BAB 5

Romance Series 7166

Pintu kelas dibuka perlahan. Kelihatan tempat duduk semua telah penuh. Hanya satu bangku saja yang kosong. Raisyah tarik muka bila melihat Dayyan sudah tersenyum manis ke arahnya.

Aduh! Duduk dengan dia lagi! Kutuk hati wanitanya.

"Hai cantik. Kenapa lambat? Jalan jem ke?" Jelingan tajam Raisyah hadiahkan kepada lelaki disebelahnya ini. Tersengeh Dayyan akan reaksi Raisyah.

"Dah breakfast? Kalau belum, ambiklah roti nie. Saya terbeli lebih tadi." Sebungkus roti sosej diletak ke atas meja bersama sekotak air chocolate dutch lady. Macam tahu-tahu saja si Raisyah nie tak sempat sarapan.

"Tak payah susah-susah. Nanti aku beli sendiri." Tolak Raisyah. Dayyan berdecit.

"Ambiklah roti nie. Sayang tau kalau saya buang. Membazir kan amalan syaitooonnn. Ambiklah... Ambik ehhh..." Dipujuk-pujuk hati yang beku itu. Raisyah buat endah tak endah saja.

"Ke... awak nak saya suapkan?" Bisik Dayyan di telinga kanan Raisyah. Terus membulat biji mata Raisyah tika melihat Dayyan sudah memegang hujung plastik roti.

"Fine! Aku ambik. Tak payahlah nak ugut-ugut! Ish!" Rungut Raisyah sambil menarik kedua makanan itu. Dayyan tertawa. Suka benar dia mengusik bunga mawar berduri itu.

"Awak nie asyik nak marah je lah. Janganlah marah-marah. Nanti muka awak cepat tua tau!"

"Biarlah. Muka aku bukan muka kau. Sibuk je!"

"Tengok tu! Garang betullah!" Dayyan tarik muka. Garis-garis rajuk sudah kelihatan pada wajahnya yang putih bersih tanpa jerawat itu.

"Nak merajuk? Kisah pulak aku..." Dayyan mengulum senyuman tipis.

"Mana boleh saya merajuk lama-lama dengan awak..." Berkerut alis mata Raisyah mengamati wajah tampan milik Dayyan.

"Sebab?" Lurus Raisyah bertanya.

"Sebab nanti saya rinduuu..." Bukan main panjang lagi muncung bibir yang kemerahan bak lipstik flirty me keluaran dxyx itu.

"Eyyy! Menyampah!" Dijeling lagi si Dayyan.

"Jeling-jeling... Tahulah mata dia cantik. Tapi, saya tak kisah pun. Jelinglah lagi sebab saya tahu cuma saya je yang dapat perhatian macam tu dari awak."

"Aduh! Aku penatlah layan kau. Diam boleh tak?" Soal Raisyah bengang.

"Hmmm... Janganlah penat dengan saya." Dayyan buat muka comel sambil menunjuk isyarat jari telunjuk kanan bertemu dengan jari telunjuk kiri.

Raisyah menghela nafas panjang. Seraya itu usikkan Dayyan terhenti saat Professor Ahmad melangkah masuk bersama beg kerjanya.

Aniq menongkat dagu. Dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang. Bagai tidak percaya gadis pujaannya itu kini menjadi kekasihnya. Terbayang-bayang senyuman Saffiyah dalam matanya.

Haih... Bilalah aku boleh halalkan dia niee? Lambatnya nak habis study.. Desis hatinya.

Dari jauh matanya menangkap sosok tubuh Raisyah yang ditemani oleh Dayyan. Dia tersenyum sinis. Kasihan pun tidak terhadap Raisyah. Malah, dia bersyukur kerana gadis itu tidak lagi mengejarnya seperti dahulu. Kini dia bahagia bersama Saffiyah tanpa gangguan Raisyah.

Tiba-tiba, bahunya disentuh seseorang. Dia tersentak. Tanpa sengaja dia melatah. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan Saffiyah sudah tertawa melihat reaksi spontan buah hatinya itu.

"Sayang... Terkejut saya." Ujar Aniq, manja.

"Nampak jugaklah muka terkejut awak tu..." Balas Saffiyah bersama sisa tawanya.

"By the way, awak dah lunch? Kalau belum, jom lunch sama-sama." Saffiyah mengangguk setuju tanpa banyak bicara.

Dalam diam Aniq tersenyum. Dalam fikirannya ligat merancang sesuatu. Memang cun plan yang dirancang itu. Yakin je plan dia menjadi.

Ketika Raisyah dan Dayyan melalui laluan itu, Aniq dan Saffiyah turut menggunakan laluan itu. Saat mereka bertentangan mata, Aniq menyentuh jari jemari Saffiyah. Tergamam Saffiyah sambil menoleh buah hatinya itu sebelum tersenyum bahagia.

Wajah Raisyah berubah. Dia memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di air wajahnya. Matanya merenung sayu.

Namun, Raisyah cepat-cepat mengawal air mukanya. Dia tidak mahu nampak lemah dihadapan lelaki itu. Cukuplah dia menangis selama ini. Cukuplah lelaki itu mengherdik dan menghalau dia untuk pergi. Cukup!

Tika masing-masing sedang melayani emosi, ada hati yang berdetik.

"Hey, korang nak pergi lunch ke?" Sapa Dayyan dengan wajah cerianya.

Raisyah pulak? Awal-awal telah meninggalkan Dayyan disitu. Malas dia mahu menjadi tunggul disitu. Melihatkan wajah pasangan itu saja sudah cukup menyakitkan hatinya. Apatah lagi mahu bermesra disitu. Memang tidaklah. Bak kata pepatah, pinggan tak retak, nasi tak dingin. Orang tak hendak, dia lagi tak hingin!

Pegangan pada jemari Saffiyah dileraikan. Rasa bersalah pula dia pabila menyentuh gadis itu semata-mata untuk menyakiti hati Raisyah. Walhal gadis itu tidak menunjukkan reaksi apa-apa pun atas perbuatannya itu. Saffiyah ketap bibir. Mungkin Aniq malu dihadapan Dayyan, fikirnya.

"A'ah. Jomlah join sekali." Ramah Aniq membalas.

"Ohh... Takpelah. Aku nak teman Raisyah cycling nie." Balas Dayyan sambil melangkah pergi meninggalkan pasangan itu.

"Orite. Pape roger!" Laung Aniq tika Dayyan sudah sepuluh langkah dari mereka berdua.

Menonong saja Dayyan berlalu tanpa perasan Raisyah berselindung dibalik dinding disitu. Kemudian, dia keluar dari situ dan merapati Dayyan dari belakang.

"Kenapa kau tipu dia orang?" Soal Raisyah membuatkan Dayyan pantas berpaling. Langkahnya diperlahankan supaya dapat seiring dengan Raisyah.

"Malas nak kacau daun. Lagipun boring lepak dengan dia orang. Kalau ada awak, lainlah. Saya boleh sweet-sweet dengan awak." Sinar gembira mengerlip di matanya yang bulat kehitaman itu.

"Dasar gatal..." Raisyah tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience