Maisara membungkuskan bekalan buat anak daranya. Saat Raisyah mengucup tangannya, dia lantas bersuara sebelum terlupa.
"Sya, hari nie kelas habis pukul berapa?"
"Hari nie kelas habis pukul empat, bu. Kenapa bu?" Soal Raisyah kembali.
"Ibu dapat tempahan ritu. Rasanya tak sempat kalau ibu buat sorang. So, ibu perlukan anak kesayangan ibu niee..." Jelas Maisara sambil mencuit dagu anaknya. Raisyah tertawa manja.
"Okay ibu. Nanti habis kelas, Sya terus balik rumah ya. Sya pergi dulu bu." Ujar Raisyah sebelum menyalami ibunya. Kedua pipi ibunya juga dikucup.
"Hati-hati ya..."
"Baikkk..."
Raisyah melangkah beberapa tapak. Dia melihat sekelilingnya. Tiada satu pun kereta seperti kereta Dayyan. Dalam tak sedar, dia mengeluh perlahan.
Perasaan kesal mula menyelubungi dirinya. Hatinya dihimpit rasa sedih. Barangkali kerana dia terlalu berharap pada Dayyan. Mungkin lelaki itu sengaja mahu bermain dengan hatinya.
"Dasar jantan penipu!" Disepak kuat batu kerikil dihadapannya.
"Auch!" Pantas Raisyah mendongak ke arah jeritan itu. Kelihatan Dayyan menyeringai sambil mengusap kakinya yang kesakitan.
"Wehhh! Sorry! Sorry! Aku tak sengaja! Kau okay tak?" Soal Raisyah, panik sambil berlari ke arah lelaki itu.
"Hah? Okay... Okay..." Jawab Dayyan dengan wajah berkerut menahan sakit.
"Sorry weh! Aku... Aku tak tahu kau dekat sini. Aku ingat kau tak datang. Aku tak sengaja... Kalau aku tahu kau dekat sini, aku takkan... Urghh!! Kenapalah aku bodoh sangat..." Diketuk kepalanya beberapa kali.
"Hey..." Dayyan memegang pergelangan tangan kanan Raisyah. Gadis itu pantas mendongak, membalas tatapan lelaki dihadapannya itu.
"Saya okay. See? Please jangan pukul diri sendiri." Pujuk Dayyan sambil meleraikan pegangannya.
"Sorry... Aku tak sengaja..." Raisyah masih dengan rasa bersalahnya.
"Sekali lagi saya dengar awak cakap macam tu, saya kiss bibir comel awak tu. Nak?" Gertak Dayyan sambil cuba mencium wajah gadis itu. Pantas Raisyah menjauhkan diri. Tawa mereka kedengaran.
"Thank you sebab risaukan saya. Saya rasa terharu sangat." Tanpa diduga, Dayyan mengusap lembut ubun-ubun Raisyah sebelum menapak ke arah keretanya. Terkesima sang gadis dibuatnya.
"Awakkk... Jommm! Lambat nanti nak pergi kelas!" Laung Dayyan pabila melihat si gadis masih tercegat di sana dengan mulut terbuka kecil. Bagaikan tersedar, Raisyah pantas berlari masuk ke dalam kereta.
Ahmad menapak ke sebuah bilik di dalam rumahnya. Sebatang kunci ditusuk ke tombol pintu sebelum dibuka perlahan. Derapan kakinya kedengaran jelas di dalam bilik itu. Kini, dia berdiri dihadapan sebuah bingkai yang tertutup kain hitam.
Zapp!
Kain hitam yang ditarik, jatuh beralun ke lantai. Tersergam indah seraut wajah wanita yang amat dicintainya. Terus ingatannya membawa dia ke saat dia menikahi wanita itu. Lirikkan mata dan senyuman manis terbayang-bayang dalam anak matanya.
Disentuh lembut wajah yang dilapisi kaca itu. Bibirnya diketap. Perasaan sebak menyelubungi hatinya pabila teringat tindakan bodohnya waktu itu.
Berjurai air matanya bila melihat kedua tangannya. Tangan yang seharusnya mengenggam dan memeluk erat tubuh itu dari bahaya telah mencederakannya tanpa berfikir jauh. Mendodoi tubuhnya bila terbayang anak mata kecewa milik wanita itu.
"Maafkan abang, sayang. Tsk... tsk... Abang menyesal! Abang... tsk... tsk... Abang mungkir janji abang pada sayang. Abang lukakan hati sayang. Abang memang tak guna!" Rintihnya sendirian.
"Awak, saya nak pergi toilet kejap. Sakit perut pulak." Berkerut-kerut kening Dayyan menahan rasa.
"Orite..." Balas Raisyah sepatah sebelum meneruskan langkahnya. Tiba-tiba, namanya dipanggil. Dia pantas menoleh ke arah suara itu.
"Hannah?" Balas Raisyah bersama senyuman lebar. Mereka berpelukkan seolah-olah telah bertahun terpisah. Padahal satu universiti.
"Raisyah dengan siapa nie? Ada tunggu sesiapa ke?" Soal Hannah, ramah seperti selalu.
"Ohh... Tadi dengan Dayyan. Tapi, dia pergi toilet kejap. Sakit perut katanya. Nie, Hannah nak masuk kelas dah ke?" Soal Raisyah pula.
Belum sempat Hannah menjawab soalan Raisyah, Dayyan datang menyapa mereka. Terbantut terus niat Hannah. Pantas, dia menundukkan pandangannya pabila matanya bertemu dengan anak mata Dayyan.
"Raisyah, Hannah minta diri dulu ya. Nanti kita berbual lagi. Assalammualaikum." Hannah menapak pergi tanpa menunggu jawapan balas dari dua ketul itu.
"Awak, petang nie saya ada training." Ujar Dayyan tika mereka telah kembali mengatur langkah menuju ke kelas.
"Okay... So?"
"Sooo... Awak kena teman saya training dulu. Pastu, baru saya hantar awak balik."
"Ohhh... Alamak! Aku baru teringat. Hari nie aku kena balik awal. Aku kena tolong ibu aku." Balas Raisyah sebaik saja dia teringat pesan ibunya tadi.
"Tolong apa?" Blur pulak Dayyan tiba-tiba.
"Ibu aku dapat tempahan banyak. Kalau ibu aku buat sorang, memang tak siaplah. Takpelah, rini kau tak payah hantar aku balik. Aku balik sendiri je."
"Emmm... Kalau macam tu, saya tolong ibu sekali lah. Nanti saya cancelkan training tu."
"Ehhhh? Tak payahlah. Kau training jelah. Aku okaylah. Bukannya tak pernah balik rumah sorang."
"No... No... No... Saya takkan biarkan awak balik sorang. Lebih baik saya hantar awak daripada saya biarkan awak balik sendiri. Lagipun, awak tu tanggungjawab saya sekarang." Nada suara Dayyan kedengaran serius. Membulat biji mata Raisyah bila otaknya mentafsir ayat terakhir lelaki itu.
Raisyah tayang wajah meluat sambil membuat reaksi ingin muntah. Dayyan pula tertawa besar sehingga mengundang perhatian pelajar yang lalu lalang disitu. Lantas, Raisyah menepuk bahu lelaki itu sebagai isyarat 'kawal suara'. Dayyan terus menutup mulutnya kerana malu.
Share this novel