BAB 12

Romance Series 7166

"Awak..." Panggilan manja Dayyan menarik perhatian Raisyah yang asyik menyalin nota. Dia menoleh ke arah Dayyan sambil mengangkat kening kanannya seolah bertanya.

"Petang nanti teman saya training. Boleh tak?" Soal Dayyan sambil dikelip matanya beberapa kali.

"Tengoklah nanti. Aku tak janji." Bersahaja Raisyah menjawab sebelum kembali menyambung penulisannya.

"Okay..." Balas Dayyan perlahan namun terselit nada rajuknya. Dari ekor mata Raisyah, dapat dia lihat awan mendung yang bergayutan pada wajah tampan milik Dayyan.

"Kalau aku teman kau, kau kena belanja aku starbucks." Sengaja Raisyah mengusik lelaki itu. Dalam diam, dia menahan tawanya tika membayangkan wajah cemberut Dayyan. Namun, lain pula imaginasinya dan respon Dayyan.

"Okay, no problem! Nanti saya belanja awak air paling sedap dekat starbucks tu." Balas Dayyan dengan wajah ceria.

"Urgh!" Keluh Raisyah sambil menjeling ke atas.

Tidak pula Dayyan terasa hati. Malah dia tertawa riang kerana jerat yang dipasang Raisyah akhirnya memakan dirinya sendiri.

Ahmad memandu ke suatu tempat. Dia menapak keluar dari kenderaannya. Kedua tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluar. Pandangannya dihambau jauh ke hadapan. Deruan angin kencang sedikit pun tidak menganggu dirinya tika itu.

Debaran yang dirasakan tadi saat membalas tatapan Maisara masih sama dengan dulu. Terlihat penuh wajahnya dalam mata bundar milik wanita itu. Tanpa sedar, dia tersenyum nipis.

Rasa bersyukur sangat dalam hatinya bila melihat kejayaan wanita itu sekarang. Jika bukan kerana keadaan, pasti sudah didakap erat tubuh itu. Pasti sudah dia memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dirinya yang dulu.

Maafkan abang, sayang...

Matanya yang mulai berkaca pantas diseka pabila telefon bimbitnya berdering. Sekaligus memadam bayang Maisara dari fikirannya. Tanpa berlenggah, dia terus menerobos masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju di atas jalanraya.

"Awak, tunggu sini tau. Jangan pergi mana-mana." Pesan Dayyan saat Raisyah melabuhkan punggung di bangku penonton.

"Iyaaa... Jangan risau, okay?"

"Okay, sayang..." Balas Dayyan, manja.

Terus membulat biji mata Raisyah. Berani-beraninya lelaki itu memanggilnya dengan perkataan itu. Beberapa gadis disitu sudah menjeling-jeling mereka berdua. Laju saja Dayyan memecut lari bila Raisyah ingin mencubit dirinya.

Senyuman halus dibibir Raisyah memudar bila terpandang Aniq dan Saffiyah. Terus matanya dihala ke gelanggang untuk mencari kelibat Dayyan. Kelihatan Dayyan tersenyum ke arahnya sebelum membuat flying kiss. Terkedu Raisyah. Serasa mukanya berbahang.

"Bahagia nampak?" Sapa Saffiyah sambil melabuhkan punggungnya tidak jauh dari tempat duduk Raisyah.

"Kenapa kalau aku bahagia? Kau ada masalah ke?" Soal Raisyah tanpa menoleh Saffiyah disisi. Saffiyah tersenyum sinis.

"Tak, aku pelik sebenarnya dengan kau nie. Kau memang suka bekas orang eh? Fyi, dia tu ex aku dulu." Dengan bangganya Saffiyah berbicara.

"Kau cakap dengan cermin ke? Then, kau nak aku react macam mana? Terkejut? Kecewa? Humph?" Raisyah pula tersenyum sinis ke arah Saffiyah. Sang gadis tarik muka.

BAMM! BAMMM!

Bola dihempas ke lantai oleh Dayyan. Dihadapannya kini adalah Aniq yang merupakan pihak lawannya. Dia tersenyum dalam diam tika melihat wajah cemberut milik Aniq.

"Kau okay tak bro?" Soal Dayyan.

"Apa yang tak okaynya? Aku bahagia sekarang." Jawab Aniq dingin sambil cuba merebut bola dari Dayyan. Terus bola itu dilontar ke ahli pasukan yang lain.

"Baguslah kalau macam tu."

"Aku tengok kau sekarang bukan main rapat lagi dengan si Sya tu. Kau ada pape ke dengan dia?" Soal Aniq pula sebelum menyambut bola dari pasukannya.

Dayyan dan beberapa ahli pasukannya berdiri dihadapan gol. Terkapai-kapai tangan mereka dihadapan gol, cuba menghalang balingan Aniq.

"GOLLL!" Aniq tersenyum bangga kerana mereka telah memperoleh satu mata. Dayyan tertawa kecil sambil berlari menghimpit Aniq. Sekelip mata saja bola itu telah bertukar tuan.

"Kenapa bro? Kau jealous ke?" Soal Dayyan, cuba menebak hati lelaki itu.

"Aku? Jealous? HA HA HA" Menjengkelkan sekali tawa Aniq yang dirasakan sekadar berpura-pura tenang itu.

"Habis tu?"

"Kau tinggalkan jelah perempuan tu. Dia tu cuma nak attention kau je. Carilah perempuan yang lebih baik. Dia tak layak untuk kau."

PAP!!

Lontaran bola dari jarak jauh oleh Dayyan telah menempatkan kedudukan seri bagi pihaknya dan pihak Aniq.

"Bro, sebenarnya aku yang tak layak untuk dia. Sebab... dia tak fake." Ujar Dayyan sebelum menepuk perlahan bahu Aniq yang sudah terkedu itu. Tika itu juga Dayyan menjaringkan satu lagi gol.

Tanpa berlenggah, Dayyan terus menapak keluar dari gelanggang. Semestinya langkah kakinya membawa dia kepada Raisyah. Gadis itu pantas mengelapkan peluh pada wajah Dayyan.

"Thank you, sayang." Ujar Dayyan, manja. Raisyah hanya tersenyum.

Saffiyah pantas menjeling tajam ke arah pasangan itu. Panas relung hatinya pabila melihat mereka berdua bermesra.

"Jom kita balik. Kembang tekak pulak duduk sini lama-lama..." Perli Saffiyah. Aniq sekadar mengangguk. Wajahnya juga sudah tidak bersemangat seperti tadi.

Mengekek Dayyan dan Raisyah ketawa setelah pasangan couple itu pergi. Tiba-tiba, Raisyah menampar perlahan bahu Dayyan yang terdedah itu.

"Auch! Sakitlah sayang. Kenapa pukul-pukul nie?" Soal Dayyan blur.

"Sesuka hati kau je ek nak panggil aku, sayang?! Dasar gatal!" Marah Raisyah. Walhal dalam hatinya berkuntum-kuntum bunga mengembang dek kerana panggilan itu.

"Kenapa? Awak tak suka eh? Kalau awak tak suka, takpelah. Nanti saya tak buat lagi, okay? Sorry saya buat awak tak selesa." Berarak lagi awan mendung pada wajah Dayyan.

Raisyah ketap bibir. Takkanlah dia nak cakap yang dia suka giler bila Dayyan panggil dia macam tu! Ish! Si Dayyan nie pun, takkanlah tak faham hint yang Raisyah bagi tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience