Tapi sebenarnya mastermindnya Nia. Nia yang suruh cakap dekat biy yang Nia ni dah give up tunngu biy” Jawab Nia sambil ketawa melihat riak geram pada wajah Adam.

“Nia ni kan. Tak patut buat biy macam tu. Orang punyalah takut tak dapat kahwin dengan dia.” Adam mencubit kedua-dua pipi Nia. Geram.

“Siapa suruh biy sakitkan hati Nia. Masa jumpa Rasya hari tu bukan main lagi tengok macam nak keluar biji mata. Lepas tu bawak pergi makan. PIlih makanan kegemaran Rasya. Lepas tu jumpa pulak kat mall. Rasya tu siap pegang lengan biy lagi. Biy lagi suka agaknya kan.”bebelan Nia terasa indah di telinga Adam.

“Okay-okay. Biy minta maaf. Tak bermaksud pun nak buat sayang macam tu. Biy terima dia ajak keluar pun sebab dia kata nak minta maaf dengan biy sebab pernah permainkan biy. Tu je.” Terang Adam bersungguh-sungguh. Tidak mahu isterinya salah faham lagi.

“Tapi dia sentuh biy, biy tak halang pun.” Bila terfikirkan tentang itu terus Nia melepaskan tangannya dari memegang tangan Adam.

“Sayang..ishh janganlah merajuk. Biy masa keluar dengan dia hari tu okay je. Tahu-tahu je dengar nama biy macam ada orang jerit. Masa tu baru biy sedar Rasya pegang tangan biy. Tapi sebelum tu memang tak ada. Sebab tu biy kejar sayang.”

“Betul ni?” tanya Nia inginkan kepastian.

“Betul sayanggggg.”Adam mengeratkan lagi pelukannya.

“Okay. Nia percaya. Tu susu biy tu, tadi suruh Nia buat. Kan dah sejuk dah ni.” Bebel Nia.

“Sejak bila pandai membebel ni.”soal Adam sambil ketawa.

“Sejak kahwin dengan biy lah ni.”

“Amboi. Kita pulak yang salah. Nak kena ni.”

“Dah-dah. Jom tidur. Esok nak bangun pagi. Majlis kita tak habis lagi biy.” Ujar Nia.

“Yes boss.” Usik Adam. Setelah Nia baring disebelah Adam, Adam menyelimutkan Nia. Nia membalas senyuman Adam.

“Selamat malam biy. Assalamualaikum.” Nia sempat mengucup tangan Adam sebelum tidur.

“Selamat malam sayang. Waalaikumsalam. Jom tidur.” Adam membalas dengan salam dan ciuman di dahi Nia.

Ditatapnya lagi isterinya itu, sejujurnya makin menggebu perasaan sayang dan cinta terhadap Nia. Entah kenapa seakan ada satu perasaan yang menjengan malam ini pada dirinya iaitu takut kehilangan isterinya itu. Seraya tubuh gebu isterinya dipeluk erat. Tuhan, lindungi cinta kami, lindungi kekasih hatiku ini, pelihara cinta kami ini sehingga ke akhir hayat kami berdua. Aku ingin berdua bersamanya dalam suka mahu pun duka, tangis dan tawa, susah mahupun senang.

Ini adalah cinta real, bukan drama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience