BAB 7

Romance Series 7166

Raisyah tergamam melihat kelibat lelaki awal 50 an yang menanti Saffiyah di sebuah kereta. Kemesraan yang terpancar antara mereka berdua menerbitkan rasa curiga dalam hatinya. Tak mungkin mereka punya hubungan! Detik hatinya.

Ingatannya masih segar tentang lelaki itu. Sampai mati pun dia takkan pernah melupakan segala yang telah terjadi! Siapa sangka, lelaki yang pernah memberinya rasa nyaman suatu ketika dahulu telah meletakkan nyawa dia dan ibunya sebagai galang ganti.

Siapa menduga, lelaki yang seharusnya melindungi mereka telah menyakiti mereka sehingga hampir meragut nyawa ibunya. Dia lah...

Ayah...

Sejurus itu, awan mendung bergayutan di pelipis matanya. Juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya. Tiba-tiba, lelaki itu menoleh sekilas ke arah tempat Raisyah berdiri. Bagaikan terkejut, Raisyah terundur setapak ke belakang.

PAP!

Kasutnya terpijak sesuatu. Pantas dia menoleh ke belakang. Perlahan-lahan, dia mendongak melihat siapakah gerangan jejaka dibelakangnya itu. Wajahnya terus berubah. Lelaki itu merenung matanya dengan seliratan tanda tanya.

"Eh, Sya. Kau okay tak nie? Kenapa nie?" Spontan saja soalan itu terpacul keluar dari bibir Aniq. Tanpa sedar, dia terpegang bahu kanan Raisyah yang berlapik baju itu.

Mulutnya seperti terkunci. Lantas, soalan Aniq dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Dia menoleh sekali lagi ke arah lelaki di kereta itu. Bibirnya diketap. Dia yakin lelaki itu ayahnya. Sayu dan pilu menghambat hatinya. Dia cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.

"Sya...?" Kali ini Aniq menggoncang kedua bahu gadis itu.

Wajah Aniq tampak bimbang. Kebisuan Raisyah menambah lagi kerisauannya. Meski mereka telah lama membawa haluan masing-masing. Namun, jauh di sudut hatinya masih peduli akan Raisyah.

"Cakap dengan aku, siapa buat kau nangis nie? Biar aku belasah dia! Sya..?" Pujuk Aniq.

"None of your business" Jawab Raisyah dingin sambil menepis jemari kekar itu dari terus menyentuh bahunya. Lantas, langkah kakinya diatur meninggalkan Aniq yang terkebil-kebil memerhatikan dirinya.

"Sya..?!" Panggilan Aniq dibiarkan sepi tanpa sahutan. Dilap air jernih yang mengalir menggunakan lengan bajunya.

Tanpa sedar, Saffiyah melihat perbuatan mereka berdua. Giginya diketap. Api cemburu menyala dalam matanya. Dia cuba mengawal amarahnya lalu nafasnya ditarik dan dihembus kasar.

Apa kaitan ayah dengan Saffiyah? Takkanlah ayah kahwin dengan mak Saffiyah pulak? Tak mungkin! Aku tak nak ada kaitan dengan perempuan tuh!

Berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya. Dadanya terasa sesak. Perasaannya pula bercampur baur. Serasa dunianya berputar. Akhirnya, dia terduduk di atas lantai. Dia menangis semahunya disitu.

"Raisyah...? Raisyah okay tak nie? Raisyah kenapa?" Soal Hannah. Entah dari mana pula gadis itu muncul.

Tanpa menjawab soalan Hannah, Raisyah terus memeluknya erat. Hannah membalas pelukan Raisyah. Lantas, dipapah Raisyah ke sebuah bangku kosong. Secawan kopi panas diberikan kepada gadis itu.

Raisyah beransur tenang walaupun masih tersedu-sedan. Hannah setia menemaninya. Meski mereka tidak begitu rapat, namun Hannah tetap melayani Raisyah dengan baik kerana begitulah didikkan dari keluarganya.

Hannah adalah seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga yang menerapkan ilmu agama sebagai panduan hidup, seorang yang merendah diri, sangat menjaga batasnya dengan ajnabi dan tidak pernah berkira dalam banyak hal. Dia juga seorang yang lemah lembut dalam tutur kata dan juga perbuatan.

"Raisyah..." Mata redupnya menjamah mesra wajah sungul Raisyah. Raisyah tidak menjawab, hanya matanya saja merenung sayu ke arah Hannah.

"Hannah tak tahu apa yang Raisyah alami. Tapi, Hannah tahu Raisyah terluka. Hannah nampak dalam mata Raisyah. Rasa sakit tu... betul-betul... dalam." Ujar Hannah.

Bergetar bibir merah bak delima itu menahan tangis. Air mata yang ingin menitis pantas diseka. Benar! Dia terluka! Dia marah! Dia sakit hati! Dia rasa nak menjerit sekuat hati! Namun, perasaan itu hanya mampu dipendam dan ditelan kerana tiada siapa yang dapat memahami perasaannya.

"Dulu kan kalau Hannah sedih, ummi selalu pesan dekat Hannah, baca surah Al-Insyiraah. In Shaa Allah, Allah akan menarik segala rasa sedih dalam hati kita. Tapi, Raisyah mesti yakin dan percaya pada Allah. Ingatlah, Hasbunallah Wani'mal Wakil, cukuplah Allah sebagai penolong kami." Hannah mengulum senyuman seraya itu menggenggam jemari Raisyah seolah memberi kekuatan.

Raisyah mengangguk sambil membalas genggaman Hannah. Terasa lapang dadanya bila dia membaca surah Al-Insyiraah bersama Hannah. Kini, dia dapat menghela nafas lega.

"Terima kasih, Hannah"

"Hannah hanya membantu. Semuanya atas izin Allah. DIA yang mengatur perjalanan hidup kita kerana DIA lah sebaik-baik planner. Kalau Raisyah rasa sedih, rasa give up, Allah adalah sebaik-baik tempat untuk Raisyah meluah. DIA yang tidak mengantuk dan tidak tidur, potongan ayat dari surah Al-Baqarah ayat 255." Raisyah mengangguk sambil tersenyum.

"Emmm... Hannah ada kelas pukul tiga nie. Hannah gerak dulu ya."

"Okay. Terima kasih sekali lagi, Hannah." Gadis itu hanya tersenyum.

"Emmm... Hannah?"

"Ya?"

"Kalau Raisyah nak jadi kawan Hannah, boleh?" Soal Raisyah sedikit gugup. Masakan tidak gugup, dia tidak pernah punya rakan perempuan sebelum ini.

"Boleh Raisyah. Hannah gembira mendengarnya. Jumpa lagi nanti, Raisyah. In Shaa Allah."

"Orite. Jumpa lagi nanti."

Nafasnya ditarik dan dihembus lembut. Bibirnya menguntum senyuman. Pandangannya dihala ke arah Hannah yang sudah menjauh.

Terima kasih Ya Allah sebab hadirkan orang baik dalam hidup aku. Detik hatinya.

~Kalau Allah nak hadirkan orang baik dalam hidup kita, sekelip mata saja benda tu boleh berlaku. Kun Faya Kun~ SHRMZ&B gais :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience