Diam tak diam, masa terus berlalu. Kini Raisyah telah berusia dua puluh tahun. Sejak kejadian itu, Raisyah dan ibunya telah berpindah keluar dari kampung itu dan memulakan kehidupan baru di Kuala Lumpur.
Maisara telah membuka sebuah cafe hasil dari duit simpanannya. Tabahnya seorang wanita bernama Maisara ini dalam membesarkan anak tunggalnya sendirian. Kadang kala dia menangis apabila terkenangkan suaminya. Entah apalah yang terjadi kepada lelaki itu. Bibirnya diketap.
"Ibu..." Tersentak Maisara apabila pinggangnya dipeluk tiba-tiba oleh Raisyah.
"Sya, terkejut ibu tau..." Ujar Maisara bersama senyuman manis.
"Ye ke ibu terkejut? Sya tak dengar pun ibu melatah tadi." Balas Raisyah tertawa sambil meleraikan pelukannya. Terus dicapai apron yang tergantung dan disarung pada tubuhnya.
Begitulah kebiasaannya aktiviti Raisyah. Apabila selesai saja kelas di universitinya, dia akan pergi ke cafe dan membantu ibunya. Walaupun sudah berkali-kali ditolak, Raisyah tetap juga berdegil mahu membantu ibunya. Alasannya, dia bosan duduk di rumah sendirian.
Ting! Ting!
Bunyi loceng dipintu menandakan ada pelanggan yang datang. Melebar senyuman dibibir Raisyah apabila melihat kawan baiknya, Aniq datang ke cafe. Lelaki itu menghampiri Maisara dan mengucup tangan wanita itu sebagai tanda hormat.
Aniq telah kematian ibunya pada usia tujuh tahun. Bapanya pula telah berkahwin lain. Namun, dia tidak selesa dengan ibu tirinya itu walaupun wanita itu melayaninya seperti anak kandungnya sendiri.
Sejak berkawan dengan Raisyah, Maisara lah tempat dia menumpang kasih. Dimana ada Raisyah, disitulah ada Aniq. Begitulah sebaliknya. Hubungan mereka bagaikan belangkas. Ke mana saja pasti berdua.
"Sya, macam biasa." Pesan Aniq sambil mengenyitkan sebelah matanya.
"Bereh boh!" Balas Raisyah dengan bersemangat.
Lincah saja tangan itu menyiapkan air kegemaran Aniq. Bibirnya menyanyi kecil. Hatinya senang sekali bila melihat kawan baiknya itu. Namun, senyuman itu mulai pudar apabila matanya menangkap dua pelajar perempuan mengambil tempat duduk berdekatan meja Aniq.
Bukan kerana malu dengan dua pelajar itu. Tetapi, kerana ada salah seorang dari pelajar perempuan itu menjadi pujaan hati rakannya, Aniq. Air mukanya cuba dikawal sebaik mungkin tika membawa minuman kepada Aniq.
"Weh, Sya. Kau tahu tak nama dia? Aku dah lama doh perati dia tu..." Bisik Aniq sambil mengulum senyuman. Matanya pula tak henti-henti mencuri pandang si gadis itu. Meluat pula Raisyah jadinya.
"Kau pergilah tanya dia sendiri. Tak gentle lah kau nie. Kau yang nak kenal dengan dia, aku pulak yang kena tanya nama dia. Malaih aku!" Berkerut kening Raisyah membalas soalan rakannya itu.
"Alah kau nie Sya. Bukannya aku suruh kau minta nombor dia pun. Aku suruh kau tanyakan nama dia jee. Tu pun nak marah." Balas Aniq masih berbisik. Kedengaran nada rajuknya.
"Iyalah. Nanti aku tanyakan. Haih! Sikit-sikit merajuk. Cakap sikit merajuk. Macam pompuan!" Jelingannya dibalas dengan segaris senyuman dari Aniq.
"Thank you, Sha. Nie yang buat aku makin sayang kau nie..." Usik Aniq dengan wajah cerianya.
"Menyampah!" Balas Raisyah menggunakan gerak bibir.
Aniq menongkat dagu menatap gadis itu. Masakan bisa dia tidak tertawan. Wajah yang putih kemerahan itu sungguh ayu apabila tersenyum. Lesung pipit di kedua belah pipinya mencantikkan lagi senyumannya.
"Fie, aku tengok budak lelaki tu asyik tengok kau je dari tadi." Bisik Delaila membuatkan Saffiyah melirikkan matanya ke arah Aniq.
"Ish kau nie, De. Entah-entah dia tengok kau. Bukan aku." Sangkal Saffiyah tersipu malu tika matanya bertemu dengan anak mata hitam galak milik Aniq yang sudah bersinar-sinar sedari tadi.
"This is your order, miss." Sapa Raisyah, mengejutkan Saffiyah dan Delaila. Raisyah menggaru batang tengkuknya yang tak gatal. Susah betul dia ingin menunaikan permintaan Aniq itu.
"Emmm... Nampak tak budak lelaki sengal dekat meja tu? Dia tanya nama kau." Lurus saja Raisyah bertanya dengan muka bertangkupnya.
"Hah?" Agak terkesima Saffiyah apabila mendengar soalan Raisyah. Dia menoleh ke arah Delaila yang sudah tersenyum kemenangan kerana tekaannya tepat sekali.
"HELLO?" Muka yang bertangkup bertambah kelat bila Raisyah terasa dirinya ibarat disidai pula disitu. Delaila pantas mencuit lengan Saffiyah sebagai isyarat meminta gadis itu menjawab soalan Raisyah.
"Ah? Saffie... Saffiyah." Jawab Saffiyah, lembut.
"Okay. Thanks." Belum sempat Saffiyah membalasnya, Raisyah telah beredar pergi. Tak ingin dia berlama-lama dimeja gadis itu.
"Saffiyah..." Raisyah mengajuk gaya Saffiyah menyebut namanya sambil mencebik.
Saffiyah mengulum senyum saat melihat Aniq melambaikan tangan ke arahnya. Terasa panas pula seluruh wajahnya. Tak pernah dia semalu ini bila berhadapan dengan lelaki yang meminatinya. Tapi bila dengan Aniq, perasaan itu ternyata berbeza.
Cinta segi tiga ke nie gais? Spe yg ada bff lelaki or pp je yg faham perasaan nie an.
Share this novel