BAB 4

Romance Series 7166

Dari jauh Maisara perasan wajah anak daranya itu sugul saja beberapa hari ini. Dihampiri gadis muda yang sedang termenung itu.

"Anak dara ibu nie okay ke tak okay nie? Asyik termenung je ibu tengok. Kenapa? Ada masalah ke?" Soal Maisara sambil melabuhkan punggungnya disamping sang anak.

"Takde apalah bu. Sya, okay jee..." Balasnya acuh tak acuh sebelum menghembus nafas kasar.

"Tak okaylah maksudnya nie? Kenapa? Cuba story dengan ibu." Maisara memujuk.

"Entahlah... Ibu, Sya nak tanya. Kalau best friend ibu kena rampas dengan orang lain, ibu sakit hati tak?" Mendengarkan soalan itu, Maisara sudah tahu punca kepada segala kekusutan anak daranya itu.

"Mestilah ibu sakit hati."

"Sakit hati an! Sya tak sukalah tengok Aniq dengan Saffiyah tu. Sejak dia kenal perempuan tu, dia terus berubah. Dia dah lain. Sya sedihlah ibu. Sya sayang dia. Dia je kawan baik Sya. Kalau dia tinggalkan Sya..." Tersenggut-senggut Raisyah cuba menahan tangisnya.

"Kesiannya anak ibu. Meh, sini..." Maisara terus menarik anak daranya ke dalam pelukan.

"Sya tak suka dia, ibu! Sya cuma nak Aniq ada dengan Sya macam selalu. Sya selesa dengan dia. Tapi bila perempuan tu datang, semuanya berubah!"

"Sabar ya sayang." Pujuk Maisara lagi.

"Sya tak boleh sabarlah bu. Sya rasa macam nak hempuk je muka perempuan tu laju-laju. Sya benci dia!" Pelukan ibunya dileraikan.

"Sayang, ibu tahu Sya sakit hati tapi kita tak boleh membenci orang. Ibu pesan apa dulu?"

"Jangan benci orang. Berdosa." Jawab Raisyah perlahan dengan wajah sayunya.

"Sya kenal ke Saffiyah tu? Dah try berkawan dengan dia?" Raisyah menggeleng perlahan. Jarinya dipintal-pintal, cuba mengawal kesedihannya.

"Ibu cadangkan Sya kawan dulu dengan Saffiyah tu. Bila Sya dah kenal dia, barulah Sya boleh menilai dia. Kalau dia baik untuk Sya, teruskan berkawan. Kalau Sya rasa dia banyak bawa benda buruk pada Sya, jauhi dia."

"Apa Sya dapat ibu? Aniq tetap jugak akan pilih dia daripada Sya." Maisara tersenyum.

"Sya, kita tak boleh paksa Aniq untuk stay selamanya dengan kita. Dia pun ada perasaan. Dia pun ada life dia. Sama jugak macam Sya. Nanti bila Sya dah ada kawan special, Sya pun akan buat macam tu jugak."

Raisyah melempar pandangannya ke arah lain. Dari riak wajahnya, jelas kelihatan bintik-bintik kemarahan dan tidak puas hati dengan jawapan ibunya.

"Sya..." Diraih jemari runcing milik anaknya. Dia tersenyum sambil membelai helaian rambut anak daranya.

"Kalau kita sayangkan seseorang tu, kita mesti nak tengok orang tu bahagia kan?" Raisyah mengangguk lemah.

"Sebagai kawan yang baik, Sya mesti nak tengok Aniq bahagia kan? Mungkin Aniq bahagia kawan dengan Saffiyah. Tapi, Sya tetap kawan baik dia. Percayalah cakap ibu. Aniq akan cari Sya jugak nanti sebab anak ibu nie kan bestfriend Aniq." Dicuit hidung mancung milik anak daranya itu. Tertawa Raisyah dengan usikkan ibunya.

"Dah, pergi solat. DIA sebaik-baik tempat untuk kita mengadu, Sya. Minta ALLAH lapangkan dada, tenangkan fikiran dan buang segala perasaan negatif dalam hati anak ibu nie. Minta ALLAH kembalikan semula keceriaan dalam hidup anak ibu nie."

Kata-kata Maisara menyentuh relung hati Raisyah. Dia lantas mengangguk dan bangkit pergi menunaikan solat Asar. Maisara tersenyum. Kejap saja masa berlalu. Anak daranya kini telah mengenal erti hati dan perasaan.

Semoga anak ibu terus kuat ya! Detik hati Maisara.

Detik waktu terus berlalu. Hubungan Aniq dan Saffiyah kini bukan lagi rahsia. Hampir semua mata yang memandang sudah mengetahui tentang pasangan itu. Ada juga desas desus kedengaran bahawa mereka bakal bertunang.

Raisyah menuju ke sebuah bangku kosong untuk merehatkan dirinya setelah berjogging tadi. Dilap manik-manik peluh di dahinya menggunakan sapu tangan. Spotify memainkan lagu terbaru bertajuk Rinduku oleh Puteri Balqis.

Segaris senyuman terukir di bibir tika ingatannya kembali menjangkau suasana masa lampau bersama Aniq. Lelaki itu gemar berjogging. Sekali sekala mereka akan cycling bersama.

"Sya, nanti kan bila kita dah habis belajar kita pergi healing nak tak?" Cadangan Aniq yang tiba-tiba itu mengundang tawa Raisyah.

"Kau dah kenapa nak healing-healing bagai nie? Macam tahu je akan broken." Aniq turut tertawa bila memikirkan semula ayatnya.

"Tak kisahlah. Janji kita pergi jalan-jalan. Kita pergi Penang. Buat food hunter dekat sana. Mesti best an kita pergi berdua. Kau dengan aku je."

Mengingat ayat terakhir itu membuat Raisyah sebak. Matanya merenung sayu ke arah pasangan yang sedang bahagia cycling bersama. Begitulah mereka dahulu. Sangat bahagia dan ceria bila bersama.

Takpelah. Biar aku yang undur diri. Aku cuma nak kau tahu yang aku sayangkan kau, Aniq. Tapi, siapalah aku nak halang hubungan kau dengan dia. Aku doakan semoga kau bahagia dengan dia. Doakan aku jugak tau. Bisik hati Raisyah.

"Ehemmm!" Tersentak Raisyah dari lamunannya apabila sosok seorang lelaki melabuhkan punggungnya disamping Raisyah. Lantas, gadis itu mengesat air matanya yang menitis sambil membetulkan kedudukannya.

"Apa sedih-sedih nie? Orang happy-happy pergi jog, dia boleh pulak menangis dekat sini." Usikkan Dayyan dibalas dengan jelingan oleh Raisyah.

"Ish! Sibuk betullah dia nie..." Omel Raisyah.

"Apa? Rindu Dayyan? Cakaplah kuat sikit. Saya tak dengar." Tertawa Dayyan melihat wajah Raisyah yang sudah cemberut.

"Ish! Kenapalah dalam banyak-banyak tempat dekat sini jugak ada kau eh? Orang pergi jog, dia pun sibuk nak pergi jog jugak! Kan banyak tempat lain, kenapa pergi sini jugak?" Soal Raisyah, berpeluk tubuh.

Sejak kehadiran Dayyan di dalam kelasnya, lelaki itu seringkali menganggu hidupnya. Pantang melihat dia bersendiri, lelaki itu pasti akan mendampinginya sehingga naik rimas dia jadinya.

"Haih... Takkanlah awak tak nampak lagi?"

"Nampak? Nampak apa?" Raisyah tayang wajah pelik.

"Nampak... Sinilah sikit saya nak bisik." Raisyah menurut saja kerana perasaan ingin tahunya lebih tinggi berbanding rasa amarahnya.

"Kita ada jodoh!"

"Eyyyy!! Merepeklah dia nie!" Terus Raisyah bangkit menjauhkan diri dari Dayyan.

"Eh... Eh... Awak nak pergi mana tu?! Jodoh! Janganlah lari!" Dayyan turut bangkit mengejar Raisyah yang sudah sepuluh langkah jauhnya dari tempat dia berdiri.

"Diamlah! Dasar gila!" Jerit Raisyah.

"Yes! Saya memang gila. Saya gilakan awak, Raisyah." Tertawa besar Dayyan bila Raisyah membuat gaya ingin muntah.

Dah sape pulaklah si Dayyan nie? Dia nak ganti tempat Aniq ke gais? Agak² si Dayyan nie boleh ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience