Hari itu Raisyah hadir ke fakulti seperti biasa. Cuma bibirnya saja tak lekang dari senyuman. Sepanjang perjalanan ke kelas, dia bernyanyi kecil. Hatinya dibuai rasa bahagia kerana kini dia dan ibunya tidak sendiri lagi. Mereka sudah miliki keluarga besar walaupun tanpa ayahnya.
"Dutch lady chocolate?" Sapa Dayyan entah dari mana. Tanpa menjawab sapaan Dayyan, air kotak coklat itu bertukar tangan.
"Awak dah ready ke nak buat misi kita?" Bisik Dayyan sambil menyedut dutch lady milk.
"Kita buat spontan je. Sebab kalau plan, biasanya tak jadi. Plus, aku tak nak kantoi kita fake." Dayyan mengangguk tanda faham.
"And..." Langkah Raisyah terhenti begitu juga dengan Dayyan.
Raisyah memalingkan tubuhnya ke kiri. Kini dia berhadapan dengan Dayyan. Anak matanya merenung ke dalam anak mata Dayyan. Tatapan tajam bersama straw yang masih dibibir munggil itu terasa seksi bagi Dayyan. Tiba-tiba, jantungnya berdegup kencang. Terasa nafasnya tersekat bila jarak mereka kini hanya seinci. Gadis itu mendongak ke arahnya sebelum bersuara.
"Please jangan fake dengan aku. Aku tak suka." Tutur Raisyah dengan wajah seriusnya. Usai berkata, dia kembali menyedut air kotaknya sebelum tersenyum ceria seperti tadi.
Dayyan kembali menghembus nafas sebelum tertawa kecil. Dia mengejar langkah Raisyah supaya dapat berjalan seiring dengan gadis itu.
"Kalau macam tu, let's make it real. I will treat you as mine..." Bisikkan halus menggoda dihujung ayat itu membuatkan Raisyah pula tercengang sehingga terhenti langkahnya.
Dilihatnya Dayyan yang sudah berjalan dihadapan tersenyum menoleh ke arahnya. Sempat lagi lelaki itu mengenyitkan mata kanannya ke arah Raisyah. Air liur yang ditelan terasa kelat. Menyesal pula rasanya pabila menyatakan pendiriannya terhadap lelaki itu tadi.
Mampus aku..! Detik hati sang gadis.
Di sebuah villa mewah, Ahmad melangkah masuk bersama Raiz. Mereka menemui Tuan Muazzam iaitu ayah kepada Saffiyah. Tuan Muazzam merupakan antara usahawan berjaya di Malaysia dek kerana telah memiliki perniagaan sendiri pada usia dua puluhan.
"Raiz, hari nie material dari China sampai. Ada dua kontena penuh." Raiz mengangguk tanda faham.
"Ahmad, aku nak kau pergi dekat satu cafe nie. Nama dia, Sugiho Cafe. Aku dengar cafe tu banyak menu yang sedap. So, aku ingat nak order 60 kotak biskut paling laris dekat cafe tu. And, aku nak order 60 cawan air eksklusif size large dari cafe tu jugak. Plus, aku nak tambah cheesekut dalam 70 kotak macam tu. Ada tiga flavour topping rasanya. Kau orderlah tiga-tiga flavour tu."
"Baik. Berapa jumlah tetamunya, tuan?" Soal Ahmad bersama pen yang sudah bersedia untuk mencatat maklumat seterusnya.
"Aku kira-kira, tetamu yang hadir ceramah tu nanti dalam tiga puluh orang plus minus. Oh! Aku hampir terlupa. Aku nak mintak kau invite Anak Yatim Al-Amin untuk join sekali ceramah tu. Kalau tak silap aku, anak-anak tu ada dalam dua puluh orang. Selebihnya untuk cikgu-cikgu dekat situlah dengan kita sekali."
"Baik tuan."
Maisara memusingkan tanda 'OPEN' di pintu cafenya. Payung meja diluar cafe dibuka. Berderaian halus air embun menitis ke bumi. Kemudian, dia menyembur pasu bunga yang telah disusun cantik di setiap meja kosong itu dengan air supaya bunganya terus hidup subur.
"Assalammualaikum..." Maisara pantas menoleh ke arah suara lelaki yang menyapanya itu. Dia terpana seketika. Matanya terpaksa dipejam celik beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya itu adalah benar atau hanya khayalannya saja.
"Abang..." Desisnya perlahan. Terus berkaca-kaca matanya melihat lelaki yang disangka suaminya itu. Menggigil bibirnya cuba mengawal perasaan.
"Maaf... Saya tak bermaksud nak menganggu puan. Saya datang nie nak buat tempahan." Ujar Ahmad sopan bersama segaris senyuman mesra.
"Puan? Abang. Abang tak kenal saya ke?" Soal Maisara sambil mengesat air mata yang sudah menitis dipipinya yang kemerahan menahan sebak.
"Ehh... Kenapa puan menangis nie? Maaf kalau sapaan saya tadi kedengaran kasar. Nah... Sapu tangan." Ahmad pantas menghulur sapu tangannya ke arah Maisara. Teresak-esak pula wanita itu jadinya.
"Tadi puan panggil saya apa? Abang? Kita pernah jumpa ke sebelum nie? Saya rasa nie baru first time saya datang sini."
Maisara terpana.
Mustahil suaminya tidak mengenali dirinya. Ditatap mata lelaki itu sedalamnya. Dia cuba mencari kebenaran dibalik wajah yang kebingungan itu.
"Nie Maisara lah bang. Maisara isteri abang. Abang tak ingat ke?" Soal Maisara lagi.
"Maaf puan. Saya rasa puan salah orang nie. Saya takde isteri. Siapa nama suami puan?" Soal Ahmad semula.
"Zahim. Muhammad Zahim Bin Mahdi."
"Ohhh... Saya, Ahmad. Ahmad Bin Othman." Terdiam Maisara seketika.
"Boleh saya tengok ic encik?" Soal Maisara tanpa ragu-ragu. Ahmad menurut tanpa bantahan.
"Oh... Betullah nama awak, Ahmad. Maafkan saya. Muka awak sama macam suami saya."
"Ahh... Biasalah tu puan. Mungkin pelanduk dua serupa." Balas Ahmad sedikit tenang, sekadar untuk menyedapkan hati Maisara. Sang wanita tersenyum tawar.
"Sekali lagi, maafkan saya ya."
"Takpe puan."
"Encik nak apa tadi?"
"Saya nak buat tempahan bla bla bla..."
Usai membuat tempahan, Ahmad meminta diri untuk berundur dari cafe itu. Maisara mengangguk sambil menghantar lelaki itu sehingga keluar cafe.
Sepanjang langkah lelaki itu, Maisara menelitinya. Mungkin betul lelaki itu bukan suaminya. Tetapi, perasaannya yakin lelaki itu adalah suaminya walaupun lelaki itu sudah menunjukkan kad pengenalannya. Masakan bisa cara jalan juga sama?
Argh! Lupakan jelah! Kau nie Maisara, tak habis-habis nak malukan diri sendiri! Untung dia tak claim kau gila tadi tau! Herdik hatinya.
Tiba-tiba, gerak matanya jatuh pada sapu tangan dalam genggamannya.
Eh? Nie sapu tangan dia. Aduh! Lupa pulak nak pulangkan balik... Takpelah... Nanti aku pulangkan balik time dia datang ambik tempahan. Bisik hatinya lagi.
Siapa Ahmad nie sebenarnya guyss?
Share this novel