BAB 1

Romance Series 7166

BEDEBUKKK!

Bagai nangka busuk, tubuh Maisara tersungkur ke lantai akibat tamparan suaminya. Tangisan dan jeritan Maisara berselang-seli membuatkan anak tunggal mereka, Raisyah menekup kedua belah telinganya.

Dia tidak mampu membantu ibunya. Apatah lagi menepis pukulan ayahnya yang begitu kasar. Hanya linangan air mata saja yang menemani dirinya tika itu. Meronta-ronta hati kecil itu berdoa supaya ayahnya berhenti memukul ibunya.

Tanpa mempedulikan rayuan Maisara, tubuh itu dipukul berkali-kali hingga akhirnya Maisara terlentok tidak berkutik. Darah pekat mengalir dari hujung bibirnya yang pecah akibat tumbukan suaminya.

"Hoi! Bangunlah! Kau dah mampus ke?! Hoi!" Jerit Zahim sambil menendang perut dan kaki isterinya. Direntap rambut isterinya dengan sekuat hati namun isterinya tetap tidak bergerak.

"Baik kau bangun sekarang! Kau jangan nak main-mainkan aku lah!" Ditampar berkali-kali pipi yang sudah kemerahan dan kian membengkak itu.

Zahim menjadi tidak keruan. Genggaman jarinya pada rambut sang isteri dileraikan. Terasa menggigil jari jemarinya. Tak mungkin isterinya telah tiada! Dia menggeleng perlahan. Kedua tangannya dibawa ke kepala.

"Tak! Aku tak bunuh dia! Tak! Hoi! Bangunlah! Kau jangan nak takutkan aku! Bangunlah!!" Tiba-tiba, rasa bersalah menerpa fikirannya sekaligus menghadirkan perasaan menyesal. Ditarik tubuh itu ke dalam pelukan. Dia menangis.

"Maafkan aku. Maafkan aku, sayang. Aku berdosa. Aku berdosa..." Rintihnya.

TUP! TUP!! TUP!!!

Pintu rumah diketuk bertalu-talu sekaligus mengejutkan Zahim dari tangisannya. Terbelalak matanya apabila pintu yang tidak berkunci itu diterajang dari luar. Raisyah yang mengintai di suatu sudut tersorok menekup erat mulutnya.

"Hoi! Hutang bos kita orang bila kau nak bayar? Hah?!" Soal lelaki dengan parut dipipi kirinya. Manakala seorang lagi menghampiri Maisara.

"Cantik jugak bini kau kan? Dia dah mati ke? Aku nak lenjan dia boleh tak?" Soal lelaki itu sambil menjilat bibirnya yang terasa menjejes.

"Kau jangan sentuh bini aku lah, SIAL!" Ditolak tubuh berotot itu supaya menjauhi isterinya. Namun, apakan daya. Kudratnya tidak setanding dengan lelaki itu. Akhirnya, tubuhnya jugak yang tersungkur ke lantai.

"Heh! Tak padan dengan tubuh sekeping! Ada hati nak lawan aku yang macam badang nie! Mehlah! Kau nak lawan sangat kan? Mari!" Lelaki itu mencabar Zahim tanpa ragu-ragu.

"Arghhhh!!" Jerit Zahim sambil berlari ke arah mereka berdua.

Tanpa membuang masa, kedua lelaki itu terus memukul Zahim sehingga terkulai tubuh itu disisi isterinya. Kemudian, kepalanya dipijak oleh lelaki itu menggunakan tapak kasut bootnya. Manakala seorang lagi telah mengeluarkan pistol dari poketnya.

"Memandangkan kau tak boleh nak bayar hutang bos kami, jadi kami terpaksalah tamatkan riwayat kau. Bos kami pesan, hutang dibayar dengan nyawa. So, tataplah muka bini kau nie puas-puas sebelum kami hantar kau jumpa bini kau pulak!" Tempek lelaki itu sebelum mengangkat kakinya dari kepala Zahim.

Mengalir air mata Zahim saat itu. Bukan kerana dia takut akan dibunuh nanti tetapi kerana perasaan bersalah terhadap isterinya. Tanpa sedar, dia telah melenyapkan senyuman manis pada wajah itu. Dek kerana sikapnya yang suka berjudi itu, isterinya pula dijadikan tempat melepaskan kemarahannya.

Buat kali terakhir, dia menyentuh lembut pipi isterinya sebelum tubuhnya direntap untuk bangkit. Dia telah ditendang keluar dari rumah itu. Disebabkan rumah mereka jauh dari kawasan kejiranan, maka tiada sesiapa yang mengetahui kejadian itu berlaku.

Lama Raisyah menunggu ditempat persembunyiannya. Apabila melihat keadaan sudah reda, barulah dia berlari keluar menghampiri pintu. Lantas, ditutup dan dikunci pintu itu sebelum dia mencapai telefon bimbit ibunya dan mendail ambulance.

Dihampiri tubuh ibunya. Berjujuran lagi air matanya membasahi pipi. Semakin dikesat, semakin deras pula air matanya mengalir. Tubuh itu dipeluk seeratnya.

"Ibu, janganlah tinggalkan, Syasya. Syasya takde sape-sape, ibu. Bangunlah ibu." Rintihnya.

Tiba-tiba, Maisara berdecit. Kepalanya yang terasa sakit dipegang. Terkejut Raisyah melihat ibunya. Lantas, dileraikan pelukannya. Dia terus bangkit berlari mendapatkan segelas air untuk ibunya.

"Mana ayah?" Soal Maisara sambil menyambut huluran gelas berisi air dari tangan anaknya.

"Tadi ada orang hutang datang jumpa ayah. Teruk ayah kena belasah. Ada sorang tu bawak pistol, ibu. Lepas dia orang belasah ayah, dia orang bawak ayah pergi." Tersedu-sedan Raisyah bercerita.

Maisara terus menarik anak kecil itu ke dalam pelukannya. Dikucup ubun-ubun anak itu berkali-kali. Tangisan yang mengalir dibiarkan saja. Raisyah turut membalas pelukan ibunya seeratnya.

Hai semua ^_^ Meh support eyka. Klu suka story eyka, jgn lupa rate & komen tau :) Love uolss ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience